Kuala Kemaman

Assalammualaikum and Have a Blessing Day Ahead



Esok Sabtu. Eh, harini dah sabtu kalau ikut jam. Sekarang dah jam 0059. Kira sabtu dah kan. Dah ada plan ke untuk pagi nanti. Pergi jamuan kahwin ke? Marilah kita pergi penuhi undangan orang. Mak selalu cakap, "Kawan-kawan awak semua dah pakat kahwin, bila pulak nak makan nasi minyak sendiri?" Rasanya nak jawab apa eh. Kita biasa biarkan je soalan tu tanpa jawapan. 

Sebenarnya bukan nak cakap pasal majlis kahwin orang, kita nak share tempat yang kita pergi tahun lepas. Bukan taman tema. Tempat ni sesuai laa untuk rehat petang-petang makan keppok, pisang goreng panas-panas. Hehehe.. Kita pergi ke Kuala Kemaman. Pergi sini bukan niat untuk berkelah. Singgah je. Otw balik dari rumah nenek sedara yang duduk kat Geliga, Kemaman tu. Dalam perjalanan balik, nampak pantai. Singgah terus laa.. Kalau kat rumah ni, paling dekat Pantai Batu Hitam, tak pun Pelindung. 

Pantai kat sini bersih lagi masa pergi. Tak tahu la sekarang kan.



Pergi sini memang sekejap je. Singgah je kan. Nanti nak pergi lagi laa.. Dekat-dekat sini memang berderet jugakk kedai orang jual keropok. Nasib laa dapat yang sedap ke tak. Haritu beli, tak kena citarasa sangat. Tapi tak kan nak buang kan. Maka aja laa labu..~



Baju pun dah sama kaler dengan papan tu. Hahaha.. Sesuai laa bawak kekasih halal datang dating sini. Tapi takde yang halal.. 😂 Bawak adik je laa..


Menulis sebab tak mengantok lagi. Excited nak g reunion. Hehehe.. 




1 comment:

  1. Lama dah tak pergi kuala kemaman. Last tahun 2001 masa sekolah lagi. Rindu pulak nak jalan sana

    ReplyDelete