Buntut Ayam. Suka Tak?


Hari ini terlebih rajin. Acah-acah praktis untuk jadi isteri mithali sikit.. Hahaha.. Konon laa..Pagi-pagi sebelum mak keluar pergi dengar tazkirah, dia da pesan suruh tunggu pasar bergerak datang depan rumah. Atau lebih pemes dikenali sebagai van zali sayur. Suruh beli ikan sikit, ayam sikit. Biasa beli, simpan terus masuk peti. Tadi dah cakap kan terlebih rajin. Terus ambil apron, bukak radio, ambil papan lagam, pisau, gunting dan segala kelengkapan lah..

Start dengan menyiang ikan sebab yang tu lagi mudah. Gunting segala ekor, sirip, ridip ape ntah lagi namanya. Barulah belah perut buang insang bagai. Belah perut nampak telur ikan, hati rasa happy. Suka makan telur ikan. Hahaha. Setel bab ikan, ambik lah ayam. Memang tak pandai sangat potong nya, Tapi dah cakap nak praktis kan. Bedal je laa.. Potong camne2 pun tetap rasa ayam. Tak gitu? Cuma beza nampak huduh dengan lawo je la time nak masak. Hahaha. Selalu potong memang tak kena dekat sendi2 dia. Mesti akan terlajak sikit masuk part lain. Masa tengah struggle nak potong, ada satu part ayam tu, yang buat teringat kat sorang kawan ni. BUNTUT AYAM!!



Masa dekat U dulu, final sem dah rasanya. Bawak kereta pergi U, so rajin la pergi ke pasar malam dekat simpang 4 Gambang. Kalau dlu, naik rapid tak pun jalan kaki je. Jadi sebab rajin, ambil la order kawan mana yang rasa nak kirim. Hahaha.. Bukan buat perkhidmatan personal shopper apa pun ok. Tolong kawan. Ada sorang tu, kirim buntut ayam. Terkesima kejap. Sepanjang 24 tahun hidup, tak pernah pun makan part situ. Mak saya memang buang selalu part buntut ayam.. Tapi belikan jugak laa.. hajat orang kan.. Hahaha

Lepas pada kejadian tu, setiap kali ada siapa2 cakap pasal makan buntut ayam ke, nampak jual kat pasar malam ke, otomatik teringat kat kawan ni laa.. Hahaha.. Apa khabar la dia sekarang.. Moga baik-baik sahaja.

Tadi sempat mengoogle pasal kelebihan makan buntut ayam, jumpa blog SUSU SEJAT cakap pasal "Benarkah perempuan suka makan 'buntut' ayam?"  Macam-macam pendapat ada. Ada sokong, ada yang sanggah. Hahaha..Tapi yang pasti kawan saya yang makan tu, lelaki. Jadi gimana dongg? Tepuk dada tanya selera. Tak gittuhh..🐓🐔

Haaa.. mengaku cepat, siapa lagi suka makan BUNTUT AYAM??

18 comments:

  1. hehe... masa muda2 akak suka buntut ayam goreng selalu beli kat pasar malam... dh tua skang ni dh jarang makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah rasa pun. setakat ni, selera untuk merasa buntut ayam ni belum terbuka. hehehe

      Delete
  2. tak suka! hahahhaa..

    saya cuma makan bahagian daging sahaja. bahagian lain suma tak makan. sama dengan lembu. cuma makan daging sahaja. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sama lahh..
      tak terbuka hati nak rasa bahagian lain..

      Delete
  3. hehe..tak pandai lah makan peha dan sayap je (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bahagian peberet saya.. hahaha (^_^)

      Delete
  4. takde lah elsa nak makan bahagian yang pelik pelik hahaha. pedal dengan hati pun elsa tak makan apatah lagi bontotnya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. saya boleh lagi makan hati dgn pedal.. bontot je xsanggup..

      Delete
  5. saya mmg tak mkn...
    bhgian dada ayam mmg fav hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. selera masing2 kan.. saya suka paha & kepak..

      Delete
  6. Mama dengan adik mmg suka gila buntut ayam ni. Mai tak boleh terima langsung, kalau tergigit pun boleh detect bahagian tu sbb lemak dia semacam je. memang tak lalu. Hahahahaha
    Mai suka thigh and drumstick, yummiehh,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..ina setakat ni tak pernah lg tergigit. sebab kalau beli ayam, memang terus buang je part situ.

      Delete
  7. ade setegah orang panggil tongkeng ayam.. hehehe

    ~wink~

    ReplyDelete
  8. sedap ape dik buntut aym u..hehehe

    follow u =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin satu hari nnt sy kena rasa jugak sikit.. hehehe.. =D

      Delete
  9. sy makan buntut ayam tu, sedappp 😍 tapi organ dlmn mcm hati tu sy x makan, lain macian rasa. tp my mom x galakkan kami beli yg dah siap masak sebab ada 1 bahagian yg selalu penjual x buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak makan organ dalaman, tp pedal je la. hati tu makan sikit je la. rasanya aneh.. hahaha

      Delete