Duduk Atas Tar Sebab Datang Lambat!!



                 Lepas satu, satu viral kat Facebook ni.. Kali ni kes denda suruh duduk atas tar sebab datang lambat.. Rasa macam tak masuk akal je kalau itu pun nak persoalkan. Dulu, masa zaman sekolah.. Elok je kitorang berhimpun , duduk atas tar.. Rasa macam heaven sangat dah dapat duduk walaupun atas tar. Kalau kena berdiri lagi haru... T.T

               Kawasan sekolah kitorang tak lah besar mana sampai boleh susun kerusi dan duduk time perhimpunan.. Pelajar biasa duduk atas tar, pengawas pun duduk atas tar.. Kadang-kadang diorang kena berdiri sebab nak pantau student.. Elok je semua.. Takde pun parents nak mengadu apa.. Anak menteri pun ada jugak sekolah situ. Alhamdulillah takde pun dengar apa-apa komplen..Hahaha.. Manja sangat diorang sekarang..

              Rasa macam tak berapa boleh diterima akal , pasal hal macam tu pun nak report.. :( Kenangan paling best bila berhimpun dan duduk ats tar ni, kutip batu kecil-kecil.. pastu campak masuk dalam poket kawan kat depan.. Hahaha.. Bila bangun , poket berat.. >.< Tapi kena buat dekat kawan yang sekepala laa.. kalau yang tak boleh gurau, jangan sekali-kali cuba.. Kan kita pulak kena hempuk... Naya... :p


           Tetiba rindu pulak nak masuk sekolah.. T.T SMART dihati.. Siapa sekolah SMART Kuantan jugak dulu? Batch 2005-2009!! Angkat tangan...:D :D
Image result for smart kuantan


Nah, petikan dari HM.. 

Kuala Lumpur: "Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
"Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya.”
Itu ulasan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan, apabila dihubungi, malam tadi.
Dia berkata demikian selepas Harian Metro menunjukkan beberapa gambar kejadian pelajar duduk di atas jalan dalam kawasan sekolah, di Taman Tun Dr Ismail.
Semua gambar, petikan video dan ulasan pengetua SMK Taman Tun Dr Ismail mengenai perkara itu diterima Harian Metro daripada keluarga pelajar, kira-kira 6 petang, 7 November.
Waris pelajar yang meminta tidak disiarkan namanya berkata: “Saya lihat kejadian itu ketika hendak hantar anak untuk menduduki hari pertama SPM.
“Apabila saya tanya kenapa buat begitu kepada pelajar, pengetua itu menyatakan bahawa pelajar yang lewat terpaksa diasingkan daripada pelajar lain.
“Kata pengetua ini, memandangkan sekolah tidak cukup ruang ketika perhimpunan, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain duduk di atas jalan.
“Pengetua itu kata, mereka (pelajar) juga diarahkan supaya membawa plastik alas sekiranya lambat ke sekolah.
“Bila saya tanya tidakkah ada cara lain selain duduk atas jalan kerana pelajar memakai pakaian yang sama untuk bersolat, dikhuatiri terduduk atas najis dan sebagainya.
“Tapi, pengetua itu seolah-olah menyindir pula dan menjawab agar ibu bapa boleh menderma lebih 1,000 bangku untuk memastikan anak-anak dapat duduk atas bangku ketika perhimpunan,” katanya.
Dr Mohd Ali dalam ulasan tambahan menganggap tindakan itu sebagai agak keras dan tidak wajar dilakukan.
Beliau berkata, seharusnya pelajar diberi amaran terlebih dahulu dan bukan terus diperlakukan sedemikian.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyiasat segera perkara itu.
Katanya, kementerian memandang serius berhubung kejadian segelintir pelajar SMK Taman Tun Dr Ismail yang diarahkan duduk di atas jalan kerana lewat sampai ketika perhimpunan sekolah.
“Saya juga melihat pengetua sekolah ini tidak sewajarnya memberikan kenyataan mengikut perasaan. Perkara ini perlu diperhalusi," katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.
Menurutnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seharusnya mengadakan perbincangan berhubung perkara ini.
"Soal duduk di atas jalan tar perlu dilihat secara jelas bersama unit disiplin pihak sekolah terbabit,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2016 @ 12:02 AM

9 comments:

  1. Ala duduk atas tar je pun menjadi isu. Zaman kita sekolah dulu elok je duduk atas tar siap kumpul batu tar lagi.Ini la budak zaman sekarang manja sangat. Kira ok la tu duduk atas tar kalau denda cabut rumput agaknya apa akan jadi ye huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. apa ntah yang diorang nak sangat.. nak duduk ats kerusi agaknya.. huhu

      Delete
  2. erk..rasanya kalau kawasan perhimpunan tak muat nak asingkan pelajar tak ada masalah pun ddk atas jln kan? huhu..pelik la org sekarang smua nak viralkan.. bkn nya cikgu buli pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagipun salah diorang jugak sebab datang lambat.. hahaha

      Delete
  3. aduhai....dah boring la baca benda nie...duduk atas tar je pun... hello,kami dulu elok saje duduk atas jalan tar tu..panas²..Alhamdulillah,emosi semua baik je..ada jd doktor,peguam..xde pulak terjadi bila duduk atas tar..emosi terus terganggu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kat cikgu.. mesti dah buntu nak bg denda macam mana lg. sikit2 kena viral..

      Delete
  4. dulu perhimpunan kalau ada majlis atau pengetua nak berucap panjang..ok je dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 6..duduk bersila atas tar...yang lewat pun duduk atas tar cuma diasingkan sedikit tidak masuk dalam barisan..kalau dtg lewat disebabkan memang betul2 ada alasan yg kukuh...rasanya pihak sekolah pun boleh bertolak ansur..tapi kalau memang tabiat begitu...ermmm..

    ReplyDelete
  5. MANUSIA ZAMAN SKG NI MANJA KAN ANAK SGT.. kira ok la tu dpt duduk kalau kita dulu2 sepajang perhimpunan berdiri la ko!!! apa pun x blh..

    btw sama la Unni pun rindu sgt zaman sklh

    ReplyDelete
  6. Inilah sbbnya budak budak skang tk reti nk hrmat org, tk reti nk jga diri sbb dibela ntuk benda benda yg remeh. Eyh, sies la. Kau dlu skolah tk dduk ats tanah ke? Mek yg gen y ni ha (tahun 1992) tkdenya mak pak mek mrh bile tahu kena denda. Pling tdk dia pulak yg gertak kita klau tk siapkan keje skolah, klau lmbt ke skolah. Alahaiii mak pak skang.

    ReplyDelete