[DRAMA REVIEW] : Kerana Anisa

Kerana nisa

Kerana Anisa sebuah drama TV3 yang ditayangkan untuk slot samarinda yang bermula pada 9 Januari 2017, kini telah melabuhkan tirainya.  Semalam, 8 Februari 2017 merupakan episod akhir drama Kerana Anisa. Biasanya, saya jarang layan drama , tapi sebab Zara Zya berlakon, saya tengok jugak lah.. Hehehe


SINOPSIS:

Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi 'guru' dan penguat semangatnya.

Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.

Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid, anak orang kaya di kampungnya. Zahid terpikat dengan kejelitaan Anisa dan menggunakan kekayaan orang tuanya untuk beli hati walid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran, ditambah pula dia lulus SPM dengan cemerlang sekali. Namun, Anisa tetap dipaksa untuk berkahwin. Selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa. Sudahlah berkahwin tanpa rasa cinta, Anisa turut didera oleh Zahid sehinggakan Anisa tidak dibenarkan untuk bertemu keluarganya apatah lagi untuk menelefon mereka.
Kerana tidak mahu mengandungkan zuriat Zahid, Anisa dalam diam mengambil pil perancang. Setelah mengetahui perbuatan Anisa, dia sekali lagi dipukul dengan kejam. Anisa bernasib baik diselamatkan oleh Ariff (Syaffiq Sahli) yang kebetulan ingin melihat keadaan adiknya itu. Anisa nekad, dia tidak mahu lagi hidup dalam penderitaan. Anisa memaksa Zahid untuk menceraikannya, Zahid yang merasa tercabar akhirnya telah menceraikan Anisa.

Kerana marah, ayahnya, Long Yahya (Aman Graseka) telah menghalau Anisa. Anisa kemudiannya membawa diri untuk memulakan hidup baru di Kuala Lumpur. Anisa kembali mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang peguam dengan bekerja sambil belajar untuk menampung pembelajaraanya. Beberapa tahun kemudian, Syukri (Mustaqim Bahadon), bekas teman lelaki Anisa pulang ke tanah air dan kembali mencari Anisa.

Syukri ingin memohon maaf kepada Anisa kerana mendiamkan diri, dia menyangka Anisa bahagia bersama Zahid. Rasa cintanya kepada Anisa tidak pernah padam, dan dia mahu Anisa kembali menjadi kekasih hatinya. Akhirnya mereka berkahwin dan Anisa hamil. Tapi di saat mereka bahagia, datang dugaan tidak disangka-sangka. 

Bekas isteri Syukri, Adira (Sura Sojangi) datang untuk merampas kembali Syukri. Niatnya adalah ingin mewarisi harta kekayaan ayahnya, Dato Imran. Ini kerana, ayah Adira meletakkan syarat kepada Adira supaya berkahwin dengan Syukri dan barulah hartanya akan diserahkan kepada Adira. Pelbagai helah dan lakonan yang dilakukan oleh Adira untuk mendapatkan Syukri dan menghancurkan rumah tangga Anisa.

Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Rahsia rancangan jahat Adira terbongkar apabila Syukri terdengar perbualan telefon Adira tepat di hari penikahan mereka. Walau bagaimanapun, majlis pernikahan tetap berlangsung kerana Syukri tidak mahu menjatuhkan maruah Dato Imran. Dato Imran telah merancang untuk memerhatikan rancangan jahat Adira. 

Akhirnyaa, Adira insaf setelah ayahnya menarik segala harta yang telah diberi kepadanya. Dia berubah dan ingin menjadi manusia yang lebih baik. Syukri dan Anisa jugak hidup bahagia bersama anak mereka. 

2 comments:

  1. Okay tak pernah tengok cerita ni. macam dah lama tak tengok tv haha.

    ReplyDelete
  2. menarik plot dia tp tak tgk pun...dgr sipi2 je..mak je layan cite nie..hee

    ReplyDelete