Happy Birthday Balom

Hari ini penuh wall FB orang share pasal post ambil gambar sambil tunjuk banner SAYNOTOVALENTINE. Baca komen sorang-sorang panjang mak aihh.. Semua nak bagi pendapat.. Silent reader jee.. Tak komen pape. Hehehe....

Sebenarnya bukan nak cerita pasal tu, post kali ini nak tujukan buat anak sepupu sulung belah family emak. Kalau family belah ayah ramai dah dan ada yang masuk kolej dah. 😂😂 Hari ini, 14 Februari, hari lahir Ahmad Qiwamuddin yang ke 4 tahun. Sekejap je rasa dia dah besar. Hahaha.. Dulu dengan pipi labuh, sekarang dah slim. Pipi labuh dah transfer kasi kat adik dia.. 
Sekali lagi cik ina nak ucap Happy Birthday Qiwa.. 💖💖💖

Semoga Qiwa jadi anak soleh, pintar, berbudi bahasa. 
Nanti bila Qiwa dah besar sikit, dah reti baca ayat panjang-panjang macam ni..Mana la tahu Qiwa terbaca ni, nak cakap je, cik Ina sayang Qiwa tau.. tau..  Nanti balik kampung boleh main kejar-kejar lagi yee.. Hahahaha.. 

*internet slow..tak lepas nak up gambar..next time k. *

[TESTIMONI] | Jus Delima GIFFARINE

Pernah dengar tak nama Giffarine? Haaa... Giffarine ini lebih kurang macam Cosway, Avon etc. Macam mana saya kenal dengan Giffarine? Jiran saya yang perkenalkan. Produk Laku Keras Giffarine iaitu Jus Delima. Alhamdulillah memang terbukti la keberkesanannya. Tak caya? Meh saya cerita
Tahun lepas, cikgu sekolah adik saya tiba-tiba telefon. Menurut cikgu, adik saya mengadu sakit perut. Masa itu mak je ada kat rumah. Jadi mak mintak jasa baik cikgu tolong hantarkan ke rumah. Kebetulan, ayah saya kena pergi kursus, saya pulak masih ada kat U. Jadi sebab saya lagi dekat, jadi saya balik la lepas habis kelas. Bukan jauh sangat UMP Gambang ke rumah biasa 45 minit blh jadi 30 minit. So, bawak la dia pergi klinik, doktor cakap sakit perut biasa je. Pastu macam tak boleh caya, bawak g specialist. Last kena warded, dan doctor sahkan ada cyst. Memang tak jangka. Esoknya kena operate. 
Kemudian, lepas operate tu, kitaran menstrual jadi tak menentu. Jadi jiran cadangkan, suruh minum Jus Delima ni. Alhamdulillah. Lepas consume 2 botol, kitarannya dah ok. Bukan itu sahaja, kalau selalu amalkan, kulit pun jadi cantik. Ibarat makan delima. Siapa tak tahu kelebihan delima. Jus delima Giffarine ini terkandung 99.97% delima dan 0.03% Vit C. Memang pure laa.. 
Kalau tak yakin lagi..



Saya share apa yang saya guna. Kalau rasa nak cuba, boleh terus whatsapp : 013 3727808 (Hazrina)

[DRAMA REVIEW] : Kerana Anisa

Kerana nisa

Kerana Anisa sebuah drama TV3 yang ditayangkan untuk slot samarinda yang bermula pada 9 Januari 2017, kini telah melabuhkan tirainya.  Semalam, 8 Februari 2017 merupakan episod akhir drama Kerana Anisa. Biasanya, saya jarang layan drama , tapi sebab Zara Zya berlakon, saya tengok jugak lah.. Hehehe


SINOPSIS:

Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi 'guru' dan penguat semangatnya.

Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.

Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid, anak orang kaya di kampungnya. Zahid terpikat dengan kejelitaan Anisa dan menggunakan kekayaan orang tuanya untuk beli hati walid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran, ditambah pula dia lulus SPM dengan cemerlang sekali. Namun, Anisa tetap dipaksa untuk berkahwin. Selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa. Sudahlah berkahwin tanpa rasa cinta, Anisa turut didera oleh Zahid sehinggakan Anisa tidak dibenarkan untuk bertemu keluarganya apatah lagi untuk menelefon mereka.
Kerana tidak mahu mengandungkan zuriat Zahid, Anisa dalam diam mengambil pil perancang. Setelah mengetahui perbuatan Anisa, dia sekali lagi dipukul dengan kejam. Anisa bernasib baik diselamatkan oleh Ariff (Syaffiq Sahli) yang kebetulan ingin melihat keadaan adiknya itu. Anisa nekad, dia tidak mahu lagi hidup dalam penderitaan. Anisa memaksa Zahid untuk menceraikannya, Zahid yang merasa tercabar akhirnya telah menceraikan Anisa.

