[SPECIAL] | Happy Birthday Kawan

             5 tahun lepas mula berkenalan. Mula rapat, semakin dekat, bertambah gila-gila, lalu akrab tapi kini jarak memisahkan. Tapi hati tetap bersatu. Agak-agak boleh masuk pertandingan menulis cerpen tak dengan ayat macam tu? >.<
           Perkenalan tanpa sengaja yang Allah aturkan sangat cantik. Kampung Sri Fajar, Gambang menjadi saksi. Tapi maaf, tarikh tak ingat.. :( Mula tegur sikit sikit, lepas itu ditakdirkan sekelas pula. Jadi AJK program sesama. Kemudian, sama-sama ada masalah dengan roomate. Akhirnya duduk sebilik. Ada jugak gaduh tapi tak bertikan lidah. Orang sebut perang dingin. Tetiba tak tegur sama sendiri. Hahaha.. kalau kenang, kelakarnyaa... Tak matang sangat masa tu.. Hahaha... 
Ayuni, 
         Selamat hari lahir yang ke 24. Walaupun tarikh lahir ko lagi lambat dari aku, tapi sikap ko lagi matang, berani. Memang tak kena langsung dengan status ko sebagai anak bongsu tau. Biasanya, orang kata, anak bongsu ni manja tapi ko tak. Mungkin manja dengan bakal nanti kot.. kih3..¯\_(ツ)_/¯.. 
gambar throwback FB je ada.. HDD rosak, Gambar hilang.. T.T

        Bila dah sebilik, baru tahu perangai masing2.. dan memang sangat tabik laa tahap kebersihan ko. Tempat ko memang sangat bersih dan kemas. Walaupun tengah buat assignment, kemas je meja. Buku banyak pun tetap nampak macam teratur. Kalau balik kampung, ko mesti akan pastikan tempat ko kemas. So siapa usik, tahu laa.. Hahaha.. Tulisan pun kemas walaupun tengah nak cepat menyalin. Jeles taw.. Dengan tulisan font 12, Arial, Italic lagi..

       Pergi kelas, awal. Tapi rekod paling hebat ko pernah buat, datang exam EM lewat. Bukan 10 minit. Sejam kalau xsilap aku.. Kn? kn? Hahahaha.. Mimpi apa la ko masa tu sampai terlajak bangun.. hehehe ~(˘▾˘~) ~(˘▾˘)~ (~˘▾˘)~.. Masa tu kita tak sebilik lagi. Kita janji nak g exam sama. Tapi ko tak muncul2..Jadi ku pergi dulu.. Maaf ye..

       Bila dah jadi senior sikit (baca : 2nd year). Kita dapat duduk sebilik. Bilik berdua lagi. Tak mudah nak dapat tu.. Tapi rezeki kita..Hehehe.. masa itu katil double decker. Ko ats, aku bawah. Maaf jugak.. patutnya bagi kat ko katil bawah.(ʃ_⌣̀ )/||. Kesian ko kena panjat katil. Tapi takpe, ko kan budak ragbi. Mesti stamina kuat. Yeahh... Tahun tu, ko buat bisnes printing tak official.. Malam-malam minggu kita akan jalan-jalan sekitar UMP. Beli air kat Ina Shop (baca :kedai aku) , burger ke, cheezy wedges abang jus tu ,pastu mula lah berjalan dan melepak kat gazebo tepi Blok W tu. Tengok orang lalu lalang, berborak pasal masa depan, masa dulu. Tak lupa jugak sedikit sesi "anyam ketupat". Tengah malam baru balik bilik.. 


