Gambar Berhantu

       
      Dua tiga hari ni, bila bukak FB orang asyik share sekeping gambar ni.. Suruh teka gambar apa.. Saya pun tengok, tatap, tenung. Sampai satu tahap, FED UP -_- .. Lepas tu sambung lagi scroll, eh, ada lagi yang share. Last, tutup FB. 

      Esok bukak FB, ada lagi orang share. Sebab keinginan untuk tahu menbuak2, meluap2.. Cari dekat komen..Gila ape.. Puluh2 ribu komen.. Tak jumpa. Allah nak tolong agaknya, ternampak kawan FB saya share, dan berkomen dengan kawan2 dia yang lain. Baru tahu jawapannya. Tenung lagi. Tak nampak pun apa yang diorang nampak. Siap save lagi gambar tu. Konon2 nak tenung sebelum tidur.. Hahaha..

     Akhirnyaaa!! saya berjaya nampak macam orang lain jugak. Rasa seperti mission accomplished. hehehe...




         Korang nampak tak??

            

FIRST GIVEAWAY BY MISS OREN



Mini Segmen by Syaidah Seha






"Simply Segmen By Shawal & Sofie"

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)

Segmen daripada Shawal & Sofie...

Tamat : 27 April 2016
Senarai Hadiah:
1) Topup RM5 x4
2) Review Blog di blog Kak Sofie x2
3) Bloglist Bulan Mei x10 di blog Shawal
Jumlah Pemenang : 16

Pre-Loved Fixi Novel Giveaway




1st Mini Giveaway by CikNurul




Nama FB : HaZrina Halim

" Mini Giveaway By Niena Annisa' "

ASSALAMUALAIKUM


*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :






Shawl chiffon x 2 pemenang

"Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih "

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY


MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY


[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka   xcelltravel.com 

Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016



Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Ok, selamat bergiveaway !

Giveaway April Cash RM600 by Emas Putih

Salam.

Cash RM300 x 1 , Cash RM200 x 1
Cash RM50 x 2

Start : 5 April - 30 April 2016
Good Luck !

TUTORIAL : UPLOAD GAMBAR INSTAGRAM VIA KOMPUTER




            Siapa kaki instagram kat sini? Mesti ramai je kan..😊😊 Saya salah seorangnye.. Kadang-kadang bukan upload sangat.. Scroll.. Tengok perkembangan kawan2.. Retis2.. Cuci mata..Hari ini saya nak share macam mana nak upload gambar instagram melalui komputer. 😋😋😋 Mudah saja.. 


1. Download application Gramblr melalui link ini ==> http://gramblr.com/uploader/#home


2. Bila download , dia akan mucul dalam ZIP file. So kita extract dulu. Bila dah extract, dia akan keluar icon macam dalam bentuk heksagon tu.. 



3. Double Click pada icon itu ataupun Right Click > Pilih Run as Admin. Then, dia akan keluar macam ni.. Kena sign up dulu tau.


4. Bila dah setel sign up, dia akan keluar macam ini.. Boleh la korang start pilih gambar. Ikut je step yang dia bagi..



5. Pilih gambar > Crop > Filter > Caption > UPLOAD!!! Setel kan.. :) 




credit to: Rumah Wacana










Kalau Dah Rezeki



            Baru-baru ni, jiran saya meminta tolong untuk menghantarnya ke Poliklinik berdekatan. Memandangkan saya masih lagi terkapai-kapai di rumah tanpa sebarang aktiviti berfaedah. Jadi saya dengan rela hati tolong hantar. Setiap kali hantar, dia pasti akan bagi duit minyak. Padahal bukan jauh sangat pun. Kalau jerit dari rumah ni, boleh dengar kat sana (hiperbola keterlaluan). 
                Nak dijadikan cerita, pada hari last yang dia suruh hantar ke klinik tu, dia ajak pergi membeli. Oh, lupa nak cakap. Jiran saya itu seorang surirumah dan sedang hamil. dan suaminya sedang outstation ke Sabah selama sebulan. Jadi ulang alik tu sebab checkup hamil la, bukan sebab dia seorang nurse doktor atau apa2 jawatan yang ada di hospital itu..

                  Dalam perjalanan pulang, dia minta saya untuk bawak dia pergi ke kedai. LYC. Nak beli barang dapur sikit. Alang-alang la katakan. Saya pun bawak laa dia pergi. Biasanya, saya akan tunggu je dalam kereta. Tapi hari tu tetiba pulak rasa nak turun jugak. Mata duk melilau laa nak beli aiskrim kononnya. Survey harga 1 per 1.. Cari aiskrim batang takde. Semua aiskrim dalam bekas. Cari yang paling murah.. Sebab tengok dalam purse ada TIGA hinggit ajerr... T.T Tapi paling murah pun ada 3.50. Tutup purse, jalan, tunggu dalam kereta semula. 
                Tak berapa lama lepas tu, jiran saya pun keluar laa. Dia beli macam2.. Dan 2 bekas aiskrim. 1 bekas dia kasi saya. Rasa macam kagum dengan kebesaran Allah. Allah tahu hamba dia ni nak makan aiskrim, tapi tak berduit. Jadi dia kasi rezeki tu melalui jiran saya. Dan kebetulan jugak, pagi tu saya ada baca kelebihan berselawat dlm group wassap. Kisahnya panjang, tapi overall, budak itu teringin nak laptop, tapi ayah dia xmampu. Dia pun berselawat banyak2, doa banyak2..Sampai 1 tahap dia hampir kecewa. Namun, Allah tak pernah kecewakan hambaNya. Akhirnya budak itu dapat melalui orang lain. Rasa macam ada terkait je dengan diri.. Hehehe.. 

              Budak itu dapat laptop, saya dapat aiskrim. Kalau Allah dah tetapkan, sapa boleh lawan??