Kerana marah, ayahnya, Long Yahya (Aman Graseka) telah menghalau Anisa. Anisa kemudiannya membawa diri untuk memulakan hidup baru di Kuala Lumpur. Anisa kembali mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang peguam dengan bekerja sambil belajar untuk menampung pembelajaraanya. Beberapa tahun kemudian, Syukri (Mustaqim Bahadon), bekas teman lelaki Anisa pulang ke tanah air dan kembali mencari Anisa.

Syukri ingin memohon maaf kepada Anisa kerana mendiamkan diri, dia menyangka Anisa bahagia bersama Zahid. Rasa cintanya kepada Anisa tidak pernah padam, dan dia mahu Anisa kembali menjadi kekasih hatinya. Akhirnya mereka berkahwin dan Anisa hamil. Tapi di saat mereka bahagia, datang dugaan tidak disangka-sangka. 

Bekas isteri Syukri, Adira (Sura Sojangi) datang untuk merampas kembali Syukri. Niatnya adalah ingin mewarisi harta kekayaan ayahnya, Dato Imran. Ini kerana, ayah Adira meletakkan syarat kepada Adira supaya berkahwin dengan Syukri dan barulah hartanya akan diserahkan kepada Adira. Pelbagai helah dan lakonan yang dilakukan oleh Adira untuk mendapatkan Syukri dan menghancurkan rumah tangga Anisa.

Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Rahsia rancangan jahat Adira terbongkar apabila Syukri terdengar perbualan telefon Adira tepat di hari penikahan mereka. Walau bagaimanapun, majlis pernikahan tetap berlangsung kerana Syukri tidak mahu menjatuhkan maruah Dato Imran. Dato Imran telah merancang untuk memerhatikan rancangan jahat Adira. 

Akhirnyaa, Adira insaf setelah ayahnya menarik segala harta yang telah diberi kepadanya. Dia berubah dan ingin menjadi manusia yang lebih baik. Syukri dan Anisa jugak hidup bahagia bersama anak mereka. 

Ouchh.. Sweet sangat..💙💙

Semua orang pasti mendambakan dapat pasangan yang sweet, selalu bagi suprise yang menggembirakan, rajin tolong menolong, pandai masak. Pendek kata perfect la seperti yang digembar gemburkan dalam drama-drama TV. Hensem, kaya, charming. Mungkin 1 dalam 1000 kot ada orang macam tu. Ye lah kan. Manusia tiada yang sempurna. Hahaha.. 
Menurut emak saya, dia pesan suruh cari yang rajin pergi masjid surau, pandai agama dan praktikkan lah kan. Pandai saja tapi tak amal buat pe. At least, boleh la si dia bimbing keluarga kan. Ok take note ye siapa2 yang nak jadi menantu mak saya. Hahaha.. Ok gurau.. Rasanya dalam seminggu, ada je topik pasal kahwin. Puas kita ubah topik tau. Nampaknya sekarang memang dah masuk zon umur soalan cepu cemas macam tu. Adoii..
cute kpop yonghwa cnblue jung yong hwa
Sebelum dapat yang betul, kita minat yang ini dulu laa.. Giteeww... Hehehe... Setiap kali tengok, setiap kali jugak rasa fall in love gituuhh... 
Kadang-kadang, laki ini tak tunjuk dia sweet kan. Kalau dah sweet boleh buat isteri dia terharu, menangis tak henti. Sebijik macam laki INI. Buat suprise kat isteri dia, plot twist sangat. Isteri ingat curang.. tapi sebaliknyaa...

A Secretive Husband, A Suspicious Wife & a totally Unexpected Plot Twist

Bangles Trend Aksesori Moden

Hai.. Apa khabar? Perempuan pasti tak lepas dari keinginan untuk kelihatan cantik dan bergaya. Jangan tipu laa.. Saya pun suka tengok orang cantik. Tahu tak apa aksesori yang menjadi trend sekarang??


Untuk pengetahuan fashionista semua di luar sana, ada satu ciri yang harus ada untuk pakaian harian yang bergaya iaitu dengan menggunakan aksesori tambahan. Sekiranya anda tidak tahu tentang pemakaian women’s accessories terkini atau aksesori wanita moden, hari ini mari kita lihat lebih lanjut tentangnya dan anda akan tampil lebih bergaya dengan mudah. Dengan lebih dalam, kita tumpukan perhatian kepada bangles dan bracelets iaitu gelang tangan.




