Wahhh.. dah lama rasanya tak menaip entry panjang-panjang.. Biasa join GA.. Tu pun belas ihsan dari adik yang comel Shahida Halim. Dah alang-alang dia tengah cuti kan..Sebelum ni pernah tulis entry pasal keluar dari comfort zone sebab join SL1M. Jadi sis nak share la sikit-sikit pasal program ni.
24 April 2017 (Isnin)
Hari pertama daftar masuk hostel di UTM Residensi Kg Baru. Mula-mula sesat jugak laa sebab semua tak tahu tempat. Harapkan waze semata-mata. Masuk kampung orang, masuk jalan kecik tak kira lagi jalan mati serta jalan berlubang-lubang.. Akhirnya jumpa jugakk laa.. Lepas tu nak check-in.. Tunggu pulak kawan.. Naseb baik dia dah nak sampai.. So tak tunggu lama laa.. Boleh pilih roomate. Lagi la seronok..
Tadaaa..Ini lah dia hostel sis sepanjang sebulan.. Bagi sis, okayy lahh..ada katil, meja, almari.. tandas pun tak jauh dari bilik. Barang-barang nampak baru lagi. Siapa rasa macam nak sewa sini boleh.. Ada rate harga untuk pilihan bilik yang pelbagai. Boleh tengok kat sini untuk senarai sewa...
RESIDENSI UTM..Lebih selesa lagi sebab tempat tinggal orang support kan. Hahaha..
Gambar pertama kitorang selfie lepas balik kelas hari pertama. Tak sangkaaa dulu tengok KLCC dalam gambar. Sekarang hari-hari dapat tengok live depan mata. Siap lalu depan lagi. 😏😏😏..
No comments:
Post a Comment