Siapa suka makan kerang? Biasa orang letak dalam mi kari.. Ahhh.. sedap pulak bila terbayangkan mi kari.. Telan liur dah..😂😂 Aaaaa... Baru-baru ni, tular di mukabuku pasal pesta kutip kerang kat Pantai Batu Hitam. Memang penuh manusia datang ke sana. Jadi, sebagai seorang yang ingin tahu, perlulah kita pergi siasat untuk memastikan kesahihahnya...
Lalu.. pada hari Ahad bersamaan 29 Januari 2017, jam 7.20 pagi. Saya pun pergi la bersama ayah saya. Semangat nih.. Bawak dua plastik konon nak kutip kerang. Datang awal laa sebab tak nak orang ramai sangat. Tapi.. sangkaanku meleset sangat.. Sampai je sana , tempat parking pun nak penuh. Oh lupa nak cakap, perjalanan dari rumah ke sana lebih kurang 5 minit je. Dekat sangat. Hahaha...
Penuh dah pantai dengan manusia. Maklumlah, cuti CNY lagi masa tu. Dah konfom ramai yang balik kampung, ambil kesempatan la nak pergi rasai pengalaman kutip kerang. Gituuuhhh...Siap bawak bekal lagi. Gigih mereka cari kerang.
Gambar ini diambil sebaik sahaja tiba di sana. Nampak tak? Dah penuh orang.. Hahaha.. Ayah cerita, kalau masa dulu, memang lepas musim banjir, banyak la kerang dan saudara maranya kat pantai ini. Senang je nak kutip sebab tak ramai orang tahu.. Jadi kalau selak2 sikit celah batu, konfom jumpa. Kini? Kena lagi gigih la mencari sebab ramai saingan. Hahahaha..
Acah-acah jumpa kerang besar. Hahaha.. Terus suruh ambil gambar. Hahaha.. Siap call mak kat rumah, cakap nanti boleh masak mi kari. Dapat kerang banyak.. Hahaha.. Padahal. baby kerang pun tak jumpa..
Muka tak puas hati sebab tak dapat sekor pun. Huhuhu.. Agak2nya, lama mana la mereka stay sini nak cari kerang? Gigih sangat. Sekarang tak tahu la masih ramai tak lagi orang kat pantai cari kerang. Lama dah tak pergi. Hohoho...
Sekian sahaja dari saya, Cik Kerang. Hahaha... Jumpa lagi di lain entry tau.. Doakan saya rajin menulis. Hehehe
Hehe. Takpelah tak dapat kerang pun. Pengalaman yang best. Hehe.
ReplyDeletehehehe.. itu laa.. harap bila2 nnt dapat la kerang..
DeleteHehehee orang kuantan ye.. ada jugak dengar berita ni.. satu lagi berita yang pantai balok berbuih tu kan..
ReplyDeleteAkak follow sini ye.. :)
jarang mkn kerang tp yes ju suka ! =D
ReplyDelete