Gunakan teknik layering atau juga dikenali sebagai melapis. Dengan lapisan pelbagai jenis gelan tangan, anda akan mendapat variasi gaya yang lebih cantik. Untuk gaya ini, lapiskan gelang nipis dengan gelang tebal. Kalau mahukan sesuatu yang lebih mencabar, gunakan gelang jenis cuff dan gabungkan bersama gelang jenis halus. Gaya layering seperti ini sangat sesuai untuk majlis makan malam atau hari anda berjumpa dengan rakan.






Tambahkan jam tangan bersama gelang anda. Dengan ini, ia dapat mengimbangkan variasi aksesori anda. Jam tangan juga dikenali sebagai aksesori tambahan. Pilih jam tangan wanita yang jenis bracelet atau gelang tangan supaya lebih senang untuk digabungkan bersama. Ini akan menghasilkan trend aksesori yang amat elegan dan boleh digunakan di tempat kerja kerana rupanya yang menawan dan profesional.







Dapatkan bangles yang berlainan tekstur, warna dan jenis. Lebih banyak variasi, lebih mudah untuk dipadankan mengikut cita rasa anda. Banyak bangles hari ini menggunakan trend kulit atau leather dan juga emas, perak dan emas putih yang sangat sesuai untuk anda tampil berani dan terkini. Untuk wanita yang lebih menyukai stail minimal, elok anda memilih bracelet wanita yang simple dan tanpa apa-apa tambahan seperti batu-batuan kristal. Mari tingkatkan gaya fesyen anda hari ini dengan menggunakan bangles wanita! 💖💖💖

Pesta Kerang di Pantai



 
Siapa suka makan kerang? Biasa orang letak dalam mi kari.. Ahhh.. sedap pulak bila terbayangkan mi kari.. Telan liur dah..😂😂 Aaaaa... Baru-baru ni, tular di mukabuku pasal pesta kutip kerang kat Pantai Batu Hitam. Memang penuh manusia datang ke sana. Jadi, sebagai seorang yang ingin tahu, perlulah kita pergi siasat untuk memastikan kesahihahnya... 

Lalu.. pada hari Ahad bersamaan 29 Januari 2017, jam 7.20 pagi. Saya pun pergi la bersama ayah saya. Semangat nih.. Bawak dua plastik konon nak kutip kerang. Datang awal laa sebab tak nak orang ramai sangat. Tapi.. sangkaanku meleset sangat.. Sampai je sana , tempat parking pun nak penuh. Oh lupa nak cakap, perjalanan dari rumah ke sana lebih kurang 5 minit je. Dekat sangat. Hahaha...

Penuh dah pantai dengan manusia. Maklumlah, cuti CNY lagi masa tu. Dah konfom ramai yang balik kampung, ambil kesempatan la nak pergi rasai pengalaman kutip kerang. Gituuuhhh...Siap bawak bekal lagi. Gigih mereka cari kerang.



Gambar ini diambil sebaik sahaja tiba di sana. Nampak tak? Dah penuh orang.. Hahaha.. Ayah cerita, kalau masa dulu, memang lepas musim banjir, banyak la kerang dan saudara maranya kat pantai ini. Senang je nak kutip sebab tak ramai orang tahu.. Jadi kalau selak2 sikit celah batu, konfom jumpa. Kini? Kena lagi gigih la mencari sebab ramai saingan. Hahahaha..




Acah-acah jumpa kerang besar. Hahaha.. Terus suruh ambil gambar. Hahaha.. Siap call mak kat rumah, cakap nanti boleh masak mi kari. Dapat kerang banyak.. Hahaha.. Padahal. baby kerang pun tak jumpa..



Muka tak puas hati sebab tak dapat sekor pun. Huhuhu.. Agak2nya, lama mana la mereka stay sini nak cari kerang? Gigih sangat. Sekarang tak tahu la masih ramai tak lagi orang kat pantai cari kerang. Lama dah tak pergi. Hohoho...


Sekian sahaja dari saya, Cik Kerang. Hahaha... Jumpa lagi di lain entry tau.. Doakan saya rajin menulis. Hehehe

GIVEAWAY : INI BLOG SIAPA?



Nama Hazrina.. Lahir di Terengganu, tapi menetap di Kuantan,Pahang. So kira jadi orang Pahang la kan. Hahaha. Belajar di Pahang dari kecil sampai tamat belajar. Oh, time matrik je tercampak sampai ke Perak..Anak sulung dari 2 beradik. Mula berblog sejak tahun 2011, tapi hanya menulis mengikut mood sahaja. 

Selamat berkenalan semua... 🙋🙋


Siapa lagi mahu join? Boleh klik banner di atas. 

TUTORIAL : Delete Account Instagram Permenantly (via Phone)


Tutorial kali ini sepenuhnya diambil dari page wikiHow. Rasa macam tak larat nak handle banyak sangat account IG. So, saya decide untuk delete terus. Hehehe.. Jom kita belajar.



