Hutang

          Di pagi yang berbahagia ini, tetiba aku fikirkan sesuatu.. Jeng3.. satu perkataan yang amat sinonim dikalangan kita semua.. >>H.U.T.A.N.G<<  Aisyhhh.. Nape pagi2 bangkitkan cerita ni?? Haa.. sebab nak suruh semua orang ingat semula, ada tak berhutang dengan orang.. Kalau ada, lebih baik langsaikan segera...

          Aku bukanlah orang yang suka berhutang.. Tapi kerana nak sambung belajar, pinjam la dengan pakcik PT.. Haa.. mesti ramai yang kenal pakcik ni.. Dia memang "baik hati".. Bantu orang dalam kesusahan..Hehehe.. Aku yang tengah belajar ni pun, dah berhutang lebih kurang RM32K dengan pakcik PT... Aisyhhh..Pinjam RM28K jee..Bayar lebih2 plak.. Insya Allah..aku cuba langsaikan secepat mungkin.. korek semua duit bawah2 bantal tuu utk bayar kat pakcik.. Kih3..

          Selain menjadi penghutang kepada pakcik PT, aku jugak menjadi pemiutang.. Tolong kawan2 yang dalam kesempitan wang.. Bukan banyak sangat duit.. Tapi ada lebih tu aku tolong laa.. Tak banyak, cukuplah sekadar menyambung hidup di universiti kan...Aku perhatikan, diorang masa nak pinjam duit tu, beriya2 mesej.. Menggunakan ayat paling sopan..pijak gajah pun tak mati..*hiperbola disini* Bila da dapat duit tu, terus senyap.. Takpe laa.. Aku cuba memahami.. Mungkin diorang nak jimat kredit.. Hahaha.. Berbaik sangka kan... Time nak bayar hutang, buat2 tak kenal laa.. buat2 xreply mesej laa.. Kita ni nak mesej sokmo2 tanya nanti, apa pulak dia kata.. Bagi pinjam tak banyak pun, kecoh je lebih... Tu aku agak jee... 


Opss.. dah over limit ni.. Nak sambung wat unit operation dulu... Assalamualaikum..:D
        

No comments:

Post a Comment