GIVEAWAY PERTAMA DARI BLOG IRDAGARMIN.


Giveaway pertama dari blog irdagarmin.
Saya kenal blog ni dari blog adik saya (http://chanchueshahida.blogspot.my/).. Dia yang ajak saya join GA ni.. Hehehe.. btw byk term2 banking yang ada dlm blog ni, saya mmg blurr.. Kena tny adik, baru tahu. Hahaha

1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY



tekan banner untuk join

Cardigan sebagai penyelamat atau penambah gaya?


Hai.. tengah buat apa petang-petang ni?? Rehat bawah pokok, duduk atas pangkin, makan cekodok minum kopi 'o'. Bahagia je rasa...~ Oppsss, tapi bukan nak cakap pasal makanan.. 

Pernah tak tengah rehat kat rumah, tetiba dengar orang bagi salam. TETAMU datang tanpa bagitahu.. Tak sempat nak bersiap, pakai baju lengan pendek semua, tak bertudung...Macam mana nak buat?? Dengan sepantas kilat, tarik cardigan dalam almari, ambil tudung sarung instant. Mudah!! Hahaha.. *selalu terjadi macam ni 😫😫😫*. Kadang-kadang bukan pakai cardigan masa tetamu datang mengejut je..Tapi masa nak pergi kedai dekat-dekat rumah pun sarung cardigan jugakkk... Cepat!!

Sebab pantai dekat dengan rumah, cardigan jadi pilihan 💚💚💚


Tahu tak cardigan ni bukan je boleh jadi penyelamat ketika kecemasan jee.. Tapi boleh jadi penambah gaya jika pandai menggayakan.. Ada banyakk jenis dan corak woman cardigan  yang kita boleh pilih. Memang rambang mata kalau pergi usyar kat kedai @ online shopping. Kalau boleh semua nak ..*typical woman*


Something Borrowed navy Longline Kimono Cardigan 65A30AAEBA2102GS_1Jin Hayari grey Classic Pocket Cotton Cardigan JI299AA63USEMY_1Tokichoi pink Sheer Long-Sleeved Cardigan TO550AA0RP3FMY_1Bajufoundry red Hyuna Midi Kimono Cardigan with Sash BA547AA38VUBMY_1


Tengok model-model ni pakai cardigan.  Nampak cantik jee kan..? Bukan sahaja boleh g kedai depan rumah, nak pergi shopping mall pun nampak bergaya ajee..~ Lepas ni boleh tambah lagi koleksi cardigan dalam almari. Hihihi..


Ok.. Nak pergi window shopping dulu..😏😏

Food Review : Mee Tarik Warisan Asli Teluk Cempedak


Dah lama tak bersiaran kat blog ni..Rindu ada, tapi malas lagi bertimbun.. Terabai laa jawabnya blog ni.. Hewhewhewhew...~ Harini nak buat review sikit pasal kedai makan kat TC. Mee Tarik Warisan Asli Teluk Cempedak...!! Dah lama kedai ni bukak, baru ada masa nak pergi rasa.. Acah bz sgt..~


1. Tempat

Untuk tempat, memang sangat selesa laa. Pemandangan pun cantik je. Ye laa.. Makan tepi pantai. Memang tenang laa kan.. Tapi tadi kitorang pergi waktu petang dah sekali dengan pakej hujan. So tak nampak sangaat air pantai. Orang pun tak ramai.. Krik krik jee.. Hahahaha..

Kedai ni ada 2 tingkat, tapi saya prefer utk naik atas laa.. View cantik lagi.. Hehehehee... Tapi tak terfikir nak ambil gambar kawasan kedai tu.. Hahaha.. Lagipun tak terfikir nak share sini..


2. Pelayan

Pelayan kebanyakkan boleh katakan semua nyaa orang luar. Tak pasti dari mana. Tapi kalau tengok, macam bangla, nepal gitu kot.. Bila duduk jee, diorg terus je datang bawak menu. Tapi xtau la kalau orang ramai boleh dapat x layanan macam tu.. Hehehee..


3. Makanan

Haaa.. makanan sempat ambik gambar. Biasa laa suka update status whatsapp kan.. So semestinya kena  snap gambar makanan..  Untuk makanan, saya ambil Lamen soup with sliced beef & Lamen soup with sliced chicken. Rasanyaa bagi saya laa.. tak best sangat. Masin.. Lori garam terbalik agaknyaa... 😂😂 Lepas tu, order Mee soup with braised beef utk take away. Mak kirim kan.. Hehehe.. Ingatkan makan kat sana je masin.. Bila rasa yang ni.. Rasa macam makan sup garam.. Boleh naik darah tinggi.. Last2 buang saja. Mujur dia tak campur mee dgn sup tu. So mee simpan, esok goreng. Hahaha...