       Lepas itu, kita banyak join aktiviti sama-sama. Tapi ko lagi banyak laa.. sebab aku selalu jugak balik rumah. Tapi, tapi.. Kursus Pra Perkahwinan kita pergi . Sanggup tak balik sebab nak kahwin. Eh.. Nak pergi kursus.. Hahaha.. ┗(^0^)┓ Kita join Kayuh Kembara sama-sama. Afiqah pun join sekali. Kita pergi practice petang-petang. Berkayuh la kita dari UMP ke Taman Gelora. Gigih sangat. Hahaha.. Lepas tu jadi volunteer utk pertandingan bola keranjang. Sanggup balik awal dari cuti semata-mata nak tengok abang-abang tough.. Haha.. Bohong2.. Balik utk tolong sebelum pertandingan sebenar laaa.. Dah offer diri jadi volunteer. Kejadian paling aku ingat, terpecahkan pintu kaca C13... Hahaha.. Dah nak maghrib masa tu.. Pintu tersekat, Tarik kuat sikit, PRANGGG.. berkecai jatuh kaca tu.. Hahaha.. Sampai ada orang post kat FB cari si pelaku. Rasa macam penjenayah pulak. (σ‾▿‾)-σ

       
      Intern pulak lain kisahnyaa.. konon pakat nak cari tempat dekat dengan rumah. Senang. berulang dari rumah. Tapi sampai kesudah tak dapat. Rezeki tak de. Mintak tolong orang dalam. Dapat la kita tempat sama. Walaupun tak dapat gaji, ambil je laa.. Daripada grad lambat. Kan..Hahaha.. Dah la tak dapat gaji, lepas tu, bilik sewa pulak mahal. Tapi sebenarnya kita lupa, kita duduk tu planet Kerteh. Geng baju kuning ramai. Kita pun menyewa laa kat sebuah dorm dengan kapasiti 7 orang. Dalam 7 orang tu, sorang je bergaji. Tapi kita mampu makan lagi dengan bantuan pama & ptptn.. Berbekalkan seorang tukang masak, kita mampu makan sedap2. Siap boleh pergi picnic. Tu ta termasuk lagi dengan pergi jalan-jalan. Sejak dari situ tertubuhnya grup D7. Geng D7. Ada orang tanya D7 tu ape? Debab 7 ke? (∫˘▽˘)∫ 





            Jalan sama-sama. Pergi raya sama-sama.. Makan nasi dagang umah cik long aku sama-sama.. Kita da macam satu keluarga kecil yang adik beradik semua perempuan.. Nampak macam bahagiaaa sangat kan.. Hahaha

         Habis intern, kita buat PSM pulak sama-sama. SV sama. Tajuk sama. Material je lain. Pergi cari sample kat LKPP sama-sama. Pergi lab pun kadang-kadang sama-sama.. Tapi ko rajin lagi laa.. Hahaha.. Selalu pergi.. Aku pergi jugak.. tapi kerja tak buat sangat. Asyik berborak jee.. -_- Kalau jumpa SV, ko nampak macam amat berpengetahuan. Memang berpengetahuan pun kan.. SV tanya, ko boleh jawab. Kdg-kdg ada jugak tak dapat jwb.. Hahaha.. Normal la tu.. SV pun setegheh dapat ank buah macam kita agaknya. Tp SV kitorang baik, dah la baik, comel, lemah lembut. Siap bagi A lg utk PSM. Ni la membuatkan kami sayangg ketat-ketat dgn Dr Suriyati.. ♥(ˆ⌣ˆԅ)


        Nampak macam dah panjang sangat je entry ni kan.. So ini la gambar selfie kita yang terakhir sebelum kita berpisah lepas majlis konvo.. :D btw, Selamat Hari Lahir sekali lagi.. 


♥(ˆ⌣ˆԅ) Semoga berjaya mencapai cita-cita
♥(ˆ⌣ˆԅ) Semoga terus menjadi seorang yang pembersih 
♥(ˆ⌣ˆԅ) Semoga jadi ibu saudara yang penyayang. Jangan garang2 sangat..
♥(ˆ⌣ˆԅ) Semoga menjadi ank, adik, kakak dan muslimah yang solehah.
♥(ˆ⌣ˆԅ) Semoga dikurniakan jodoh terbaik.. 






# maaf sebab tak lewat wish..
# 2 jam ambil masa tulis entry ni
# gambar ikhsan dari insta @hazrinaajer.. hahaha



1 comment: