[MOVIE REVIEW] : Samay : When Time Strike
Siapa suka tengok cerita Bollywood..Cepat angkat tangan 🙌🙌🙌.. Macam biasa, TV2 ada siarkan cerita Hindustan setiap hari Rabu jam 10. Dulu jam 10, sekarang diawalkan jadi 9.30 malam. Mungkin dia tak nak orang stay up sampai tengah malam kot. Kadang2 tu pukul 1.30 pagi baru abes cerita.. Baru ni musim cerita dato SRK. Sekarang dah masuk cerita yang biasa, maksudnya yang saya sendiri tak pernah tengok. Hahaha
Review dari sudut mata seorang Hazrina..
Cerita ni dimulakan dengan berlakunya satu kes pembunuhan seorang ahli perniagaan yang muda dan berjaya (Kapil). Kes ini disiasat oleh ACP Malvika Chauhan dan dibantu oleh rakan sekerjanya. Kes pertama mempunyai beberapa orang suspek yang disyakki. Dari padangan detektif Hazrina, mungkin isteri Kapil itu yang membunuh sebab dia ada kekasih lain. Sebab, lepas kematian si Kapil, isterinya telefon kekasihnya dulu, baru buat report polis. So nampak macam mereka bersubahat laa kononnya. Okay apa yang Detektif Hazrina kagum, senjata pembunuhan utk kes pertama, menggunakan AIS!!
Tengah kes pertama disiasat, timbul kes pembunuhan kedua. Seorang pelakon yang berjaya (Ritika) So, suspek dia Hero filem, Rocky. Motif dia, sebab ayah Ritika tolak lamaran si Rocky. Tak lama kemudian Malvika membuat kesimpulan bahawa pembunuhan itu dilakukan oleh orang yang sama. Pabila mereka mendapat petunjuk dan nak pergi ke rumah suspek, mereka hanya menemui sekujur mayat suspek (Sulaiman) .
Hasil siasatan mereka, melalui kedudukan mayat yang ditemui, pembunuhan dilakukan dengan mengikut waktu (sorry ayat sedikit kucar kacir.. hahahahha) Mayat pertama, kedudukan tangan menunjukkan jam 12. Mangsa kedua jam 3, mangsa ke 3 jam 6.. Jadi mereka membuat kesimpulan bahawa mangsa seterusnya pada jam 9 malam. Mereka juga mendapat petunjuk bahawa pembunuh itu memilih mangsa berdasarkan 2 kriteria utama:.
1. Seorang yang terbaik (Kapil : Usahawan terhebat | Ritika : Aktress terkenal | Sulaiman : Pembunuh terhandal)
2. Seorang yang rabun dan mempunyai daya penglihatan -2. Semua mangsa menempah spek di tempat sama (R.K Opticals)
Jadi, setelah mendapat tahu siapa sasaran seterusnya pembunuh, pihak polis menyediakan kawalan ketat dikawasan yang menjadi sasaran. Tepat jam 9 malam, tiada apa kejadian yang berlaku. Tidak lama kemudian, si pembunuh (Amod Prakesh) datang. Dia meluahkan segalanya tentang apa motif sebenar dia melakukan jenayah .
Amod juga mengaku, dia telah membunuh mangsa pada jam 9. Mangsa terakhir dia adalah anak Malvika. Anak yang terbaik serta mempunyai daya penglihatan -2 dan membuat spek di R.K Opticals. Malvika yang marah akhirnya telah menembak Amod pada jam 12 malam.
|
Amod Prakesh~~ |
Cerita ni bukan happy ending macam yang lain. So sis kasi 🌟🌟🌟🌟 sebab dah berjaya buat seorang Hazrina sama-sama berfikir cari penjenayah. Tapi salah sorang..sebab tu tolak 1 bintang.. Hahaha..
p/s: Jangan berangan nak dengar lagu menari-nari laa tengok citer ni.. Takde "say shava shava..say shava shava".. Serious je okay.. Heheheh
Samay : When Time Strikes (2003)
~bbuing bbuing 💙~
ain datang terjah blog sini.-farahain zfa-
ReplyDeletepernah tengok movie ni dekat tv3. Memang tak sangka betul bila tengok ending
ReplyDelete