Compare antara makanan dia di cawangan TC dgn cawangan Mesra Mall Kerteh, saya lagi prefer di Mesra Mall laa.. Selalu tak cukup kalau makan sana. Hahaha.. Yang kat sini, siap buang sajaa..😔😔




Lepas ni, nak try rasa kat cawangan KCM pulakk.. Hehehe.. Hopefully lori garam xtumpahhh...!!!
Saya harap sup masin ni jadi harini jeee.. Esok dan seterusnya dahh sedapp...~ Hehehehe.. 




Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com





Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia LianaLike Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.

** support Mia ya.....


Pemenang akan dipilih melalui ca Read more: http://www.mialiana.com/2017/11/giveaway-ole-ole-brunei-by-mialianacom.html#ixzz4xxaBQfpS

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN



Blog MiaKassim saya kenal melalui adik saya... Dia ajak saya join GA yang Mia anjurkan.. Blog Mia kemas je. Loading pun kejapp ajer..😊😊😊 Semoga GA yg dianjurkan akan suksesssss yee.. 


Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2017


logo_ask


Semalam siapa tak sempat tengok #ASK17? Hehehe.. Tak mengapa kawan, nanti boleh tengok semula kat internet. 

Rancangan Majalah Terbaik - Misi Kemanusiaan Pulau Cebu 2016
Rancangan Realiti Terbaik - Mentor Milenia (2017) Akhir
Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 31

Pelakon Komedi Terbaik - Ellie Suriati
Drama Komedi Terbaik - Budak Ijat

Lakon TV Terbaik - Eirma Fatima (Pesan Dari Tuhan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Diana Danielle (Hanyut)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Khalid Salleh (Hanyut)

Lakon Layar Terbaik - U-Wei Haji Saari (Hanyut)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Azizah Mahzan (Terima Kasih Ramdan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Remi Ishak (Pesan Dari Tuhan)

Pengarah Terbaik Drama - Eirma Fatima (Pesan Dari Tuhan)
Pengarah Terbaik Filem - U-Wei Haji Saari (Hanyut)

Pelakon Wanita Terbaik Filem -Sangeeta (Adiwiraku)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Khir Rahman (Rock Bro)
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Fasha Sandha (Terima Kasih Ramadan)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Hasnul Rahmat (Kapcai Ayah)
Drama Rantaian Terbaik - My Sweet Lavender
Drama Terbaik - Pesan Dari Tuhan
Filem Terbaik - Hanyut.


Tahniah buat semua pemenang..!! Calon-calon yang bertanding pun hebat semuanyaa.. 😄😄

Taman Botani Putrajaya

Hari itu , sebelum daftar masuk SL1M, Hazrina sempat la pergi bersiar-siar dulu dengan family. Biasa laa datang awal dari waktu sepatutnya. Jadi, mak sedara pun ajak la pergi jalan-jalan. Tak jauh pun. Oh lupa nak cakap, Hazrina stay rumah dia sebelum nak daftar pergi SL1M. Rumah dia kat Putrajaya. Jadi dia bawak kami ke Taman Botani Putrajaya.
Kami pergi petang , mungkin dalam pukul 3 ke lepas Asar. Ramai jugak la orang yang datang bersiar dengan famili , tak kurang jugak yang datang dating.. Opsss...
Mereka nak datang sini sebab nak kasi makan ikan & kura-kura.. Nampak tak roti bertaburan atas air tu.. 🍞🍞🍞 Gemuk-gemuk ikan kat sini. Terlebih khasiat. Hahaha
Macam mana orang boleh cakap muka sama..? Nampak lain dah.. 🙏🙏 Meet my sister, blogger sambilan macam saya jugakk.. -http://chanchueshahida.blogspot.com/-
Ini pun adik beradik jugak.. Hahaha.. teka siapa kakak?


Hehehe..ini lah dia mak ayah saya.. #rindu #nakbalikrumah #rindukuantan



Orang tinggi memang selalu kena pegang monopod.. Dia laa selfie stick, dia lah monopod, dia lah technician.. Single lagi. Siapa mahu, boleh PM trus..Hehehe