Cuba Untuk Keluar Dari Zon Selesa.


Mungkin ini entry terakhir saya untuk bulan ini. Atau mungkin jugak minggu ini.. Sedih pulak rasa tulis camni.. Hehehe.. Rasa macam nak tulis wasiat je. 😐😐 Takde apa pun sebenarnya.. 

Baru-baru ini SL1M ada buat Karnival untuk orang pantai timur kan. Dia ada anjurkan Walk-in Interview di UMP Gambang. Jadi-jadi, sebab dekat dan alang2 boleh lepas rindu, saya pergi laa. Sambil drop2 resume.. sambil kumpul goodies dari company2. Hehehe.. Suka tauu..🙈🙈🙈 Bukan senang.. Dapat perfume dari BASF Petronas. Sayang nak guna.. Hihihi


Alang-alang dah pergi, cuba la pergi interview kat Khazanah Nasional. Memang pergi tanpa preparation. Huhuhu.. Lepas beberapa minggu dapat call, dia terima saya untuk join. Kawan saya yang mintak tolong dropkan resume pun dapat call.  Alhamdulillah.. Ada kawan. Hehehe

Jadi, 24 April nanti saya kena pergi lapor diri ke UTM Residency. Neves oii.. Maklumlah, saya bukan biasa pun dengan KL. Kalau pergi pun rumah sedara je. Itu pun sebab ayah ada kursus kat sana. Tu je laa.. Saya harap saya dapat menyesuaikan diri kat sana. Mohon doa ye semua. Neves nii.. 😨😨😨

Siapa lagi yang dapat join? Boleh kita berkawan kat sana. Hehehe..



Tahu tak kenapa saya datang ambil gambar kat sini?? Ini laa tempat lepak selama dua tahun dengan kawan-kawan yang ohsem.. Jadi penjual buku untuk fakulti. Seronok... Rindu..💗💗 #throwback



p/s: Ada TEMU DUGA TERBUKA SEMPENA MAJLIS MEMACU AGENDA BUMIPUTERA 2017 (18 & 19 April 2017), jam 0900-1800 di KLCC..😉😉









3 comments:

  1. Waah good luck in everything you do. :D tkpa, InsyaAllah semuanya akan okay.

    ReplyDelete
  2. wahhh! bestnyaaa! gdluck, pengalaman sl1m antara pengalaman company ambik kira jgk untuk kerja :)

    ReplyDelete