Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom. Jemput sama-sama meriahkan.

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom Klik sini untuk JOIN.

Seperti yang mama ada beritahu dalam post sebelum ni, mama ni adalah sejenis yang suka blogwalking. Dan sesiapa yang ada di bloglist mama biasanya akan mama blogwalk dulu dengan syarat blog Tu kena selalu update la ye. Memandangkan dah nak masuk tahun baru aka umur baru bagi mama, maka mama mencari 20 blog untuk dimasukkan ke dalam bloglist mainpage mama, 

Bagi yang tak terpilih pula jangan lah risau, mama akan buatkan satu page dan masukkan kesemua link yang join segment ni.  dan Semoga dengan adanya segment ni akan membuatkan mama bertambah berkobar-kobar semangat blogging untuk tahun 2019.

Jom tengok syarat-syarat: 

1. Buat satu blog post bertajuk "Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom". Tampal banner di ats beserta link ke post ini.
6. Follow Twitter: https://mobile.twitter.com/mamapipie
7. Follow FB page: https://m.facebook.com/mamapipie/
8. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.

Done. Mudah saja kan. Bagi sesiapa yang ada masalah untuk nak buat perkara di atas dengan alasan munasabah mama tetap akan terima penyertaannya. Dun worry OK!

Segment ini berakhir pada 31/12/2018 11.59 Malam.


Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi 2019

2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN


2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN - Hai semua ! Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Pejam celik, pejam celik dah nak berjumpa dengan Tahun Baru 2019 ! Tahun baru, rasanya nak cari BLOGLISTS baru juga. Siapa yang nak masuk ke dalam BLOGLIST mummy?  Jom sertai 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)

[MOVIE REVIEW] : Samay : When Time Strike

Image result for samay when time strikes sinopsis
Siapa suka tengok cerita Bollywood..Cepat angkat tangan 🙌🙌🙌.. Macam biasa, TV2 ada siarkan cerita Hindustan setiap hari Rabu jam 10. Dulu jam 10, sekarang diawalkan jadi 9.30 malam. Mungkin dia tak nak orang stay up sampai tengah malam kot. Kadang2 tu pukul 1.30 pagi baru abes cerita.. Baru ni musim cerita dato SRK. Sekarang dah masuk cerita yang biasa, maksudnya yang saya sendiri tak pernah tengok. Hahaha
Review dari sudut mata seorang Hazrina..
Cerita ni dimulakan dengan berlakunya satu kes pembunuhan seorang ahli perniagaan yang muda dan berjaya (Kapil). Kes ini disiasat oleh ACP Malvika Chauhan dan dibantu oleh rakan sekerjanya. Kes pertama mempunyai beberapa orang suspek yang disyakki. Dari padangan detektif Hazrina, mungkin isteri Kapil itu yang membunuh sebab dia ada kekasih lain. Sebab, lepas kematian si Kapil, isterinya telefon kekasihnya dulu, baru buat report polis. So nampak macam mereka bersubahat laa kononnya. Okay apa yang Detektif Hazrina kagum, senjata pembunuhan utk kes pertama, menggunakan AIS!! 

Related image

Tengah kes pertama disiasat, timbul kes pembunuhan kedua. Seorang pelakon yang berjaya (Ritika) So, suspek dia Hero filem, Rocky. Motif dia, sebab ayah Ritika tolak lamaran si Rocky. Tak lama kemudian Malvika membuat kesimpulan bahawa pembunuhan itu dilakukan oleh orang yang sama. Pabila mereka mendapat petunjuk dan nak pergi ke rumah suspek, mereka hanya menemui sekujur mayat suspek (Sulaiman) . 

Hasil siasatan mereka, melalui kedudukan mayat yang ditemui, pembunuhan dilakukan dengan mengikut waktu (sorry ayat sedikit kucar kacir.. hahahahha) Mayat pertama, kedudukan tangan menunjukkan jam 12. Mangsa kedua jam 3, mangsa ke 3 jam 6.. Jadi mereka membuat kesimpulan bahawa mangsa seterusnya pada jam 9 malam. Mereka juga mendapat petunjuk bahawa pembunuh itu memilih mangsa berdasarkan 2 kriteria utama:. 

