PERCUTIAN TIDAK LENGKAP TANPA TRAVELOKA - Traveloka Sale-abration
TRAVELOKA - SALE-ABRATION |
TAWARAN HOTEL 🏡🏡
Dah pilih flight, mesti nak kena pilih hotel pulak. Ye tak? Tak perlu susah. Tak perlu runsing. TRAVELOKA boleh membantu anda. Lebih 100 hotel eksklusif TRAVELOKA di pelbagai destinasi seluruh Asia Tenggara untuk memenuhi citarasa pengembaraan bagi memastikan anda mengalami pengalaman hebat sepanjang percutian anda.
Kenapa tu senyum sorang? Suka la tu tengok TRAVELOKA buat promosi. Nak tengok yang lagi seronok?
Pengalaman Pertama Ku
SLE Journey #3
Haipp.. kembali lagi dalam segmen SLE Journey dari kaca mata seorang kakak. Eh. Macam rancangan TV pulakk.. Hari tu saya cakap kan, nak cerita simptom-simptom sakit ini. Tapi simpton ini adalah dari apa yang saya observe yang terjadi kepada adik saya.
Memang dari kecil lagi, adik saya jenis orang kata antibodi lemah. Sikit-sikit demam. Bawak pergi klinik, doktor cuma cakap, demam biasa. Kasi ubat, nanti sembuh laa.. Berlanjutan..Setiap kali demam, bawak pergi klinik, ambil ubat dan sihat semula. Sakit dia datang tak kira masa tau. Kadang-kadang , balik sekolah, tengah hari, dia boleh pergi ambil selimut, baring atas katil. Kalau kita, tengah hari, balik sekolah pulak tu, konfem la panas nak mandi , main air bagai. Tapi dia boleh berbungkus dalam selimut.
Biasanya kalau dia macam tu, mak mesti membebel, marah la.. Balik sekolah terus berbungkus dalam selimut. Ingatkan mengada-ngada jee. Nak lagi adik sorang tu je, bongsu pulak tu. Manja dia lagi laa.. Hahaha.. Sebab selalu demam, siap bawak jumpa orang pandai, buat air tawar. Ada kata ada benda nak menumpang lah, sebab tu dia lemah. Tak tahu la betul ke tidak kan. Masa tu, bila dengar orang cakap, ada benda nak tumpang kononnya..sebelum tidur mesti tengok dia lama-lama. Pastu fikir bodoh. Macam mana kalau yang tidur sebelah saya bukan adik, tapi benda lain. Alaaa...bodohnya saya masa tu. Tak patut betul fikir macam tu.. 😢😢😢
Tapi tak lama pun fikir macam tu.. Lepas tu dah lupa, boleh je tido nyenyak sebelah dia. Hahaha..
So, siapa-siapa lah kan, yang mungkin anak dia atau kenalan dia yang ada simptom macam adik saya ni, cuba lahh bawak check betul-betul.
Nanti saya nak share, apa terjadi lepas dah di sahkan ada penyakit tu..
Baca kisah sebelum ini..
Lazada Birthday Blogger Contest
Kalau menang..joget ramai-ramai..Hehehe |
1. Less than 50 Participants (10 winners)
1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200
3rd Prize: 6 x RM100
2. More than 50 and less than 100 Participants (20 winners)
1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250
3rd Prize: 12 x RM125
3. More than 100 Participants (30 winners)
1st Prize : 1 x RM800
2nd Prize : 12 x RM300
3rd Prize :17 x RM150
Amacam.. Tergoda tak tengok hadiahnyaa.. Jom kita beramai-ramai memeriahkan Lazada Birthday Blogger Contest. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi.. 2 hari.. Sekali lagi diulang..2 hari..
Ok..Jom kita contest ini..
APA YANG ANDA SUKA TENTANG LAZADA MALAYSIA?
