Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

Random kindness yang paling aku ingat sekali masa join Kursus Keusahawanan. Masa itu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu menjana wang sebanyak mungkin dengan cara paling kreatif dengan berbekalkan modal RM 50 kalau tak salah. Oleh kerana satu kumpulan terdapat 8 orang, agak ramai untuk bergerak, Jadi kami pecahkan pula kepada 2 kumpulan kecil. 

Kumpulan kecil aku mengambil keputusan untuk menjual keropok dan juga air. Dengan cuaca panas, kami berjalan sekitar bandar Kemaman untuk menjaja air dan keropok kami. Ada lah dua tiga orang yang beli keropok tu. Mungkin diorang pun dah bosan makan keropok, mungkin beli sebab kasihan kan kami. Hahaha...
Dalam perjalanan, kami terjumpa dengan dua orang peminta sedekah. Masa itu kitorang memang tak dapat jual banyak. Jadi , duit tak banyak laa.. Ketua kumpulan aku pun gunakan duit itu untuk derma kat peminta sedekah tu. Masa tu dia cakap, "takpe, nanti adalah rezeki kita".. 

Tak lama lepas tu, kitorang teruskan perjalanan, dan terjumpa dengan sekumpulan pakcik teksi. Alhamdulillah.. Pakcik2 tu beli semua air yang kami jual. Siap bagi duit lebih lagi. Masa tu rasa macam , kagum sangat. Allah tunjuk terus ganjaran bila bersedekah. 


Walaupun kami tak menang, tapi kami dapat pengalaman dan kawan baru.. :D 
Rindu aihhh masa tu.. 

Itulah sahaja kisah random kindness saya.. btw ini IG saya : @hazrinaajer



 **Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blogwww.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**

10 comments: