Farewell Klinik Hamdan Kuantan
Minggu ni terasa acah-acah sibuk je.. Hari-hari keluar rumah.. Hahaha... Padahal bukan keluar pergi kerja.. T.T Bila hari2 memandu, baru rasa macam " Oh letih jugak drive ni ye." Kalau dulu, macam seronok je nak drive.. Excited kononyaa.. Macam hari-hari mahu outing (time belajar ni).. Sekarang baru tahu... :p
Hari ni, jadi driver ambulan yang tak berapa kecemasan nyaa.. Adik saya, kena jangkitan kulat kata doktor.. Habis badan dia jadi merah.. Gatal dan lama-lama jadi pedih.. Sebenarnya dia dah start rasa gatal dan jadi merah2 tu 2 minggu lepas..Balik weekend , tengok dah macam banyak je naik bintik merah ni.. Bawak pergi klinik, doc kasi ubat tahan gatal dgn ubat sapu.. Masa jumpa doct, separuh penyakit hilang. Sebab doct hensem.. Hahaha.. >.<
Bila balik asrama, dia teruskan laa makan ubat tu, sapu ubat jugak.. Tapi katanya makin teruk.. Dari sikit, sampai penuh leher bintik2 tu merayap.. Kemudian, orang cadangkan pergi laa Klinik Hamdan.. Dulu, mak saya pernah pergi sana sebab sakit kulit.. Tangan jadi macam pecah2 bila guna sabun basuh pinggan yang murah2 tu.. demand betul penyakit tu.. -_- Alhamdulillah, sembuh. Sekarang dah tiada masalah kulit.
Sebagai ikhtiar, pergi la kami ke Klinik Hamdan di Kuantan. Berhampiran dengan Bangunan Perkim. Orang Kuantan mesti tahu ni.. Sampai sanaa, pintu tertutup rapat. Board yang tulis waktu operasi masih ada, tapi dah memang pudar. Dan paling sedih, ada banner cakap, tempat untuk disewa.. :o Jadi pergi laa tanya pekerja kedai makan yg berdekatan, katanya Klinik Hamdan dah tutup dan tak bukak kat mana2 pun.. Mungkin sebab tiada pewaris agaknya. Dulu, dengar cerita dia menguruskan Klinik tu dengan isteri dia.. Atau mungkin dia dah tak larat. Lagipun klinik terlalu banyak sampai tak tahu nak pilih yang mana.. :D
Apa2 pun, saya harap semoga Doct Hamdan yg pernah merawat mak saya dulu, dikurniakan kebahagiaan sentiasa. Terima kasih atas khidmat dan jasamu.. Cewahh... :) :)
p/s : Kalau ini doct. hari2 datang hospital pun takpe.. :p
klo doktor cenggini..x yah rawat pun dh sembuh eah..haha
ReplyDelete