Kalau Dah Rezeki



            Baru-baru ni, jiran saya meminta tolong untuk menghantarnya ke Poliklinik berdekatan. Memandangkan saya masih lagi terkapai-kapai di rumah tanpa sebarang aktiviti berfaedah. Jadi saya dengan rela hati tolong hantar. Setiap kali hantar, dia pasti akan bagi duit minyak. Padahal bukan jauh sangat pun. Kalau jerit dari rumah ni, boleh dengar kat sana (hiperbola keterlaluan). 
                Nak dijadikan cerita, pada hari last yang dia suruh hantar ke klinik tu, dia ajak pergi membeli. Oh, lupa nak cakap. Jiran saya itu seorang surirumah dan sedang hamil. dan suaminya sedang outstation ke Sabah selama sebulan. Jadi ulang alik tu sebab checkup hamil la, bukan sebab dia seorang nurse doktor atau apa2 jawatan yang ada di hospital itu..

                  Dalam perjalanan pulang, dia minta saya untuk bawak dia pergi ke kedai. LYC. Nak beli barang dapur sikit. Alang-alang la katakan. Saya pun bawak laa dia pergi. Biasanya, saya akan tunggu je dalam kereta. Tapi hari tu tetiba pulak rasa nak turun jugak. Mata duk melilau laa nak beli aiskrim kononnya. Survey harga 1 per 1.. Cari aiskrim batang takde. Semua aiskrim dalam bekas. Cari yang paling murah.. Sebab tengok dalam purse ada TIGA hinggit ajerr... T.T Tapi paling murah pun ada 3.50. Tutup purse, jalan, tunggu dalam kereta semula. 
                Tak berapa lama lepas tu, jiran saya pun keluar laa. Dia beli macam2.. Dan 2 bekas aiskrim. 1 bekas dia kasi saya. Rasa macam kagum dengan kebesaran Allah. Allah tahu hamba dia ni nak makan aiskrim, tapi tak berduit. Jadi dia kasi rezeki tu melalui jiran saya. Dan kebetulan jugak, pagi tu saya ada baca kelebihan berselawat dlm group wassap. Kisahnya panjang, tapi overall, budak itu teringin nak laptop, tapi ayah dia xmampu. Dia pun berselawat banyak2, doa banyak2..Sampai 1 tahap dia hampir kecewa. Namun, Allah tak pernah kecewakan hambaNya. Akhirnya budak itu dapat melalui orang lain. Rasa macam ada terkait je dengan diri.. Hehehe.. 

              Budak itu dapat laptop, saya dapat aiskrim. Kalau Allah dah tetapkan, sapa boleh lawan?? 




1 comment: