Kerana handphOne..!!


Ini kesah seOrang gadis belasan tahun....
Gadis yang merasakan dirinya kesepian dan kurang kasih sayang...
Sungguh kesian nasib gadis ini...Oleh kerana perasaan yang mengatakan dirinya tidak disayangi, lalu gadis ini melancarkan mOgok...Entah mengapa gadis uni boleh berfikir sehingga ke tahap itu..
Mungkin kerana gelora jiwa remaja yang inginkan kebebasan dan mudah terpengaruh dengan rakan sekeliling...

Kisah bermula apabila bapa gadis ini membeli sebuah sematfOn..
Maklumla sematfOn...Susah sket nak guna kalO first time...
Nak dijadikan cerita gadis ini amat berharap untuk memilik sebuah henpon memandangkan henpon nyer da rOsak sket...Tapi angan gadis ini terlampau tinggi...Dia menginginkan henpon blekberi...Namun pada padangan kedua ibu bapanya, dia masih tidak sesuai untuk menggunakan henfon sebegitu...Maklum saje la..Baru form 2..Nak bergaya  lebih2.. Baru dapat henfOn bese pOn, tak lepas dari tangan...Ni kan plak henfOn canggih...=.=' 

Oleh kerana tak dapat henfOn tu, dan dengar kata henfOn tu nak bagi kat kakak dia...terus la si gadis itu mOgok...Tak nak bercakap dengan parents nyer...Sampai hati gadis itu kan.. Alangkah bagus andai dia tahu kenapa parents dia tak bagi dia gunakan lagi henfOn canggih tahap blekberi tuh... Oh gadis andai kamu sedar..selama ini disaat kau masih tidak memiliki sebijik henfOn, dikau tidak alpa...dikau masih rajen menyiapkan hOmewOrk...Dikau masih mahu mendengar apa yang dikatakan oleh ibu bapa mu...Dikau masih menelaah saat peperiksaan hampir tiba...Dan ternyata keputusan peperiksaan mu cukup membanggakan...


Sedarlah gadis...Kini disaat kamu memiliki henfOn, kamu sudah selalu bersama henfOn tersebut...Bagaikan kembar tak seiras...Masuk tOilet pun bawak fOn..Bukan itu sahaja, kamu jugak meletakkan security cOde..Bagaikan ada sesuatu yang kamu sembunyikan...Kamu juga selalu meletakkan telinga kamu dengan earfOn dan memasang lagu sekuat2 hati kamu..Alasan kamu agar tidak mendengar bebelan ibu mu itu...Tahukah kamu..andai suatu hari nanti ibu kamu dijemput oleh Allah terlebih dahulu, kamu pasti tidak dapat lagi mendengar suara ibumu itu...Di saat itu kamu jangan la menyesal kerana apa sahaja yang kamu lakukan tidak dapat mengembalikan lagi ibumu itu...

Gadis...Aku juga ingin berpesan..Andai kamu tidak berpuas hati dengan ibu bapa mu, jangan la sampai nak update status kat Pacebuk dan gunakan bahasa yang xsepatutnya...Kamu seorang gadis...Kata-kata itu menggambarkan dirimu..Mungkin sekarang bukan masanya lagi kamu untuk memliki henfOn itu..Tunggu la sehingga masanya tiba...Dulu aku tak pernah bermimpi untuk memiliki hanfOn..Dan aku memiliki henfOn itu sebagai sebuah hadiah atas kejayaan aku yang xseberapa itu...Untuk pengetahuan kamu...henfOn itu pun bukan aku yang pilih...Walaupun aku diberi pilihan untuk memilih..tapi aku takut utk memilih henfOn yang mahal dan tidak sepadan dengan tahap umur ku pada waktu itu...Cuba kamu fikir...ayah kamu berkerja mencari nafkah untuk memberi kamu pendidikan yang bakal mengubah naseb mu akan datang..Takkan la kamu nak menghabiskan hasil kerja nya dengan membeli henfOn yang harganya separuh dari gajinya..Tidakkah kamu merasa kasihan kepada nya?? Mana perasaan kasih sayang mu sebagai anak kepada orang tua mu?? 

Jangan la kerana henfOn kamu sanggup memulaukan seluruh ahli keluarga mu...Jangan ingat kamu itu sudah cukup dewasa untuk hidup sendiri tanpa keluarga..Dan kamu jangan lupa...tanpa ibu bapa mu..Kamu takkan pernah dapat melihat dunia ini...Jangan sampai kamu menyesal dikemudian hari...Ketahuilah bahawa kami semua sangat menyayangi kamu wahai gadis..Mungkin cara kami meluahkan rasa sayang itu berbeza dengan orang lain...Andai kamu rasa kami bukan yang terbaik, carilah keluarga lain yang mampu membahagiakan kamu dan mampu memenuhi kehendakmu..!!





#salam rindu untuk orang disana...XD

No comments:

Post a Comment