Image titled Delete an Instagram Account Step 1
1. Buka aplikasi IG di Smartphone masing-masing. 

Image titled Delete an Instagram Account Step 2
2. Klik pada Profile anda. Klik pada Options (simbol 3 titik bertindih). 

Image titled Delete an Instagram Account Step 4
3.Kemudian, cari SUPPORT > Help Center. Klik pada "Help Center". 

Image titled Delete an Instagram Account Step 5
4. Anda akan dibawa ke laman web help.instagram seperti gambar di atas. 

Image titled Delete an Instagram Account Step 6
5. Kemudian klik pada "Delete Your Account".

Image titled Delete an Instagram Account Step 7
6. Bila anda klik Delete Your Account, dia akan keluar 2 options. Sama ada nak temporary delete atau permanent delete. Oleh kerana tutorial ini untuk Delete, so kita pilih "How do I delete my account?"

Image titled Delete an Instagram Account Step 8
7. Bila sudah keluar macam ini, klik pada link yang didalam kotak merah seperti ditunjukkan dalam gambar.

Image titled Delete an Instagram Account Step 9
8. Masukkan username & password IG yang ingin di delete dan laju-laju klik Log In.

Image titled Delete an Instagram Account Step 10
9. Nanti bila dah log in, dia akan keluar soalan kenapa nak delete account. Pandai2 lah jawab ye. 💃💃. 

Image titled Delete an Instagram Account Step 12
10. Masukkan password IG anda, dan klik "Permanently delete my account". DONE! Account anda serta segala data dan gambar akan diterkubur bersama. 


Semua tutorial ini diambil dan dikreditkan kepada wikiHow. 💚


12 Awesome Things To Look Out For This 2017


GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

Assalamualaikum..



Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.






Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:

1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http://Kongsibersamanora.blogspot.com
Http://www.facebook.com/kongsibersamanora
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
http://nadiah245.blogspot.com
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..

Giveaway Sephia by Nik Ainaa


giveaway blogger, blogger Malaysia, Sephia by Janna Nick, giveaway Nik Ainaa



'Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors'

KLIK BANNER UNTUK JOIN

SENARAI HADIAH YANG MENARIK DARIPADA ELSA & PARA SPONSOR UNTUK ANDA MENANGI!

Nature Republic Essence x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Bloglist selama 3 bulan x 5 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

Review Blog & Bloglist selama 2 bulan x 2 pemenang

5. Junzie
Topup RM 30 x 2 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

7. Sarah
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

8. Syaz
Topup RM 5 x 2 pemenang

9. Liyana
Review Blog & Igshop (jika ada, sponsor akan review igshop anda di instagram beliau) x 3 pemenang

Topup RM 10 x 2 pemenang

11. Farrah
Topup RM 5 x 2 pemenang

Bantal Burung Hantu x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Dreamcatchers x 2 pemenang

17. HADIAH MISTERI DARI ELSA x 1 PEMENANG

Jika penyertaan kurang daripada bilangan seperti yang dicari, kemungkinan seorang pemenang boleh menang banyak hadiah. Siapa tahu kan hehe. AYUH PAKAT RAMAI RAMAI UNTUK JOIN! KLIK BANNER

GIVEAWAY SAMPLE COLLAGEN SOAP NURRAYSA BEAUTY


collagen soap nurraysa beauty

KOLAGEN MARIN ASLI- mengandungi mineral, asid amino, beta karotein, serta protein yang membantu mengekalkan kolagen dalam kulit


MINYAK ZAITUN - berkesan membersih dengan mendalam tanpa menyumbat pori - pori dan telah digunakan secara meluas dalam industri kecantikan di barat kerana kandungan vitamin E yang tinggi yang boleh merawat kulit muka serta anti penuaan yang sangat dipercayai


SUSU KAMBING- mengandungi selenium dan vitamin A iaitu makanan penting untuk kulit yang cantik menawan. Kaya dengan asid laktik yang berupaya membuang sel kulit mati yang degil di kulit, melembabkan serta mencerah kembali kulit yang kusam. Barat menggelarkan ia sbg 'healing miracle'


*Herba terpilih*Habbatussauda'


Inginkan kulit anda mendapat manfaat dari bahan-bahan hebat di atas? 


Sabun ini juga sesuai untuk:✔ Bayi seawal baru lahir✔ Kaum lelaki & wanita yg mempunyai masalah kulit✔ Eczema, gatal serta kurap✔ Boleh guna satu badan

GIVE AWAY POCKET CHIA SEED


GIVEAWAY NIYAZ 1ST YEAR BIRTHDAY BY DEARIESCOUPLE