Ambang Merdeka 2022

Assalammualaikum and Have a Blessing Day Ahead



    Tahun ni sambutan merdeka memang meriah sangat laa.. Mungkin sebab dua tahun dah kita tak dapat menyambut kemeriahannya. Konon tadi nak lalu jee kat Anjung Floria sebab orang kata cantik malam2.. Tapi lupa, harini Ambang Merdeka. Perdana Menteri kita pulakk ada. Memang sesak laa jalannya. 



       Oleh kerana terlalu banyak kenderaan, tambahan pulak pakai pakaian tidur je, tak jadi la nak meredah Sambutan Ambang Merdeka. So, rancangnya nak pergi menyambut kat Dataran Merdeka laa pulak esok.. Doakan sis boleh bangun awal laa untuk bergerak awal ke sana.

       
    Jumpa lagi bila rajin nak menulis. Lama dahh tak bw. Nak kata busy tak, lebih pada lagha main game. So tak nyempat bukak blog. SELAMAT HARI MERDEKA semua.. 


MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!  


Mango Cheesecake by KULACAKES Kuantan

Assalammualaikum and Have a Blessing Day Ahead



    Petang yang agak hangat ini, jadi rajin pula nak bukak laptop dan cuba update blog yang sekian lama dibiarkan sepi. Sebenarnya dah 2 minggu tak balik rumah kat Kuantan. Tak sabar nak tunggu weekend, nak balik memandangkan 6 Jun nanti cuti kan. Dapatlah balik 3 hari. Hehehe

    Tengah skrol gambar, eh nampak gambar makanan favourite. Kek Keju Mangga atau lebih famous dengan panggilan Mango Cheesecake.  Orang Kuantan mesti da familiar dengan makanan ni. Kalau sebut je, mesti akan kaitkan dengan Kulacakes.
 


    Pernah bagi hadiah untuk kawan kat sini, EH.. Dia nak kirim pulak suruh beli. Maksudnya kena laa dengan selera dia kan. Tapi ada jugak kedai lain yang jual dan rasa dia pun sedap. Semua bergantung pada selera masing-masing. Jangan laa judge pula, bila kawan kata tak sedap, kita nak marah dia. Mungkin lidah dia tak suka rasa macam ni, dia suka yang macam ni,

    Minggu depan nak balik, ada tak orang nak kirim. Kita boleh COD area Putrajaya. Hehehe..