SLE Journey #1

Image result for sle
Pernah dengar tak SLE? Tahu tak apa? Menurut laman web SLE ialah Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan dimuka pesakit sebagai gigitan serigala).

Terdapat beberapa jenis lupus:

·         Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur diantara 15 hingga 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanal dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.

·         Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik dimana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutanhingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang menghidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.


·                    Lupus neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE . Ini mungkin disebabkan auto antibodi didalam darah ibu yang dipanggil anti Ro(SSA) dan anti-La(SSB). Akibatnya, bayi ini akan mandapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (lowblood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam maasa beberapa bulan.Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantungyang menganggu perjalanan jantung.



Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri sekakan SLE. Keadaan ini dipanggil “drug-induced lupus”. Gelaja ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pingggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

Kenapa saya cakap pasal SLE pulak ni.. Haaa.. nanti saya cerita..

4 comments:

  1. x tahu sangat tentang SLE ni, tapi pernah dengar dan baca kisah sorang blogger yg menghidap SLE

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap,blogger dayang deno..

      Delete
  2. Pernah belajar masa sem akhir degree dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. ye ke? mai ambil kos apa dulu..

      Delete