Assalammualaikum and Have a Blessing Day Ahead
Korang dah tengok ke kalendar bulan depan? Ada cuti sekolah seminggu. Dah ada planning ke untuk anak-anak? Selain dari tolong anak-anak siapkan kerja rumah yang cikgu kasi, boleh laa plan bawak pergi bercuti. Orang cakap "beli jiwa".. Haaa gituu.. Kalau belum terfikir destinasi mana yang nak bawak anak pergi bercuti, meh kita bagi cadangan.Jom ke KRABI!!
Kenapa KRABI??
Krabi, satu wilayah yang terletak di selatan Thailand dan kenapa dia menjadi lokasi tumpuan pelancong? Kedudukan Krabi yang berada dipinggir pantai Laut Andaman telah menjadikan Krabi destinasi terlaris sebagai pusat perlancongan di Thailand. Kebanyakkan pelancong yang melancong ke sana adalah daripada negara kita sendiri kerana faktor jarak serta mudah untuk mendapatkan makanan yang halal. Orang kata selain daripada tengok pemandangan indah, perut juga perlu diisi dengan makanan yang sedap dan paling penting halal. Bolehlah upload kat instagram kan. Hehehehe.. Kenangan untuk masa depan.
So, ada yang dah plan nak ke Krabi? Kalau ada boleh la start survey flight ticket. Banyak dah apps serta website yang jual flight ticket ni. Tapi, apa kata kalini korang cuba try test tengok kat Traveloka. Dengar kata boleh dapat lagi murah. Untuk ke Krabi, banyak je airline yang menawarkan penerbangan ke sana. Thai Airways pun ada. Nak ke Thailand kan, so kita ambil feeling naik flight Thailand jugak. Korang survey la dulu. Dapat yang murah, book terus. Tak payah tengok kiri kanan dah.. Sampai masa, terus gerak ke Krabi. Hohohoho..
Korang , nak share ni. Bukan flight ke Krabi je yang Traveloka tawarkan. Banyakkkkk lagi ke destinasi-destinasi lain yang menarik kat seluruh dunia. Dalam Malaysia lagi laa ada. Rasa macam tak sempat nak pergi jauh, kita ronda dalam negara dulu. Korang bukak, usha harga. Kalau nak tengok Kuala Lumpur to Langkawi flights pun ada jugak. Kalau macam sis ni haa dari Kuantan nak ke Kedah, lama jugak kalau drive. Kesian kat diver sis. Hehehe. Naik flight kan senang.. Sekejapp saja sampai pakk.. (baca dengan nada anak nujum pak belalang )
Kalau korang dah masukkan Krabi dalam list untuk melancong bila-bila, so kita nak share beberapa lokasi menarik untuk korang dapatkan makanan halal serta rasanya yang mabelesss..Yummehh.. Jom kita start..
Ao Nang Night Market
Kalau korang singgah Ao Nang Night Market ni korang akan perasan deretan kedai makanan yang ada kat situ. Kebanyakannya memang menjual makanan-makanan seafood dan street food dari Thailand. Ada halal dan non-halal so becareful. Nak pekena tomyam pun ada. Memang pekat dan melaparkan. Street food yang agak popular kat nigh market ini ialah Mango Sticky Rice, Thai Pancake, Kerabu mangga dan beberapa lagi makanan yang best ada kat sini.
Bangboo Halal Seafood
Restoran Bangboo ni terlatak tidak jauh daripada Masjid Ao Nang so senang sangat untuk korang jumpa restoran ni. Restoran Bangboo ni ada menyediakan lebih dari 80 pilihan menu yang korang boleh pilih. Confirm rambang mata taktau nak makan mana. Tapi of course la seafood wajib ada dalam senarai menu yang korang perlu order. Tapi andai kata ada antara korang yang nak makan makanan western, restoran ni ada jugak menyediakan makanan ala-ala barat. Yang paling best pasal kedai ni sebab meja kerusi dia ada yang menggunakan buluh. So fefeeling la sikit tengah bercuti.
Rotee Yamilah
Kalau korang dah pergi ke Ao Nang night market dan dah rasa Thailand pancake kat situ, korang kena singgah pulak kedai Rotee Yamilah ni sebab khabarnya pancake kat kedai ni adalah pancake terbaik yang ada kat Krabi. Betul ke? Memang betul pun! Memang sedap dan andai korang penggemar makanan manis, ini kedai yang wajib korang singgah. Kedai dia dekat je dengan Ao Nang Sunset Hotel. Pilihan untuk topping pancake pun banyak. So jangan risau okay.
Pak Nam Krabi Seafood
Restoran Pak Nam ni merupakan antara restoran halal yang terkenal juga di Krabi. Ia menyajikan pelbagai masakan laut yang sedap-sedap daripada tukang masak yang berpengalaman. Masakan thai seringkali menjadi pilihan pelancong yang datang berkunjung ke restoran Pak Nam Seafood ni. So kalau korang lost nak makan kat mana, boleh singgah kedai Pak Nam ni. Korang kena rasa kepah masak cili dia. Pergh. Sodap sehingga menjilat jari sampai ke siku.
Lemon Restaurant
Kalau korang dah pernah pergi Bangboo Seafood, korang mesti perasan kedai ni sebab kedai ni bersebelahan je dengan Bangboo tu dan berdepan dengan Mcd Ao Nang. Menu wajib yang korang boleh cuba kat restoran ni ialah Tom Yum Gung dia. Pekat ooo tom yam dia. Makan dengan nasi panas, telur dadar, aduiii. Sedapnya. Makan lepas penat berjalan pulak tu. Sepinggan memang tak rasa. Tak cukup dengan tom yam, tambah order ikan sweet sour. Confirm terangkat.
Jadi, itulah dia beberapa restoran halal yang menjanjikan rasa kelazatan makanan di Thailand. Bagi korang yang memang dah set nak ke Krabi nanti, kita harap kedai-kedai yang kita listkan nanti ni membantu la untuk korang okay? Tapi yang penting, cari yang halal dan makan tanpa was-was. Makanan ni penting gais masa melancong. Ia menentukan mood ahli-ahli dalam group. Tak cukup makan boleh bawak gaduh. Sampai sini dulu. Jumpa lagi nanti. Selamat bercuti.
dh pergi krabi masa tahun 2017, krabi nigt market tu kena hati2 sebab halal and haram bercampur, sebelah stall jual ayam bakar, sebelah lagi jual babi bakar. hahah
ReplyDelete