Untuk pengetahuan fashionista semua di luar sana, ada satu
ciri yang harus ada untuk pakaian harian yang bergaya iaitu dengan menggunakan
aksesori tambahan. Sekiranya anda tidak tahu tentang pemakaian women’s accessories terkini
atau aksesori wanita moden, hari ini mari kita lihat lebih lanjut tentangnya
dan anda akan tampil lebih bergaya dengan mudah. Dengan lebih dalam, kita tumpukan
perhatian kepada bangles dan bracelets iaitu gelang tangan.
Gunakan teknik layering
atau juga dikenali sebagai melapis. Dengan lapisan pelbagai jenis gelan tangan,
anda akan mendapat variasi gaya yang lebih cantik. Untuk gaya ini, lapiskan
gelang nipis dengan gelang tebal. Kalau mahukan sesuatu yang lebih mencabar,
gunakan gelang jenis cuff dan
gabungkan bersama gelang jenis halus. Gaya layering seperti ini sangat sesuai
untuk majlis makan malam atau hari anda berjumpa dengan rakan.
Tambahkan jam tangan bersama gelang anda. Dengan ini, ia
dapat mengimbangkan variasi aksesori anda. Jam tangan juga dikenali sebagai
aksesori tambahan. Pilih jam tangan wanita yang jenis bracelet atau gelang
tangan supaya lebih senang untuk digabungkan bersama. Ini akan menghasilkan
trend aksesori yang amat elegan dan boleh digunakan di tempat kerja kerana
rupanya yang menawan dan profesional.
Dapatkan bangles yang berlainan tekstur, warna dan jenis.
Lebih banyak variasi, lebih mudah untuk dipadankan mengikut cita rasa anda.
Banyak bangles hari ini menggunakan trend kulit atau leather dan juga emas,
perak dan emas putih yang sangat sesuai untuk anda tampil berani dan terkini.
Untuk wanita yang lebih menyukai stail minimal, elok anda memilih bracelet
wanita yang simple dan tanpa apa-apa tambahan seperti batu-batuan kristal. Mari
tingkatkan gaya fesyen anda hari ini dengan menggunakan bangles wanita! 💖💖💖
Waaa....
ReplyDeletePompuan mmg minat cantik kan...
Pakwi doakan tuan rumah makin cantik n sihat....
Mestilah suka..gelang suka..jam suka..mesti nak pakai aksesori
ReplyDeleteJanjiKita
gelang tu mmg a must accessori utk wanita..mmg sweet kalau perempuan pakai gelang atau rantai tangan..
ReplyDeleteI enjoyed reading your postt
ReplyDelete