Hai.. tengah buat apa petang-petang ni?? Rehat bawah pokok, duduk atas pangkin, makan cekodok minum kopi 'o'. Bahagia je rasa...~ Oppsss, tapi bukan nak cakap pasal makanan..
Pernah tak tengah rehat kat rumah, tetiba dengar orang bagi salam. TETAMU datang tanpa bagitahu.. Tak sempat nak bersiap, pakai baju lengan pendek semua, tak bertudung...Macam mana nak buat?? Dengan sepantas kilat, tarik cardigan dalam almari, ambil tudung sarung instant. Mudah!! Hahaha.. *selalu terjadi macam ni 😫😫😫*. Kadang-kadang bukan pakai cardigan masa tetamu datang mengejut je..Tapi masa nak pergi kedai dekat-dekat rumah pun sarung cardigan jugakkk... Cepat!!
Sebab pantai dekat dengan rumah, cardigan jadi pilihan 💚💚💚
Tahu tak cardigan ni bukan je boleh jadi penyelamat ketika kecemasan jee.. Tapi boleh jadi penambah gaya jika pandai menggayakan.. Ada banyakk jenis dan corak woman cardigan yang kita boleh pilih. Memang rambang mata kalau pergi usyar kat kedai @ online shopping. Kalau boleh semua nak ..*typical woman*
Tengok model-model ni pakai cardigan. Nampak cantik jee kan..? Bukan sahaja boleh g kedai depan rumah, nak pergi shopping mall pun nampak bergaya ajee..~ Lepas ni boleh tambah lagi koleksi cardigan dalam almari. Hihihi..
not a cardigan lover tapi cardigan selalu jadi penyelamat bila nak kluar gi kedai dekat rumah haha
ReplyDeletejemput join ga sha https://shafyqahazahar.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html