Taman Botani Putrajaya

Hari itu , sebelum daftar masuk SL1M, Hazrina sempat la pergi bersiar-siar dulu dengan family. Biasa laa datang awal dari waktu sepatutnya. Jadi, mak sedara pun ajak la pergi jalan-jalan. Tak jauh pun. Oh lupa nak cakap, Hazrina stay rumah dia sebelum nak daftar pergi SL1M. Rumah dia kat Putrajaya. Jadi dia bawak kami ke Taman Botani Putrajaya.
Kami pergi petang , mungkin dalam pukul 3 ke lepas Asar. Ramai jugak la orang yang datang bersiar dengan famili , tak kurang jugak yang datang dating.. Opsss...
Mereka nak datang sini sebab nak kasi makan ikan & kura-kura.. Nampak tak roti bertaburan atas air tu.. 🍞🍞🍞 Gemuk-gemuk ikan kat sini. Terlebih khasiat. Hahaha
Macam mana orang boleh cakap muka sama..? Nampak lain dah.. 🙏🙏 Meet my sister, blogger sambilan macam saya jugakk.. -http://chanchueshahida.blogspot.com/-
Ini pun adik beradik jugak.. Hahaha.. teka siapa kakak?


Hehehe..ini lah dia mak ayah saya.. #rindu #nakbalikrumah #rindukuantan



Orang tinggi memang selalu kena pegang monopod.. Dia laa selfie stick, dia lah monopod, dia lah technician.. Single lagi. Siapa mahu, boleh PM trus..Hehehe


















AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS




nak tag

AdikSaya
Elsa

Diskaun 50%!!

Selamat pagi Hazrina ucapkan kepada semua.. Harini Hazrina sedikit bersemangat untuk menaip blog. Hahaha.. Datang opis awal kan hari ni.. Dapat laa spend masa dengan toshi.. ~~Rutin harian pergi kerja balik kerja.. Dengan kekangan internetnye di rumah, telah menyebabkan Hazrina malas nak bukak blog..😔😔😔 Tapi hari ini berbeza .. Kenapa?

Image result for no internet

Pagi tadi, seperti biasa.. turun dari rumah melenggang menuju LRT.. dengan niat nak pergi kerja. Gitteww.. semangat..😁😁😁 Scan T&G.. Naik LRT.. sampai stesen berikutnye turun.. Scan sekali lagi... Tengok harga tambang!! RM0.55.. EH.. EH..EH...!! Tetiba rasa macam, dia baru tahu ke aku masih student.. Hahaha.. Biasa RM1.10... 

Sampai opis, terus bukak toshi, google..Rupanya....😳😳😳😳



Diskaun 50 peratus guna MRT, LRT, Monorel, BRT

KUALA LUMPUR: Lebih 500,000 pengguna Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan Bas Rapid Transit (BRT) akan menikmati diskaun 50 peratus tambang perjalanan mulai esok hingga 31 Ogos depan.
Pengumuman itu dibuat sempena pelancaran MRT 1 Fasa Kedua Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pagi tadi.
Ketua Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Zohari Sulaiman, berkata pihaknya sedang menyelaraskan sistem tambang semua perkhidmatan terbabit untuk kemudahan semua pengguna.
Katanya, orang ramai perlu mengambil kesempatan menggunakan MRT fasa dua dari stesen Kajang ke stesen Muzium Negara secara percuma sehingga tamat waktu perkhidmatan hari ini.
"Tren berakhir berlepas dari stesen Kajang dan Muzium Negara kira-kira jam 11.30 malam ini.
"Perkhidmatan fasa kedua MRT SBK akan beroperasi secara percuma antara stesen MRT Kajang dan stesen MRT Muzium Negara, yang dihubungkan ke stesen KL Sentral melalui laluan pejalan kaki bawah tanah hari ini.
"Ia sebelum dihubungkan sepenuhnya dengan MRT fasa satu dari stesen MRT Sungai Buloh, stesen LRT dan KTM di dalam jaringan rel bersepadu Lembah Klang mulai jam 6 pagi esok," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, lebih 1,200 anggota Rapid Rail bersedia menyambut bilangan pengguna baharu perkhidmatan MRT yang dijangka meningkat 10 kali ganda sehari berbanding jumlah pengguna MRT sedia ada.
Beliau berkata, pada masa sama Rapid Rail sedang mengubahsuai beberapa stesen utama selain yang sudah melalui pembaharuan seperti stesen LRT KL Sentral.
"Anjung timur stesen LRT KL Sentral sudah siap diubahsuai dan dibuka sepenuhnya mulai hari ini sebagai pintu masuk kedua stesen LRT KL Sentral," katanya.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap ketika menghadiri majlis hari raya selepas pelancaran Aliran Transit Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa kedua di Stadium Kajang. - Foto Asyraf Hamzah

Mek Zumbie's July PREOWNED Giveaway!




Saya kalau boleh nak sebuah bag galas yang comel dan praktikal untuk dibawa ke office. Hehehe..Beg yang boleh muat untuk isi payung lipat, purse, handfon, powerbank dan macam2 lagi. Kalau laa dapat, best nyeee...~~~ Bagi saya, beg macam ni sangat memudahkan dan juga lebih selamat dari kes ragut.