Hobi ke Nakal?


Dah lama tak menulis..So kita tulis yang santai je laa.. Ceritanya macam ni.. 

Hari tu, pak sedara sy dengan anak-anak dia datang rumah. Kebetulan pulak haritu hari Jumaat.. Masa tu saya baru balik dari bandar. Sepupu saya ni pulak baru lepas ambik wuduk nak pergi solat Jumaat. Spontan je saya tanya (serius takde niat nak khianat lagi masa ni). 

"Ambik air semayang doh ke?"

Dia angguk. Lalu depan saya, (masa ni baru ada niat khianat). 

Sentuh tangan dia. Dia terkejut kot. Hahaha. Tak sangka kena khianat time tengah siap2 nak pergi solat. Dengan muka blur, terus pergi ambik wuduk semula.. Masa ni ramai saksi. Yang lain semua dahh gelak. Dia sengih je.. Terus bersiap pergi masjid. 

Tapi, belum sampai separuh jalan nak ke masjid , tayar motor bocor. Balik semula. Tukar naik kereta. Banyak ujian dia sebelum sampai ke masjid. Moga banyak laa pahala nya yee. Masih single lagi kalau sapa nak berkenalan dengan dia. Hahaha.. 




Nasib takk kena macam dalam kartun atas ni. Hehehe. Mangsa orang baik, so dia xbalas. Ehe.

Abam Kie's Birthday Giveaway





Selamat Hari Lahir Abam Kie..!

Belakang rumah ada sumur,
Semoga panjang umur..

Tersadung kayu sakit kaki,
Moga dimurahkan rezeki.

Bulan puasa berbuka kurma,
Hari Lahir saya pun bulan lima.. 

Atas kerusi ada katak,
Abam Kie nak bagi hadiah untuk saya tak? 

Hari Ahad pergi pasar tani,
Terima kasih buat GA ni.

Happy Birthday, may Allah bless you with healthy and happy life.