1. Seorang yang terbaik (Kapil : Usahawan terhebat | Ritika : Aktress terkenal | Sulaiman : Pembunuh terhandal)

2. Seorang yang rabun dan mempunyai daya penglihatan -2. Semua mangsa menempah spek di tempat sama (R.K Opticals)

Jadi, setelah mendapat tahu siapa sasaran seterusnya pembunuh, pihak polis menyediakan kawalan ketat dikawasan yang menjadi sasaran. Tepat jam 9 malam, tiada apa kejadian yang berlaku. Tidak lama kemudian, si pembunuh (Amod Prakesh) datang. Dia meluahkan segalanya tentang apa motif sebenar dia melakukan jenayah . 

Amod juga mengaku, dia telah membunuh mangsa pada jam 9. Mangsa terakhir dia adalah anak Malvika. Anak yang terbaik serta mempunyai daya penglihatan -2 dan membuat spek di R.K Opticals. Malvika yang marah akhirnya telah menembak Amod pada jam 12 malam.

Jackie Shroff graces the screening of Sonata.jpg
Amod Prakesh~~

Cerita ni bukan happy ending macam yang lain. So sis kasi  🌟🌟🌟🌟 sebab dah berjaya buat seorang Hazrina sama-sama berfikir cari penjenayah. Tapi salah sorang..sebab tu tolak 1 bintang.. Hahaha.. 

p/s: Jangan berangan nak dengar lagu menari-nari laa tengok citer ni.. Takde "say shava shava..say shava shava".. Serious je okay.. Heheheh

Samay : When Time Strikes (2003)

~bbuing bbuing 💙~

Masker Tepung Beras + Timun


Apa khabar? Ok, jawab dalam hati jee yee..  Malam ni tidur lambat sikit sebab nak tunggu detik 12 malam.. Nak wish birthdayyy Mem besar.. Hihihi.. Sambil tunggu detik 12 tadi, sempat laa tempek masker.. 

Related image

Resipi Masker malam ni macam simple, tapi macam leceh..tapi tak susah pun.. Banyak tapi.. 😜

1. Tepung beras
2. Sedikit hirisan timun (potong dadu | lenyek pun okay).. tak kisah laa timun malaysia ke jepun ke.. Semua boleh...
3. Air secukup nya

Cara-caranyaa... 

Masukkan kedua-dua bahan kedalam mangkuk kecik..Kemudian, masukkan sedikit air untuk gaulkan mereka.. 

Ok sekarang part leceh, 

Hancurkan timun tu untuk dapatkan jus darinya.. Sis guna garfu jee.. Lenyek2.. Kalau yang rajin nak blend dulu, ambik airnya.. Boleh jugakk..


Hasil dari orang yang malas, tapi nak jugakk pakai.. Hahaha.. Abaikan jari adik saya tu. Sibuk jee nak interprem.. -_-


Macam biasa, dah elokk kejadiannya.. Tenyeh terus kat muka dengan penuh kasih sayang okayy..


Kelebihannyaaa... Masa tenyeh tu, rasa sejukkkkk.. Bila dah cuci, rasa lembut + licin jee kulit tau..
Bau dia pun menenangkan..Hihihi..

Tapi kalau rasa xnak letak tepung beras pun takpe kot.. hancurkan timun, terus jeee tenyeh.. Tapi macam tak berapa melekat kat mukaa.. Sebab tu, camput tepung beras. Konon mcm gam laa nak letak kat muka.. ~

Image result for khasiat timun untuk kulit
Selamat mencuba..Hehehe

~bbuing bbuing 💜~


Masker Tepung Beras


Image result for masker tepung beras


Haritu dah share pasal masker kunyit. Kali ni sebab malas nak pergi dapur, kita bancuh masker yang simple. Khas untuk orang yang malas. Hehehehe..Malam ni pakai masker dari tepung beras aje.

