PRODUCT REVIEW : Syahirah White Glow Night Cream


Malam ni kita bersiaran semula tapi agak lewat ye. Sebab baru je lepas layan SRK. Hehehe.. Mesti ramai tengok jugak kan.. Tadi buka IG, Whatsapp story, Facebook.. Semua pakai update pasal Mohabbatein. 

Habis tengok SRK, nak tidur, mesti laa kena cuci muka , gosok gigi , ambil wuduk dulu. Baru la tidur rasa macam bersih je. Hahaha.. Lepas setel cuci muka, excited ni nak try night cream yang baru beli. Hehehehe.. 


Tadaaaa... Beli ni kerana 2 faktor penting.. Pertama, krim malam yang guna sebelum ni dah habis. Kedua, sebab suka tengok kotak dia. PINK hokaayyy..~ Ketiga, eh.. Sebab ada perkataan "Korean"...Sorry pengaruh k-pop sikit.. 😁😁


Mula-mula buka kotak dah excited, sebab apa.....



Penutup dia ada cermin...!! So takde masalah laa nak tenyeh kat muka kalau xde cermin pun. Yang penting pencahayaan cukup.. Nak telek jerawat pun lepas lagi guna cermin ni. Hahahaha


Apa lagi yang best dengan White Glow Night Cream Syahirah ni??

💛 Tesktur yang ringan.. Tak berminyak bila dipakai. Seyes.. Bila apply ni, dia mudah meresap..Tak rasa macam pakai krim. 



💛 Bau wangi. Ada extract dari 3 jenis bunga tau.. tau.. Camelia, Lotus & Cherry Blossom 🌸🌸🌸

💛 Time pakai, dingin je rasa. Best.. Sejuk je muka.. 

💛 Harga mampu milik. Tak perlu gadai barang kemas kalau nak beli. 

Lastly, feeling korea laa sikit pakai ni. Hahaha.. ~ ok lawak je ni..

Nanti lepas seminggu amal, saya share kesan dia pulakk hokaayyy...





~bbuing bbuing.. 💗~

3 comments:

  1. macam best je.. cikyan xpnah try lg nih..

    ReplyDelete
  2. aff nak try guna lah :D

    https://jajastollymolly.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. sy pun belum pernah try lagi.. tq for sharing.

    ReplyDelete