LAZADA ibarat shopping mall yang terbina dalam rumah. Haaa.. Hebat kan.. Walaupun rumah kecil, tapi boleh ada mall dalam rumah.. Mana taknya.. Semuanya ada. Nak gadget? Ada. Nak pakaian? Pun ada. Nak fryer, toaster, mixer? Juga ada. Nak skin care, supplement? Eh, ada jugak tau. Selain itu, bukan sahaja barangan untuk kita yang dewasa ni. Barangan untuk si kecil pun ada. Tak perlu nak cerita panjang, rasanya semua tahu. LAZADA ibarat jugak poket doraemon. Hehehe
Bukan sahaja pilihan barangan yang pelbagai, tapi nak dapatkannya pun mudah. LAZADA dah kategorikannya mengikut jenis, jenama, penilaian serta paling penting harga. Awak nak tahu? Harga dah lah berpatutan. Tambah lagi dengan diskaun yang menjadikan harga berganda-ganda murahnya.. Nak bayar macam mana?? Ini soalan penting. Beli barang, mesti kena bayar. SENANG. LAZADA tak suka menyusahkan pelanggan nya. Ada 8 cara untuk membayarnya tau...
Siapa tak suka kan? Tengah tengok TV pun boleh shopping.
TOP 3 PRODUK PILIHAN DARI LAZADA MALAYSIA? (3 PRODUK PILIHAN ANDA)
Soalan paling peberet ni. Rasa macam tak cukup je 3. Nak semua kalau boleh. Hehehehe.. Boleh tak? Ok. Hazrina.. Mohon jangan lebih ye. LAZADA cakap pilih 3 je..
First of all.. I would choose...
Haaa..tudiaa.. Pilihan yang agak tak teragak-agak. Fridge Side by Side Samsung. Sekali baca macam lagu Ariana Grande. Side to Side. Hehehe.. Kenapa pilih ni? Ok.. Sebab mak saya nak sangat peti sejuk baharu. Jadi.. jadi..boleh laa start kumpul duit untuk dapatkan fridge ini. Omoooo..Besar pun besar. Kalau aircond dalam rumah rosak, boleh duduk depan fridge ni. Hehehe
Next.. I would choose
OPPO R9s Plus. Ini pengaruh dari hero yang pertama saya minat. Lee Min Ho. Hehehe..Dengan hobi saya suka selfie.. Oppo ini memang sesuai sangat. Hehehe.. Camera depan & belakang 16MP, Internal 64GB, RAM 4GB. Eh. Memang suka laa kiranya. Tambah lagi warna Rose Gold. Jatuh cinta berkali-kali la orang kata bila tengok..
Last but not least...
Emas dan perempuan ibarat kuku dengan isi, aur dengan tebing, cicak dengan dinding. EH. Memang kegemaran semua perempuan la. Kalau yang tak suka emas tu , hanyalah minoriti. Lagi suka kalau orang kasi hadiah. Aduhh.. Feeling dia lebihh tauuu.. Rasa nak tatap selalu jee.. 💋💋
PENDAPAT ANDA UNTUK LAZADA MALAYSIA DIPERTINGKATKAN?
PENDAPAT ANDA UNTUK LAZADA MALAYSIA DIPERTINGKATKAN?
Bagi saya, LAZADA sudah cukup bagus. Hanya perlu perluaskan lagi kawasan untuk COD dan tidak hanya terhad kepada produk tertentu. Overall 👍👍👍!!
Saya kasi thumb up for LAZADA..!!
UCAPAN HAPPY BIRTHDAY UNTUK LAZADA!
This birthday shout out goes to LAZADA..
Happy 5th Birthday LAZADA!! 🍰🎉🎈
Semoga LAZADA akan tetap teguh menjadi website membeli-belah paling awesome dulu, kini dan selamanyaa...!!
I LOVE LAZADA..😘😘
SLE Journey #2
Post sebelum ini saya ada share pasal SLE ni kan.. Bukan
saja je nak share, cuma nak orang tahu sikit la apa itu SLE. Dulu pun saya tak
tahu pun pasal kejadahnya SLE ni. Tahunya stroke, demam panas, selsema, batuk,
TB dan beberapa lagi la yang common. Mungkin la Allah nak kasi saya satu lagi
maklumat pasal penyakit yang wujud tapi saya tak pernah ambil tahu. SLE.!
