Happy Birthday Mak!


10 Mac 2017. 
0:45

Sudah 45 minit masa berlalu masa saya mula menulis entry ini.. Ketika ini, mak dah pun masuk tidur. Memang dah selalu anaknya ni tidur lambat. Jadi ada masa lah nak update blog untuk wish. Tadi dah update dekat IG. Tapi sebel deh..IG asyik cakap stopped working. Mengada tau IG ini, buatlah OT hari ni, kasi can saya nak up sweet2 sikit. Ni asyik stop stop stop. Dah panjang menulis, eh, dia nak stop.. Dah tu, takde pulak pilihan utk wait. Cuma ada OK dengan Report je.. Geram. IG tak memahami saya lagi ni...😞😞😞😞

Naseb baik blog masih memahami saya, insan kerdil ini. Faham hasrat hati untuk buat ucapan sempena hari lahir emak yang ke **.. Hahaha.. Rahsia...

Mak..

Anak kedua dari 5 beradik. Seorang yang sangat teliti dan tertib. Kalau jemur kain, mesti kena susun ikut saiz. Kalau jemur baju guna hanger, pastikan susun dari besar/panjang hingga ke kecik. Kalau baju kurung pulak, pastikan jemur berpasangan. Kalau tudung/baju sekolah, jemur kat luar rumah tapi beratap. Tak terus kena mentari. Nanti cepat pudar. Kalau basuh baju, pastikan baju tu dalam keadaan elok. Maknanya tak terbalik. Bila jemur, kena balikkan biar jadi terbalik. Elak cepat pudar. 

Tapi anak dia..

Basuh baju, campak saja dalam mesin. Sabun tak kisah guna jenama apa. Asal nampak buih, bau wangi. Ok lulus. Jemur baju. Dulu sangkut je la.. Tak susun ikut saiz pun. Ye lah.. Duduk kat U. Ruang jemur kena kongsi. Mana kosong selit je la. Tapi sejak menetap kat rumah agak lama, sangat lama rasanya.. Dah boleh la sikit ikut cara mak. Dulu kalau saya jemur, lepas tu mak mesti pergi betulkan balik. 😔😔 Sekarang dah tak. Tapi tak tahu la kalau saja buat tak nampak. Kalau tak nanti anak dia malas dah nak tolong. Hahaha.. 

Mak...

Bila masak.. siap je semua masakan, dapur pasti terus kemas. Memang takde la pinggan mangkuk , papan lagam, pisau semua tak berbasuh. Semuanya dah dicuci dan disusun ditempat asal.

Tapi anak dia...

Lepas masak, kalau rajin memang kemas laa..Kalau malas, biar je dulu. Lepas setel makan, baru la angkat semua pinggan basuh sekali gus. 



Walaubagaimanapun, 
Nampak macam berbeza perangai, tapi tetap darah daging. Hehehe.. Bukan anak angkat okayyy.. apatah lagi anak buluh betung.. No..no..no..

Jadi sempena hari kelahiran emak hari ni.. Na ucapkan

💙 Semoga Allah kurniakan mak kesihatan untuk terus mengabdikan diri kepadaNya
💙 Semoga jodoh mak & ayah berkekalan selamanyaaa...
💙 Semoga kita sekeluarga di kurniakan rezeki tak kira samada harta, ketenangan hidup, kesihatan yang melimpah ruah
💙 Semoga apa yang mak doakan , Allah akan makbulkan.
💙 Semoga tak tanya pasal kawen dah buat masa ni ok.. Tak mau..tak mau..





Happy Birthday Mak..:) :)

6 comments:

  1. Selamat hari jadi juga buat mak hazrina. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Detail betul ya siap kena susun ikut panjang dan saiz. Fuhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syed atas doa nya.. :) :)

      Delete
  2. wahhh, telitinya mak Hazrina bab mencuci & menjemur kain tu. Selamat Hari Lahir buat mak Hazrina 🎂 semoga apa yg mak Hazrina idamkan tercapai, ameeen

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen.. :) terima kasih atas doa nya..

      Delete
  3. Wah. Mak saya pun sidai macam tu juga. Anak dia sidai ikut suka juga. Janji kering nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. janji kering.
      tapi mak xboleh, sakit mata tengok katanya

      Delete