Tauhu Begedik!!


Tujuan menulis kalini untuk kenangan masa hadapan. Hehehe.. Tahun 2019, mula berniaga kecil-kecil. Sebelum ni dropship je. Sebelum tu lagi, jadi sekretariat jual buku fakulti. Ok. Tu sikit laa pengalaman bisnes. Awww.. Hehehe..

So tahun ni, bermula dengan bawa bekal, kongsi-kongsi makan. Eh tetiba nak order pulak. Kita tak yakin bab masak-masak ni. Nak lagi kasi orang. Makan untuk family boleh laa.. Setelah fikir, kita buat je laa.. Tak salah pun. Orang suka, kita pun suka.. 



Ini la dia kekasih baru, setelah yang lama berlalu. Tauhu begedil. Tapi dah diubah jadi tauhu begedikk.. Maaf, bukan sebab ikut perangai tuan ye. Secara kebetulan je datang nama tu. Kami juga ada buat set-set..

Set Manja, Set gedik, Set annoying dan Set cool.. Amacam nama set? Pelik tak? hahaha..

Sempena nak sambut Ramadhan ni, kita stop dulu laa sekejap buat. Takut terliur disiang hari. Maklumlah ini sebenarnya makanan kesukaan, tapi tak sangka boleh jual. Eheh.. 


Ini lah set manja..

Set cool.. Frozen laa maksudnya. Hahaha

Sambal kicap. Boleh request nak pedas atau tak.



Ok, sendiri dah terliur ni. Nak makan dah malam. Kena tidur dulu la. Nak order tunggu lepas raya. Tapi area kuantan ajerr.. Hehehe..