Photographer Bidan Terjun 📷📷


Sepanjang menjadi petani moden (baca : jobless), banyak kerja bidan terjun dah saya cuba lakukan. Hehehe.. Terkadang jadi personal shopper untuk mak, driver untuk adik, tukang bayar bil untuk ayah, dan beberapa lagi laa.. Baru-baru ni, disuruh jadi tukang record video pakej sekali dengan edit. Agaknya berapa ringgit boleh caj?? Ok. Buat dengan ikhlas yee..



Kalau orang Kuantan tengok gambar atas ni, agak2 boleh tahu tak kat mana lokasi shooting kitorang?? Hehehehe.. Nak tahu, nanti kita bagi tau.. Tengah hari tu, pergi jemput la adik saya dengan kawan dia ni balik rumah. Petang tu jugak diorang nak shoot video untuk assignment B. Arab. So tempat paling strategik untuk buat video dengan cuaca yang tak terik sangat, jadi kami pilih lokasi ini. Memandangkan adik saya seorang yang tak berapa sihat, jadi kena cari tempat selesa la.

Skrip dah ada. Diorang dah buat. So saya tukang rakam je laa.. Kita ni dah la lemah sikit bab nak statik kan tangan, nak fokus kat mereka. Tetiba je jadi parkinson time nak rakam. Hahaha.. Naseb baik artis sporting walaupun baru je kenal (tak termasuk adik saya la kan)...Kita arah suruh gerak dari situ, sini.. semua okayy.. 

Mula shoot agak dalam pukul 3 kot.. Balik sebelum matahari terbenam. Durasi video sepatutnya 7 minit.. tapi tak cukup.. Jadi sekali lagi mereka jugak terpaksa jadi scriptwriter dalam masa setengah jam. Record kat depan rumah pulak untuk tambah lagi scene.. Ohh.. tak lupa jugak record atas bukit dengan keadaan angin kuat, kadang2 ada kilat. Nak buat macam mana.. Dah tak de masa. 

Hari jumaat first day shooting, balik malam tu dah transfer segala video.. Nak edit tapi laptop masing2 nak guna untuk assignment lain. Jadi bagi chance la diorang buat kerja. Tengah malam sambung edit..kalau tak silap pukul 1 ke 2 mengadap laptop. Dah save. ada pulak masalah lain timbul..Watermark app tu pulak gedabak besar terpampang kat sepanjang video. 

Jadi.. apa saya buat? Nanti sambung.. Nak pergi makan rojak betik dulu. Layan dulu gambar pelakon-pelakon hebat ni.. 






Tak dilupakan jugak photographer nak interprem.. Hahaha.. Okayy.. Nak bagitahu ni kitorang shoot kat mana.. 



Jeng..jeng..jeng...




Mestilah kat Taman Gelora.. Lepas shooting pekena ABC.. Hehehehe.. 


Nanti kita sambung citer edit video guna apa..


1 comment:

  1. Salam ...
    Pernah sampai sini..
    cantik tempat ni..
    Pakwi tau tempat ni sebab tinggal kat kuantan jugak...
    kat mne tuu..???
    hihi...rahsia....!!!!
    Semoag tuan rumah sihat2 sokmo deh.....

    ReplyDelete