PopCorn , Coklat Snek Sihat?


6c4c


Tahukah anda snek yang enak tapi berkhasiat?? Kebanyakkan kita kan suka sangat kudapan apatah lagi bila sedang menonton TV. Kacang laa.. Keropok laa.. Kalau kat rumah ni, suka makan temosa sebagai kudapannya.. Haa.. Ada yang berkhasiat ada yang tidak.. Apa kata kita ubah, makan snek yang sehat.. Perut kenyang, kesihatan pun baik saja..:) Jom cekidout..


1. Coklat Gelap ( Dark Chocolate )

1343

Tengok gambar pun dah terliur ni haa.. ☺☺☺☺ 

Makan coklat setiap hari merupakan salah satu cadangan dalam perubatan. TAPI, pastikan bahawa anda hanya makan beberapa keping potongan kecil colat tersebut. Jangan pulak makan sehari satu bar coklat tu pulak.. Kan lain jadinyaa. ✌✌. Kalau boleh, cari soklat yang at least 60-70% kandungan koko.. Kebetulan, saya memang lebih suka Dark Chocolate dr Milk Chocolate. Rasa klassik je makan dark chocolate. Hahaha... Dan pastikan juga coklat tu takde lemak tepu!!! Ingattt...

Coklat gelap ini mampu meningkatkan aliran darah serta melegakan arteri. Selain itu, mampu mengurangkan risiko strok dan serangan jantung.. Wahh,, hebatnyaa awak wahai coklat..💚💚💚





2. Bertih jagung (Pop Corn)

5b3e



Pop corn mempunyai serat yang tinggi dan ini sangat membantu dalam proses penghadaman kita. Sesetengah serat ini mampu mengeluarkan kolestrol yang melekat di dinding saluran darah, secara tidak langsung akan mengurangkan tahap kolestrol dalam tubuh kita. Siapa tak mahu?? Amalkan lah makan pop corn tapi dengan syarat jangan terlalu banyak perisa yang kita letak pada pop corn tu. Contoh macam butter, caramel, coklat.. Kalau nak berperisa, biar sikit-sikit je.. Rasa2 manja jee.. Haa.. gitu..😘😘


Ada lagi 3 snek yang berkhasiat yang kita boleh amalkan.. Boleh terus baca sini okayyy?? -Snek Sihat😉😉-

GIVEAWAY BY CERITERAIBU.BLOGSPOT.COM





Happy Anniversary Sis Dilah dan suami...:)

Saya nak tag

Kim Chaa
Seindah Cerita
Yaya Cendana
Mek

Duduk Atas Tar Sebab Datang Lambat!!



                 Lepas satu, satu viral kat Facebook ni.. Kali ni kes denda suruh duduk atas tar sebab datang lambat.. Rasa macam tak masuk akal je kalau itu pun nak persoalkan. Dulu, masa zaman sekolah.. Elok je kitorang berhimpun , duduk atas tar.. Rasa macam heaven sangat dah dapat duduk walaupun atas tar. Kalau kena berdiri lagi haru... T.T

               Kawasan sekolah kitorang tak lah besar mana sampai boleh susun kerusi dan duduk time perhimpunan.. Pelajar biasa duduk atas tar, pengawas pun duduk atas tar.. Kadang-kadang diorang kena berdiri sebab nak pantau student.. Elok je semua.. Takde pun parents nak mengadu apa.. Anak menteri pun ada jugak sekolah situ. Alhamdulillah takde pun dengar apa-apa komplen..Hahaha.. Manja sangat diorang sekarang..

              Rasa macam tak berapa boleh diterima akal , pasal hal macam tu pun nak report.. :( Kenangan paling best bila berhimpun dan duduk ats tar ni, kutip batu kecil-kecil.. pastu campak masuk dalam poket kawan kat depan.. Hahaha.. Bila bangun , poket berat.. >.< Tapi kena buat dekat kawan yang sekepala laa.. kalau yang tak boleh gurau, jangan sekali-kali cuba.. Kan kita pulak kena hempuk... Naya... :p


           Tetiba rindu pulak nak masuk sekolah.. T.T SMART dihati.. Siapa sekolah SMART Kuantan jugak dulu? Batch 2005-2009!! Angkat tangan...:D :D
Image result for smart kuantan


Nah, petikan dari HM.. 

