La Hot Spring

Assalammualaikum and Have a Blessing Day Ahead



Entri pertama untuk tahun 2020. Nak share pengalaman pergi ke La Hot Spring , Jerteh , Terengganu. Pergi sana tahun lepas dah, tapi biasa laa.. Kita peram dulu.

Perjalanan bermula dari rumah kat Kuantan, pukul 7 lebih. Janji nak konvoi dgn pak sedara kat Paka. So, sebagai pemandu amatur + mengantuk sebab tak pasang radio dalam kereta, sampai kat R&R Paka dalam pukul 9 lebih , dah dekat-dekat pukul 10..

Kami gerak dari sana, 4 buah kereta. Kena follow driver-driver yang memang kalau tekan pedal minyak, sampai rapat ke lantai kete.. Terasa bebanan dibahu ketika itu. Nak kena follow mereka..😩 Masa tu kebetulan ayah tak sihat, so memang takde laa nak ganti driver. Ingatkan dekat, rupanya jauh.. Rasanya kalau nak pergi lagi, tak jumpa laa.. Hahaha

Dugaan dengan jalan kecil, hujan lebat tak nampakk jalan. Menangis dalam hati je masa tu. Memang doa banyakk laa biar hujan cepat berenti. Takut jugak bila lalu jalan tak biasa, hujan lagi. Kalau jalan biasa dah, boleh agak2 luas mana jalan tu, lubang tang mana, pukul berapa lembu melintas. Ni tempat orang, memang pasrah laa.. 

Tapi, Alhamdulillah, dalam pukul 12 tu sampai sana dan bila sampai tak mengecewakan tempatnya. Orang memang ramai. Ada chalet jugak untuk orang nak bermalam. Rasanya kalau nak g lagi, book bilik laa.. baru berbaloi..






Dia ada 3 stage kolam air panas. Yang dalam gambar ni, kira paling panas laa.. Bawah sikit air dia suam,boleh laa kalau nak berendam lama. Tapi tu laa penuh.. Yang bawah sekali diaa besar sikit, dan tak dalam mana. Budak2 ramai main kat kolam paling bawah.






Kedai jual makanan pun ada jugak kalau rasa lapar dan lupa bawak makanan. Macam kitorang, mak memang bawak bekal selalu. Sebab dia cakap bosan duduk dalam kereta tak mengunyah. So, bekal haritu jadi rezeki ramai. Nasi impit cicah sambal ikan. Budak baju merah tu suka betul makan. 

Ramai jugakk yang datang sana untuk ikhtiar sembuhkan penyakit. Ada tu datang dengan kerusi roda. Jalan pun kena pimpin dah. Semoga berhasil hendaknya. =D


Jadi, kalau ada rasa teringin nak jalan-jalan sana. silakan. Perjalanan dari Kuantan - Jerteh 5 jam. Total 10 jam pergi balik. Sampai rumah pukul 10 malam. Baru sis tahu erti penat memandu... Siapa volunteer nak jadi driver sis secara percuma, boleh pm ye. Hahaha.. JK.


8 comments:

  1. menarik juga.. dulu rajin juga p hot spring sbb dekat ngn rumah. skrang da pindah mmg idok le..

    sedap berendam..
    rasa sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..rasa segar je lepas berendam..=)

      Delete
  2. bestnyaa!

    https://sayesyadiya.blogspot.com/2020/01/pilihan-airport-transfer.html

    ReplyDelete
  3. Lama sudah tk pi hot spring...thun leps cuya pi Melaka Wonderland sebb dpt harga separuh. Tapi tak buat entri sebb gmbr tk cukup.
    Hehe

    ReplyDelete
  4. pernah pergi yang dekat sungkai je. best jugak!

    erin x | littlesipsoftea.com

    ReplyDelete
  5. Bestnya! Bolehlah buat next trip dengan kawan-kawan :) Thank you Rina.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Sis Hazrina, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete