Calong RM2 Beserah

Assalamualaikum and Have a Blessing Day Ahead



Dah makan ke tu awak-awak semua? Kita nak share sejenis makanan kegemaran kita. Pernah datang Kuantan , atau lebih spesifik ke Beserah? Mesti pernah dengar Joe Warung Mee Calong Beserah. Makanan yang kita nak share kalini, Mee Calong!!!! Tapi bukan dari Warong Joe tu. Haaa..


Warung Calong Tulang RM2. Lokasi dia berdekatan dengan Stesen Satelit Beserah. Agak tersorok tempatnya. Tapi taklah begitu susah untuk dicari. Yang paling penting dekat jugak dengan rumah. Hehehe.. Waktu Operasi setiap hari kecuali Khamis, jam 1200 hingga 1800. 

sumber internet


Menu yang biasa diorder oleh kami sekeluarga adalah Mee Calong Tulang Special (Tauhu + Telur) + Extra Tulang 4 bungkus. Order je guna whatsapp, dan pergi pickup. Tak pergi makan kat kedai. Takeaway ajerr. Harga pun berpatutan. Paling murah harga RM2. Mana nak cari lagi harga macam ni untuk semangkuk calong. Kalau menu macam saya pilih tu, harga RM4. Tapi tak tahu laa sekarang lepas PKP ni. 

Saja je buat entri ini sebab nak share makanan sedap mengikut citarasa saya. Hahaha.. Plus, rindu nak makan. 👉👈 Siapa yang berhajat nak datang ke Beserah, boleh laa datang cuba makan kat sini. Kalau nak datang minum air suam, boleh singgah rumah saya. Hehehe..



3 comments:

  1. first time dengar mee calong.

    ReplyDelete
  2. Hai saya pun orang beserah 👋🏼. Ni mee calong pak usop tu ke? Mee calong kat sekolah tu pun sedap jugak yum yum

    ReplyDelete
  3. Anonymous15 July, 2023

    Rm2 jee!.....

    ReplyDelete