Kuala Lumpur: "Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
"Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya.”
Itu ulasan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan, apabila dihubungi, malam tadi.
Dia berkata demikian selepas Harian Metro menunjukkan beberapa gambar kejadian pelajar duduk di atas jalan dalam kawasan sekolah, di Taman Tun Dr Ismail.
Semua gambar, petikan video dan ulasan pengetua SMK Taman Tun Dr Ismail mengenai perkara itu diterima Harian Metro daripada keluarga pelajar, kira-kira 6 petang, 7 November.
Waris pelajar yang meminta tidak disiarkan namanya berkata: “Saya lihat kejadian itu ketika hendak hantar anak untuk menduduki hari pertama SPM.
“Apabila saya tanya kenapa buat begitu kepada pelajar, pengetua itu menyatakan bahawa pelajar yang lewat terpaksa diasingkan daripada pelajar lain.
“Kata pengetua ini, memandangkan sekolah tidak cukup ruang ketika perhimpunan, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain duduk di atas jalan.
“Pengetua itu kata, mereka (pelajar) juga diarahkan supaya membawa plastik alas sekiranya lambat ke sekolah.
“Bila saya tanya tidakkah ada cara lain selain duduk atas jalan kerana pelajar memakai pakaian yang sama untuk bersolat, dikhuatiri terduduk atas najis dan sebagainya.
“Tapi, pengetua itu seolah-olah menyindir pula dan menjawab agar ibu bapa boleh menderma lebih 1,000 bangku untuk memastikan anak-anak dapat duduk atas bangku ketika perhimpunan,” katanya.
Dr Mohd Ali dalam ulasan tambahan menganggap tindakan itu sebagai agak keras dan tidak wajar dilakukan.
Beliau berkata, seharusnya pelajar diberi amaran terlebih dahulu dan bukan terus diperlakukan sedemikian.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyiasat segera perkara itu.
Katanya, kementerian memandang serius berhubung kejadian segelintir pelajar SMK Taman Tun Dr Ismail yang diarahkan duduk di atas jalan kerana lewat sampai ketika perhimpunan sekolah.
“Saya juga melihat pengetua sekolah ini tidak sewajarnya memberikan kenyataan mengikut perasaan. Perkara ini perlu diperhalusi," katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.
Menurutnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seharusnya mengadakan perbincangan berhubung perkara ini.
"Soal duduk di atas jalan tar perlu dilihat secara jelas bersama unit disiplin pihak sekolah terbabit,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2016 @ 12:02 AM

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

Random kindness yang paling aku ingat sekali masa join Kursus Keusahawanan. Masa itu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu menjana wang sebanyak mungkin dengan cara paling kreatif dengan berbekalkan modal RM 50 kalau tak salah. Oleh kerana satu kumpulan terdapat 8 orang, agak ramai untuk bergerak, Jadi kami pecahkan pula kepada 2 kumpulan kecil. 

Kumpulan kecil aku mengambil keputusan untuk menjual keropok dan juga air. Dengan cuaca panas, kami berjalan sekitar bandar Kemaman untuk menjaja air dan keropok kami. Ada lah dua tiga orang yang beli keropok tu. Mungkin diorang pun dah bosan makan keropok, mungkin beli sebab kasihan kan kami. Hahaha...
Dalam perjalanan, kami terjumpa dengan dua orang peminta sedekah. Masa itu kitorang memang tak dapat jual banyak. Jadi , duit tak banyak laa.. Ketua kumpulan aku pun gunakan duit itu untuk derma kat peminta sedekah tu. Masa tu dia cakap, "takpe, nanti adalah rezeki kita".. 

Tak lama lepas tu, kitorang teruskan perjalanan, dan terjumpa dengan sekumpulan pakcik teksi. Alhamdulillah.. Pakcik2 tu beli semua air yang kami jual. Siap bagi duit lebih lagi. Masa tu rasa macam , kagum sangat. Allah tunjuk terus ganjaran bila bersedekah. 


Walaupun kami tak menang, tapi kami dapat pengalaman dan kawan baru.. :D 
Rindu aihhh masa tu.. 

Itulah sahaja kisah random kindness saya.. btw ini IG saya : @hazrinaajer



 **Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blogwww.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016

Saya nak tag Awak!! :)
IG : @hazrinaajer

Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa



'Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel'.

Banner Shanghai Giveaway
Yang bertuah akan ditag..
Jack Archer
Penselduabee

Tunggakan PTPTN !!



               Tak tahu nak happy ke sedih... Happy mungkin sebab dah tamat belajar. Tapi sedih sebab tamat sekali pakej dengan hutang...Sobs..sobs.. T.T . Baru-baru ni scroll Fb, tengok ada kawan post. Surat pelepasan bayaran PTPTN sebab dapat result gempak. Bila tengok tu baru la nak menyesal. Kenapa tak study leklok dulu?? Kenapa dia boleh lepas? Kenapa? Kenapa? Haa..baru tahu nak menyesal. Dulu masa ada peluang tak nak buat bebetul...
Image result for ptptn logo
             Tamat belajar bulan 6 2015.. Start bayar PTPTN bulan 5 2016. Dekat setahun jugak baru start bayar. Bila bayar, tanya staff dia.. ada tunggakan ke tak? Ada rupanya.. Tak pasti macam mana diorang kira. Ada dia explain, tapi masih blurr.. :(  Bulan lepas pergi bayar lagi, tanya berapa banyak lagi tunggakannya.. Katanya ada lebih kurang 200.. Setiap bulan dah bayar 200 pun masih tak tunggakan..So, bulan ni, kita upkan sikit bayar 300.. Dan tanya staff lagi.. Akhirnyaa... setel tunggakan.!! Yeayyy.. So bulan depan kita bayar ikut rate yang di suruh je laa.. hahaha...

           Kesian dekat kawan-kawan yang masih belum mampu nak bayar.. Tunggakan bertimbun.. makin lama makin banyak.. Tak bayar, nama kena blacklist.. Saya ni pun bayar guna ihsan duit PAMA.. Anggur masih belum berbuah..Hmmm... Siapa boleh explain macam mana PTPTN kira tunggakan ni.. ?? Doakan saya mudah-mudahan dapat kerja dekat-dekat ni ye..