Bahan :

👯Tepung beras
👯Air
👯Bekas

Cara-cara :

Bancuh je la tepung beras tu dengan air. Seyes senang kan. Tapi jangan bancuh macam nak buat air minum tu. Kasi likat pekat sikit. Biar senang nak sapu ke muka cik puan. Hihihi

Biasanya pakai masker ni, lambat kering. Leceh laa sikit kalau jenis orang pakai spek (diri sendiri la ni) dan nak tengok TV. Tapi masker ni cepat aja kering. Tadi pakai, pastu tengok pulakk cerita #bintangbersamabintang TV3 tu. Sedih rasa. Nak gelak pun sopan-sopan je. Bimbang berderai mask kat muka.. Hahaha

Dalam 30 minit camtu, boleh la cuci masker tu. Kalau lama sikit pun takpe, sebab tak risau bertukar jadi spongebob macam #maskerkunyit haritu,.

Lepas cuci, muka rasa lembut. Seyes ni. Sebab dah buat kan. So berani la cakap. Hehehe..


Kelebihan lain :

👯 Mencerahkan kulit. Tapi kena jadi amalan laa pakai ni. Time pakai tu, memang la putih. Sangat putih. Hahaha..
👯 Menjadikan kulit lebih halus dan lembap (selembut punggung bayi.. hahaha)
👯 Memudarkan parut jerawat, 

Semua kelebihan yang ni boleh diperoleh jika kita istiqamah ye. ISTIQAMAH okayy..~


SHOPPING SAMBIL SAVING

~bbuing bbuing..💙~

Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh



Giveaway ini TAMAT pada 17 Februari 2018


PRODUCT REVIEW : Syahirah White Glow Night Cream


Malam ni kita bersiaran semula tapi agak lewat ye. Sebab baru je lepas layan SRK. Hehehe.. Mesti ramai tengok jugak kan.. Tadi buka IG, Whatsapp story, Facebook.. Semua pakai update pasal Mohabbatein. 

Habis tengok SRK, nak tidur, mesti laa kena cuci muka , gosok gigi , ambil wuduk dulu. Baru la tidur rasa macam bersih je. Hahaha.. Lepas setel cuci muka, excited ni nak try night cream yang baru beli. Hehehehe.. 


Tadaaaa... Beli ni kerana 2 faktor penting.. Pertama, krim malam yang guna sebelum ni dah habis. Kedua, sebab suka tengok kotak dia. PINK hokaayyy..~ Ketiga, eh.. Sebab ada perkataan "Korean"...Sorry pengaruh k-pop sikit.. 😁😁


Mula-mula buka kotak dah excited, sebab apa.....



Penutup dia ada cermin...!! So takde masalah laa nak tenyeh kat muka kalau xde cermin pun. Yang penting pencahayaan cukup.. Nak telek jerawat pun lepas lagi guna cermin ni. Hahahaha


Apa lagi yang best dengan White Glow Night Cream Syahirah ni??

💛 Tesktur yang ringan.. Tak berminyak bila dipakai. Seyes.. Bila apply ni, dia mudah meresap..Tak rasa macam pakai krim. 



💛 Bau wangi. Ada extract dari 3 jenis bunga tau.. tau.. Camelia, Lotus & Cherry Blossom 🌸🌸🌸

💛 Time pakai, dingin je rasa. Best.. Sejuk je muka.. 

💛 Harga mampu milik. Tak perlu gadai barang kemas kalau nak beli. 

Lastly, feeling korea laa sikit pakai ni. Hahaha.. ~ ok lawak je ni..

Nanti lepas seminggu amal, saya share kesan dia pulakk hokaayyy...





~bbuing bbuing.. 💗~

FREEBIES : Biore UV

Hello..Siapa nak sample percuma dari Biore , cepat angkat tangan...✋✋

Mudah sahaja, pergi ke Facebook Biore Malaysia, dan terus sign up.. Hehehe


Saya sudah. Anda bila lagi?



