SLE Journey #2

Image result for sle
Post sebelum ini saya ada share pasal SLE ni kan.. Bukan saja je nak share, cuma nak orang tahu sikit la apa itu SLE. Dulu pun saya tak tahu pun pasal kejadahnya SLE ni. Tahunya stroke, demam panas, selsema, batuk, TB dan beberapa lagi la yang common. Mungkin la Allah nak kasi saya satu lagi maklumat pasal penyakit yang wujud tapi saya tak pernah ambil tahu. SLE.!


Kira-kira 4 tahun lepas, masa itu lepas raya haji atau disebut Raya Aidiladha. Macam biasa lah, raya kan. Balik kampung. Kisahnya terjadi macam ni. Dalam perjalanan dari kampung, dari Paka, Terengganu nak balik ke Kuantan Pahang, mesti lalu kat Kerteh. Dekat Kerteh, ada satu McD yang tersergam indah kat tepi jalan. Adik saya masa tu, nak la makan burger McD. Jadi ayah saya pun drive-thru la beli burger & pekakas2 tambahan (baca sebagai menu lain) yang ada kat situ. Dah setel beli, teruskan perjalanan. Dalam perjalanan, adik saya tetiba cakap nak muntah. Masa tu, memang dia dah demam sikit. Jadi emak saya dengan tangkasnya, sediakan bekas, plastik untuk adik saya. Ayah saya tak boleh tengok muntah-muntah ni, nanti dia join skali. Huhuhu..

Dalam kereta memang adik saya dah tak larat, jadi rehat dalam kereta nak tunggu sampai rumah. Oleh kerana, macam tiada perubahan. Lepas turunkan semua barang masuk dalam rumah, terus pergi bawak adik ke specialist  terdekat yakni KPJ Kuantan. Masuk klinik, terus staff dia ambilkan wheelchair , dorong adik masuk ke ruang emergency. Memang kesian sangat laa masa tu. First time ahli keluarga masuk hospital dalam keadaan macam tu. Saya ikut je masuk. Doktor check-check semua, dan doktor cakap adik kena tahan kat wad. Masa tu dah petang, dengan sehelai sepinggang nya. Jadi saya & parents pun balik la ambil apa-apa yang patut. Saya pulak kena balik ke U. Kebetulan,dalam wad yang sama, katil je la berbeza ada sepupu emak tengah tunggu anak dia jugak. Berani hati la tinggal adik sendiri kat wad. Bukan lama sangat, balik petang, lepas maghrib datang semula.

Bila datang semula kat wad, sepupu mak cakap, adik saya nangis dah. Kesian pulak kat adik. Malam tu, berkampung lah dekat hospital teman adik. Sejukkk gilakkk.. Aircond sepanjang masa.  Alas tikar biasa je pulak tu. Tidur atas lantai. Keesokkan hari, pagi-pagi lepas Subuh, siap-siap tunggu ayah datang jemput. Nak balik kat U dah. Nasib baik la belajar dekat. Haaa.. balik pada penyakit. Doktor diagnos semua apa, buat kesimpulan, dapat keputusan. Doktor bagitahu, adik saya disahkan ada penyakit SLE. Masa dengar tu, memang terkejut laa kan. Doktor cakap, sakit ini ada kaitan jugak dengan keturunan. Mungkin jugak la kot.. Sepupu belah ayah saya ada yang dapat penyakit yang berkaitan dengan darah  jugak . Tapi Allah lebih sayang dia.

Dekat seminggu jugak laa adik saya kena tahan kat wad. Rasanya dia masuk wad seminggu ke dua minggu sebelum nak trial PMR. Doktor bekalkan, ubat macam untuk setahun. PREDNISOLONE. 8 biji sehari. Muda-muda lagi dah kena makan ubat banyak-banyak. Doktor cakap, hidup adik memang akan ditemani ubat hingga akhirnya.

Nak tahu tak apa simptomnya? Jangan marah dulu kalau nampak anak-anak atau adik-adik berperangai macam tu... 




Baca kisah sebelum ini

SLE Journey #1

2 comments:

  1. kenal juga SLE ni. Blogger Dayang Deno juga adalah penghidap SLE.

    ReplyDelete
  2. First time dengar pasal penyakit ni. moga diberi kekuatan buat semua yg menghidap penyakit SLE.

    ReplyDelete