Asal Usul Doraemon ㋛


            Baru je lepas tengok cerita kartun peberet sis sejak dari kecil.. Doraemon.. Walaupun dah bertahun-tahun berlalu, tetap tak puas. Kalau dulu, siap beli CD Doraemon.. Minat sangat la tu.. Ayah pun sama jugak.. Hahaha... Sekarang tak daa. Kalau nak tengok, tunggu kat TV, xpun Youtube ajo... 

Tahu tak Doraemon tu asal dia dari mana? Macam  kita jugak.. Ada asal usul nya..Sebab nak tahu, so sis tanya uncle google. Ini jawapan nya...


Sejarah Awal Tercipta Doaremon
  
Doraemon adalah sebuah robot Kucing yang dibuat pada 3 September 2112 di sebuah kilang yang tidak jauh dari Tokyo. Kilang tersebut mengeluarkan pelbagai jenis robot pada abad ke-22.
Oleh kerana suatu kejadian yang tidak diingini terjadi dalam proses penghasilan telah menyebabkan ketidaksempuranaan Doraemon. Berbanding robot lain, Doraemon kekurangan satu skrew dan menjadikan Doraemon sebagai robot kelas kedua.

Doraemon dimasukkan ke sekolah, namun ia bukanlah seorang pelajar yang pintar. Lalu ia dihantar ke Akademi Robot untuk dilatih sebagai robot yang menguruskan rumahtangga. Setiap kali ujian, Doraemon selalu mendapat markah yang rendah dan corot. namun pada akhirnya , ia lulus juga.
Akhirnya, Doraemon dilelong dan ditawarkan kepada sebuah keluarga miskin. Ia harus berkerja sebagai babysitter dan manjadi pengasuh keturunan Nobita.
Pada suatu hari, ketika Doraemon sedang asyik tidur petang, sebuah robot tikus menggigit kedua-dua telinganya. Sejak dari kejadian itu, Doraemon menjadi takut dan trauma terhadap tikus.
Kejadian tersebut membuat Doraemon sangat sedih dan menangis selama 10 hari

Doraemon menangis…. dan terus menangis…
Disebabkan Doraemon menangis berterusan tanpa henti, air matanya membuatkan warna asli Doraemon yang berwarna kuning terang menjadi luntur. Air matanya menghapuskan warna tubuhnya sehungga menjadi biru seperti yang kita kenal sekarang..☻☻☻☻☻



Kesian Doraemon kan?? Sis harap sis ada sekor Doraemon kat rumah... Hahahaha

No comments:

Post a Comment