~bbuing bbuing 💗~

Masker Kunyit

Related image
Selamat pagi semua.. Pagi lah kan kalau dah pukul 1.10. Walaupun kat luar dah gelap, semua orang dah tidur, tapi saya masih berjaga. Memang spesies burung hantu...Hohoho.. Biasa stay up sebab tengok cerita. Tapi malam ni stay up sebab ada orang mintak tolong warnakan huruf khat dia. Dari huruf Alif sampai Nya. 😑😑 Kena mintak upah ni.. 


Sebelum nak start mewarna, bukak dulu PC, bukak Youtube. Pasang lagu laa.. Hehehehe..Tapi sebab harini mood rajin sikit, pergi bancuh la masker. Alaaa, bukan susah pun.. 

Bahan-bahan:
👉Tepung Beras
👉Serbuk Kunyit
👉Air
p/s: serbuk tu sikit jee pun dah ok. Kalau tak, kuning sangat. Saya guna serbuk je sebab malas nak tumbuk kunyit hidup.

 
Cara-cara:
Ambil pinggan, isi tepung beras, serbuk kunyit. Tambahkan air. Jangan banyak sangat air. Nanti jadi jus kunyit pulakkk..  Bancuh biar jadi macam sedang sedang elok jee.. Boleh tepek kat muka. Haa..gittew...

Dah siap bancuh, tepek la kat muka. Pakai dalam 20-30 minit jee.. Kalau pakai sampai pagi esok, nanti orang tertukar pulak korang dengan minion. Ok gurau. Tapi seyes, jangan pakai lama sangat. Nanti kuning muka tuu.. 

Tengok jam, bila dah lepas 30 minit, boleh la pergi cuci muka. CUCI BERSIH hokayyyy.. 

Lepas cuci, korang akan nampak muka akan lebih glowing.. Hehehe

Sekian sahaja Hazrina berkongsi tips nak cantik bila rajin. 


~bbuing bbuing 💗~

Pencarian Bloglist 2018 Blog FarhannaJafri


giveaway #1 new year 2018 by cikyan



Harini saya cuba nasib untuk join GA by CikYan. Hehehe.. 

Blog CikYan simple aja. Kemas. Loading pun laju je. Tak perlu tunggu lama pun untuk tengok blog CikYan. Dan, based on pemerhatian saya lepas godek2 blog CikYan, saya rasa CikYan minat bunga tulip selain daripada seorang ulat buku. Hehehe..


Azam tahun baru saya, yang paling murni laa.. Nak cuba untuk solat diawal waktu. Hehehe.. Selain daripada azam nak kurus kan, tu la azam baru 2018 saya.. Hehehe


Hello 2018


Selamat Tahun Baru 2018.. Dah 10 hari berlalu tahun baru ini.. agak2 boleh tercapai tak azam tahun ni?? Ke sedang menyambung azam tahun lepas yang tiada penghujung tu.. Hehehe.. Azam saya pada tahun lepas, nak kurus. Hihihi.. Sempat la merasa kurus 3 bulan. Dari baju XL jadi L. Sempat laa.. Sempat..👉👈..

Azam tahun ni, nak jadi lebih rajin, dan menambahkan skill memasak. Gittewww...~~ Tahun ni jugakk saya nak lebih aktif utk menjadi business girl yang berjaya. Doakan saya. Hehehe..

Jemput la singgah page saya yang biasa2 ni.. Kalau jarang update tu, maknanya mood malas laa tu. Doakan saya jadi rajin hokayyy.. Hehehe..

Image may contain: 1 person, text

kami de shoppe

KDS ada jual koleksi instant shawl labuh, bawal labuh. Pendek kata, semua yang mematuhi syariah laa.. Pasti tak rugi kalau beli. Stock terhad tau. Kena cepat. Hiks. 


bbuing bbuing..~💗