Salam Maulidur Rasul 2016



Maulidur Rasul 2016

            Salam Maulidur Rasul semuaa... Baru saya perasan tarikh hari ni untuk tahun masihi sama dengan tahun hijrah. Hari Kelahiran Rasulullah S.A.W iaitu tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam diseluruh dunia. Kita menyambutnya pada hari ini, Isnin bersamaan 12 Disember 2016 dan merupakan cuti umum buat rakyat Malaysia.

Siapa tahu tema Sambutan Maulidur Rasul tahun ini , sila angkat tangan 🙋🙋🙋

Kalau tak tahu, meh saya tolong bagitahu (sumber dari http://www.panduanmalaysia.com/2014/12/tema-sambutan-maulidur-rasul-2015-1436h.html) . Tema tahun ini adalahhhhh....

UKHUWAH ISLAMIYYAH ASAS PENYATUAN UMMAH


Bagaimana dengan sambutan maulidur rasul di tempat korang? Meriah ke? Kalau di sini, dianjurkan majlis Ilmu di masjid. Ada ustaz jemputan hadir untuk menyampaikan ceramah. 

Tapi paling best masa zaman sekolah rendah dulu. Setiap tahun, ketika sambutan maulidur rasul, pagi pagi lagi kami kena berkumpul di padang depan sekolah..Kemudian berbaris 3 - 4 orang untuk 1 row, dan mula berarak. Berarak di keliling kampung. Orang yang duduk di hadapan akan memegang sepanduk dan yang lain akan bersama-sama berselawat. Masa awal-awal tu seronok laa.. Bila dah lama jalan, kaki dah penat sikit, mula lah mengeluh.. Lambatnya nak sampai, jalan slow la.. apa laa.. Tapi zaman sekolah kan. Kawan-kawan kiri kanan, jadi rasa seronok lebih dari rasa penat. 

Image result for berarak sambutan maulid beserah
Ihsan : ieyra.com
Bila dah abes sekolah rendah ni, masuk sekolah menengah.. Dah takde sambutan macam tu.. Tetiba rindu nak jadi kanak-kanak.. 😭 Gambar ihsan dari blog ieyra.com. Kebetulan dia pun budak sekolah agama masjid jamek beserah. Sama.. Cuma berbeza batch je. Dia 1996-1999.. Saya 1999-2004.. Senior saya la ni.. hehehe.

Marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. 



 

1 comment: