Mango Cheesecake by KULACAKES Kuantan

Assalammualaikum and Have a Blessing Day Ahead



    Petang yang agak hangat ini, jadi rajin pula nak bukak laptop dan cuba update blog yang sekian lama dibiarkan sepi. Sebenarnya dah 2 minggu tak balik rumah kat Kuantan. Tak sabar nak tunggu weekend, nak balik memandangkan 6 Jun nanti cuti kan. Dapatlah balik 3 hari. Hehehe

    Tengah skrol gambar, eh nampak gambar makanan favourite. Kek Keju Mangga atau lebih famous dengan panggilan Mango Cheesecake.  Orang Kuantan mesti da familiar dengan makanan ni. Kalau sebut je, mesti akan kaitkan dengan Kulacakes.
 


    Pernah bagi hadiah untuk kawan kat sini, EH.. Dia nak kirim pulak suruh beli. Maksudnya kena laa dengan selera dia kan. Tapi ada jugak kedai lain yang jual dan rasa dia pun sedap. Semua bergantung pada selera masing-masing. Jangan laa judge pula, bila kawan kata tak sedap, kita nak marah dia. Mungkin lidah dia tak suka rasa macam ni, dia suka yang macam ni,

    Minggu depan nak balik, ada tak orang nak kirim. Kita boleh COD area Putrajaya. Hehehe.. 

Vaccination Day

Assalammualaikum and Have a Blessing Day Ahead


    Selamat pagi kalau korang baca ni pagi la.. Sebab saya tulis ni waktu pagi. Sambil-sambil menunggu printer panaskan enjin dia. Nak print consent form untuk pergi vaksin kejap je lagi. Tapi bukan saya yang dapat vaksin tu. Saya ngantorr je. Kalini turn Mak pulak dapat. Alhamdulillah ayah dah setel.. Sekarang giliran mak pulak.

    Sebelum ni pergi pusat vaksin memang pergi je. Kalini dapat pusat vaksin kat lain. Tempat yang agak asing sebab tak pernah masuk. So tanya kawan yang pernah bawak mak dia pergi situ. Panjang lebar dia cerita, dari awal sampai, parking, naik lift sampai balik suruh mandi dan sanitize kereta. Details. Bila baca tu, rasa macam dah sampai ke sana. Punya laa details. Dia juga bagi consent form ni suruh print and tulis siap2. Bagus dapat kawan macam ni. 

    Harapnya PPV kalini lebih mudah dan cepat. Haritu dos pertama menunggu 2jam berdiri.. Tak berani duduk kat tangga, takut pakcik-pakcik rela situ marah. Hahahaha.. So kita cari tempat agak jauh dari orang, berdiri sambil main game. Dos kedua dah laju sikit, dapat parking pun depan dewan. Feeling VIP gitu. Alhamdulillah penerima vaksin pun sihat je. Demam, kurang selera makan dalam 2 hari gitu je. Lepas tu, pantang nampak makanan. 

    Next, orang kedua pulak nak vaksin ni.. Doakan semuanya dipermudahkan tau. Hehehehe

Random

Assalammualaikum and Have a Blessing Day Ahead


Selamat pagi warga alam maya. 
Tiada apa ingin ku coret.
Hanya mencuba update menggunakan handphone. 
First try orang cakap.

Semoga semua baik baik sahaja yaa walau dimana berada. 

Love,
HazrinaHalim