Kira-kira 4 tahun lepas, masa itu lepas raya haji atau
disebut Raya Aidiladha. Macam biasa lah, raya kan. Balik kampung. Kisahnya
terjadi macam ni. Dalam perjalanan dari kampung, dari Paka, Terengganu nak
balik ke Kuantan Pahang, mesti lalu kat Kerteh. Dekat Kerteh, ada satu McD yang
tersergam indah kat tepi jalan. Adik saya masa tu, nak la makan burger McD.
Jadi ayah saya pun drive-thru la beli burger & pekakas2 tambahan (baca
sebagai menu lain) yang ada kat situ. Dah setel beli, teruskan perjalanan.
Dalam perjalanan, adik saya tetiba cakap nak muntah. Masa tu, memang dia dah
demam sikit. Jadi emak saya dengan tangkasnya, sediakan bekas, plastik untuk
adik saya. Ayah saya tak boleh tengok muntah-muntah ni, nanti dia join skali.
Huhuhu..
Dalam kereta memang adik saya dah tak larat, jadi rehat
dalam kereta nak tunggu sampai rumah. Oleh kerana, macam tiada perubahan. Lepas
turunkan semua barang masuk dalam rumah, terus pergi bawak adik ke specialist
terdekat yakni KPJ Kuantan. Masuk
klinik, terus staff dia ambilkan wheelchair , dorong adik masuk ke ruang
emergency. Memang kesian sangat laa masa tu. First time ahli keluarga masuk
hospital dalam keadaan macam tu. Saya ikut je masuk. Doktor check-check semua,
dan doktor cakap adik kena tahan kat wad. Masa tu dah petang, dengan sehelai
sepinggang nya. Jadi saya & parents pun balik la ambil apa-apa yang patut.
Saya pulak kena balik ke U. Kebetulan,dalam wad yang sama, katil je la berbeza
ada sepupu emak tengah tunggu anak dia jugak. Berani hati la tinggal adik
sendiri kat wad. Bukan lama sangat, balik petang, lepas maghrib datang semula.
Bila datang semula kat wad, sepupu mak cakap, adik saya
nangis dah. Kesian pulak kat adik. Malam tu, berkampung lah dekat hospital
teman adik. Sejukkk gilakkk.. Aircond sepanjang masa. Alas tikar biasa je pulak tu. Tidur atas
lantai. Keesokkan hari, pagi-pagi lepas Subuh, siap-siap tunggu ayah datang
jemput. Nak balik kat U dah. Nasib baik la belajar dekat. Haaa.. balik pada
penyakit. Doktor diagnos semua apa, buat kesimpulan, dapat keputusan. Doktor
bagitahu, adik saya disahkan ada penyakit SLE. Masa dengar tu, memang terkejut
laa kan. Doktor cakap, sakit ini ada kaitan jugak dengan keturunan. Mungkin
jugak la kot.. Sepupu belah ayah saya ada yang dapat penyakit yang berkaitan
dengan darah jugak . Tapi Allah lebih
sayang dia.
Dekat seminggu jugak laa adik saya kena tahan kat wad.
Rasanya dia masuk wad seminggu ke dua minggu sebelum nak trial PMR. Doktor
bekalkan, ubat macam untuk setahun. PREDNISOLONE. 8 biji sehari. Muda-muda lagi
dah kena makan ubat banyak-banyak. Doktor cakap, hidup adik memang akan
ditemani ubat hingga akhirnya.
Nak tahu tak apa simptomnya? Jangan marah dulu kalau nampak
anak-anak atau adik-adik berperangai macam tu...
