Kursus Pra Perkahwinan #secondtime





               Tepat jam 4.07 minit petang semalam... Tamatlah kursus pra perkahwinan yang dianjurkan oleh pihak PEKA 1 dengan kerjasama Majlis Agama Islam Pahang (MAIP).. Ini merupakan kali kedua saya menyertai kursus ini.. Well prepared untuk kawen dah nii.. ~ Hahaha.. Kursus pertama saya sertai semasa saya 2nd year degree bersamaan dengan umur saya 20 tahun...
                          

              Okayy.. Kenapa saya join kursus ni dua kali?? Kerana untuk memantapkan lagi preparation ke arah gerbang perkahwinan.. Muahahahha.. Tidak..Tidak..Tidak... Untuk kali ini saya menyertai kursus ini bukan sebagai peserta.. Tetapi sebagai urusetia.. Haha.. *nak kumpul merit lagi niii* Sambil-sambil jadi urusetia, sempat jugak la dengar ceramah2 yang ada tu.. 9 Slot kesemuanya... Akidah, Ibadah, Pengurusan Stress, Penceraian dsb...Tapi yang paling best part pengurusan stress... Hehe.. Nak tahu kenapa??

            Sebabnya penceramah slot tu kelakar.. Pertama kali tengok, tak percaya dia tu Ustaz.. Haha.. Itu la orang cakap, "don't judge a book by its cover" ye dop... Luaran nya agak lembut.. Hehe..Masa ceramah, dia statik je berdiri depan mic sambil berpeluk tubuh... Haha.. Tapi mampu buat orang gelak.. Dia ada cakap " Siapa yang pandang muka dia 10 minit, terus hilang stress"  Mungkin benar apa yang di katakan.. Peserta2 tu gelak-gelak selalu... >.< 



      Haa.. Yang sedang berdiri tu la ustaz nyaa... Memang hilang la stress korang kalau dengar...Yang sedang duduk tu, emcee untuk hari kejadiaan.. Haha.. well..Dia memang berbakat jadi emcee.. sape2 yang nak guna mc, blh gunakan perkhidmatan dia.. Haha.. Byaran mestilah berpatutan.. >.< Gambar ni dari tepi je sebab saya duk kat tepi.. Haha.. 

             Banyak info berguna yang mereka dapat.. Hopefully mereka lebih bersedia untuk menempuh alam rumahtangga yang katenya penuh dugaan.. Ada sorang ustaz tu cakap, "Kahwin kerana cinta tak lama, Kahwin kerana tanggungjawab, Insya Allah berkekalan" Hehe.. Ingat tu semua.. saya dah besarkan font tuu.. Sebagai ingatan untuk semua... 


      Oh yee.. Lagi satu.. Tips yang saya dapat dari Dr Noraiza.. Salah seorang penceramah slot Kesihatan.. Dia cakap tips ini untuk orang yang dah kahwin jee.. So yang lain tak payah nak try lagi la...Tips ini untuk mendapatkan jantina anak yang diingini.. Bukan nya semestinya dapat.. Tapi boleh la nak cuba...

Anak Lelaki - Sang suami kena makan banyak makanan berunsur panas.. Bukannya panas mendidih-didih tu.. Maksudnya banyakkan makan Sup Kambing ke Sup Tulang..

Anak Perempuan - Sang suami kena kurangkan makanan panas-panas.. Kena makan Sup Sayur atau makanan lain yang sewaktu dengannya...



        Berbeza pulak dengan main game The Sims 3... Nak anak lelaki, kena makan buah Epal 3 biji, Nak anak perempuan, kena makan buah tembikai 3 biji.. Yang ni memang komfem dapat jantina yang diingini.. *cheatsthesims3* Hehehe...


          Banyak lagi ilmu yang saya dan kawan-kawan lain dapat.. Tapi tak boleh share kat sini laa.. Hahaa.. >.<



              Antara peserta yang mengambil bahagian dalam kursus kali ini... :)) Oh yee.. Selamat Bakal Pengantin Baru la ye semuaa.. 


pssttt : diorang dapat CD dahh sekarangg.. Canggihhh bohhh.. (Y)



Nota kaki : Siapa yang merancang untuk berkahwin, dan perlukan khidmat perancang perkahwinan, boleh lah pergi ke FAZA ANDAMAN Kuantan




Lokasi butik ini betul-betul di hadapan stadium.. Dalam Malay Town... Jemput datangg... Hehe.. Boleh tanya saya untuk maklumat lanjut... :))



No comments:

Post a Comment