Gambar di atas ni bukan gambar group saya.. tapi gambar roommate saya sepanjang 3 hari ni.. Hehhee.. Dah lama kenal, tapi sebelum ni jarang bercakap.. Bila dah sebilik ni, bercakap la jugakk.. Pakaian kami matching each other gittuuwww,,, hehehe... Oh.. berbalik pada kursus, banyak aktiviti yang kami kena lakukan, tapi aktiviti paling grand vavavoom ialah Simulasi Perniagaan.. Haa... Nak tahu macam mana??
Setiap kumpulan diberi wang modal sebanyak RM100 (kalau tak silap)..Kami dihantar ke pusat bandar Kemaman, berhampiran dengan Hospital Kemaman tu.. Kami perlu menggunakan modal tersebut untuk menjalankan perniagaan selama 4 jam dan mendapatkan keuntungkan.. Kumpulan yang mempunyai keuntungan terbanyak akan dinobatkan sebagai Juara..
Kumpulan saya menjalankan perniagaan keropok goreng dan air minuman. Orang Ganu kan memang pemes nge keropok.. So, kami deal dengan sorang brader peniaga keropok ini untuk beli keropok itu dengan harga murah..Hehehe..Kami bahagikan kumpulan kami kepada 2 unit.. Unit keropok dan unit air.. saya berada dalam unit keropok. so ini adalah ketua unit saya.. hahaha...
Gambar dibawah ini merupakan modus operandi yang dijalankan oleh unit air. Mereka menjual air kepada pemandu2 ketika lampu merah. Bijak2.. Hehehe..
Bisnes kami begitu laris hinggakan kami berjaya menghabiskan jualan kami sebaik sahaja waktu Zohor. Kami bermula jam 11 lebih.. dan tamat jam 1 lebih.. Hehe.. Namun, keuntungan yang kami terima tidak berjaya menobatkan kami sebagai Juara. Tidak mengapa, yang penting pengalaman yang kami peroleh..:D Tapi ada satu kisah yang saya ingin kongsi...
Pada mulanya perniagaan keropok kami tidaklah begitu memberangsangkan.. Ada orang nak beli, tapi x ramai sangat laa.. Duit yang diperolehi drpd hasil jualan tersebut, kami dermakan kepada yang memerlukan. Mulanya hati saya ni agak was-was.. Eh, duit sape yang dia guna untuk derma.. Tapi, janji Allah itu pasti, kalau kita sedekah, rezeki kita akan berlipat2 ganda..
Tak lama setelah kami berpusing2 menjual, akhirnya kami tiba di kawasan rehat pakcik2 driver teksi ni.. Masa itu kami jual air sebab keropok dah abe jual.. Teruja kami pabila pakcik tu beli semua air kami.. Dan paling tak di sangka, pakcik tu hulurkan duit kepada kami. Katanya as sedekah.. Ya Allah.. Nampak tak? Tak rugi pun kita sedekah.. :D
Usai solat Zohor, kami pun sempat la bergambar2 dan berjalan2 dikawasan tersebut, Sebenarnya saya dah agak familiar dengan kawasan tersebut. Dulu2, selalu naik bas Sihat dari Kuantan ke Paka. So akan berhenti kat Stesen Bas situ.. Sekarang pun kalau balik kampung, memang lalu jalan tu.. Masa LI dulu pun, jalan tu la paling saya tak suka kalau nak balik rumah. Jem.. T.T Saya ni masih pemandu amatur. Jalan jem la paling nak elakkan.. Hahaha...
#Kursus Keusahawanan
#Ramadhan 23
#Cherating
P/S: inilah kawan saya yang saya sebutkan tadi. <3
Lagi banyak kite menderma lagi banyak Allah turunkan rezeki pada kite. Betul kan? :)
ReplyDeleteJemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!