Baca kisah sebelum ini
♡ SLE Journey #1
Baca kisah sebelum ini
♡ SLE Journey #1
Photographer Bidan Terjun 📷📷
Kalau orang Kuantan tengok gambar atas ni, agak2 boleh tahu tak kat mana lokasi shooting kitorang?? Hehehehe.. Nak tahu, nanti kita bagi tau.. Tengah hari tu, pergi jemput la adik saya dengan kawan dia ni balik rumah. Petang tu jugak diorang nak shoot video untuk assignment B. Arab. So tempat paling strategik untuk buat video dengan cuaca yang tak terik sangat, jadi kami pilih lokasi ini. Memandangkan adik saya seorang yang tak berapa sihat, jadi kena cari tempat selesa la.
Skrip dah ada. Diorang dah buat. So saya tukang rakam je laa.. Kita ni dah la lemah sikit bab nak statik kan tangan, nak fokus kat mereka. Tetiba je jadi parkinson time nak rakam. Hahaha.. Naseb baik artis sporting walaupun baru je kenal (tak termasuk adik saya la kan)...Kita arah suruh gerak dari situ, sini.. semua okayy..
Mula shoot agak dalam pukul 3 kot.. Balik sebelum matahari terbenam. Durasi video sepatutnya 7 minit.. tapi tak cukup.. Jadi sekali lagi mereka jugak terpaksa jadi scriptwriter dalam masa setengah jam. Record kat depan rumah pulak untuk tambah lagi scene.. Ohh.. tak lupa jugak record atas bukit dengan keadaan angin kuat, kadang2 ada kilat. Nak buat macam mana.. Dah tak de masa.
Hari jumaat first day shooting, balik malam tu dah transfer segala video.. Nak edit tapi laptop masing2 nak guna untuk assignment lain. Jadi bagi chance la diorang buat kerja. Tengah malam sambung edit..kalau tak silap pukul 1 ke 2 mengadap laptop. Dah save. ada pulak masalah lain timbul..Watermark app tu pulak gedabak besar terpampang kat sepanjang video.
Jadi.. apa saya buat? Nanti sambung.. Nak pergi makan rojak betik dulu. Layan dulu gambar pelakon-pelakon hebat ni..
Tak dilupakan jugak photographer nak interprem.. Hahaha.. Okayy.. Nak bagitahu ni kitorang shoot kat mana..
Jeng..jeng..jeng...
Mestilah kat Taman Gelora.. Lepas shooting pekena ABC.. Hehehehe..
Nanti kita sambung citer edit video guna apa..
Mula-mula sombong, lepas tu..
Semua nampak flawless, thanks to camera B612..Hahaha..oh..Lupa dah nama dia apa.. Nanti bila awak dah besar, terjumpa blog ni.. Jangan lupa kan akak okay.. Hahaha..
We Love Family
Ter'Whatsapp' Jodoh.
Gambar laki tu tak dapat la nak isi. Takut pulak dikatakan mencuri hak orang.. Huhu.. Tapi muka 99.9% bukan melayu. Ala-ala arab ada sikit kot. Hahaha..
SLE Journey #1
Pernah dengar tak SLE? Tahu tak apa? Menurut laman web SLE
ialah Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik
“autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan
seorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh
seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ
lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”.
(Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus
mengibaratkan tompok-tompok kemerahan dimuka pesakit sebagai gigitan serigala).
Terdapat beberapa jenis lupus:
· Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur diantara 15 hingga 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanal dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
· Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik dimana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutanhingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang menghidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
· Lupus neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE . Ini mungkin disebabkan auto antibodi didalam darah ibu yang dipanggil anti Ro(SSA) dan anti-La(SSB). Akibatnya, bayi ini akan mandapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (lowblood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam maasa beberapa bulan.Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantungyang menganggu perjalanan jantung.
Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan
sampingan yang menyerupai ciri-ciri sekakan SLE. Keadaan ini dipanggil “drug-induced
lupus”. Gelaja ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan.
Buah pingggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.
Kenapa saya cakap pasal SLE pulak ni.. Haaa.. nanti saya
cerita..
Subscribe to:
Posts (Atom)