[BISNES] | ♫♫ Month End Sale!!! ♫♫

        Baru je lepas whatsapp dengan Mem besar Mazna Scarf.. Dia mood baik hari ini.. Dia bagi offer baikk punya untuk semuaa.. 

INSTANT SHAWL!!
3 SHAWL = RM100 (exc postage)


Boleh campur mana-mana jenis.. 
2 Rafailah + 1 Naira
@
2 Naira + 1 Rafailah
@
3 Rafailah
@
3 Naira
Campur mana-mana 3 pun tetap harga RM 100..



Warna-warna pilihan utk Naira Shawl





Warna-warna pilihan untuk Rafailah






INSTANT SHAWL

3 Shawl = RM100 
3 Shawl = RM100 
3 Shawl = RM100 
3 Shawl = RM100 

#postage | SM : RM7 , SS : RM10

Whatsapp : 013 3727808 (Hazrina)
Whatsapp : 013 3727808 (Hazrina)
Whatsapp : 013 3727808 (Hazrina)

[BISNES] | ✿✿ Mishall Shawl ✿✿



Latest design by Mazna Scarf.. Tolong kawan sambil tolong diri sendiri..
 Awak-awak, tak nak tolong saya??



🌸MISHALL Shawl🌸 
by MAZNA SCARF
 💖💖 
[Instant 2 loop]



💲💲 RM30 exc postage (Postage | SM: RM7 , SS: RM10)



🎨🎨 6 pilihan warna : Cordovan , Pale Yellow , Olive , Emerald Green , Magic Paint , Rackley



📲📲 WS : 013 3727 808 (Hazrina)










[BISNES] | ✿✿ Rafailah Shawl ✿✿

Lagi design dari Mazna Scarf.. 

بسم الله الرحمن الرحيم 😉😉

🌸RAFAILAH Shawl🌸
 by MAZNA SCARF 
💖💖 
[Instant 2 loop]



💲💲 RM40 exc postage (Postage | SM: RM7 , SS: RM10)



🎨🎨 3 pilihan warna : Russet , Medium Ruby , Marron



📲📲 WS : 013 3727 808 (Hazrina)







.

[BISNES] | ✿✿ Naira Shawl ✿✿



Hari ini, kita nak jual tudung murah murah saja.. 


🌸🌸NAIRA SHAWL🌸🌸
by Mazna Scarf
💖💖
[Instant 2 loop]


💲💲 RM35 exc postage (Postage | SM: RM7 , SS: RM10)


🎨🎨 4 pilihan warna : Black , Brown , Lavender, Grey


📲📲 WS : 013 3727 808 | 013 3727 8080 (Hazrina)













[KOREAN MOVIE] | Train to Busan

               Tengah malam buta ni tetiba nak update blog pulak.. Bukan apa.. Baru je lepas tengok cerita Train to Busan yang pemes tu orang share kat FB.. Hahaha.. Mula-mula macam tak nak tengok lagi sebab takut kononnya.. Zombi kan. Muka huduh. Berdarah-darah.. Hahaha.. Penakut betul.. T.T Gagahkan jugak hati tengok, sebab nak tahu apa yang best kan. Takde lah ketinggalan sangat kalau orang duduk cakap2 pasal ni.
             Permulaan cerita agak boring sikit. sebab tak kenal lagi watak-watak dalam ni.. Tapi dalam ni nampak la kesibukkan ayah dia sampaikan tak sempat nak hadiri majlis kat sekolah anak dia. Lepas tu, part bagi hadiah birthday pun sama. Ayah dia tak perasan bagi hadiah sama dengan tahun lepas. Tapi budak tu kena bersyukur, at least dapat jugak hadiah. Kita ni.. tak dapat pun hadiah masa birthday.. T.T
            Kemudian, time dah naik train. Ada penumpang yang mencurigakan. Penumpang lelaki tu, ku ingatkan dia dah terjangkit. Rupanya tak. Lama jugak hayat dia.. hehehe.. Lepas itu, keluar watak lelaki chubby tu dengan isteri dia. Nampak la caringnya dia kat isteri dia.. Sampai ada orang buat quote yang viral kat FB jugak.. Hahaha.. (kaki share ni). Sedih bila dia dah kena gigit dengan zombi. Kesian anak dia. Tak sempat jumpa ayahnya.. 
         Part paling geram dengan sorang pakcik tu. Pentingkan diri. Orang yang terselamat tak semua lagi dapat naik train. Dia dah suruh gerak. Lepas tu, orang terselamat nak masuk gerabak sama dengan dia, dia tak kasi. Kemudian, dia boleh pulak tolak budak perempuan high school tu biar kena gigit dgn zombi semata-mata untuk selamatkan diri dia. Part yang rasa menyampah, bila conductor train tu nak tolong dia, dia terselamat. Tapi bila conductor tu kena serang, dia tak tolong. Last sekali dia kena jugak. Padan muka..!! Puas hati...
         Akhir sekali, tengok sendiri laa kalau nak tahu.. Hehehe.. Ok nak tidur dlu. Selamat malam. Moga tak mimpi zombi..>.< 

[SPECIAL] | Happy Birthday Kawan

             5 tahun lepas mula berkenalan. Mula rapat, semakin dekat, bertambah gila-gila, lalu akrab tapi kini jarak memisahkan. Tapi hati tetap bersatu. Agak-agak boleh masuk pertandingan menulis cerpen tak dengan ayat macam tu? >.<
           Perkenalan tanpa sengaja yang Allah aturkan sangat cantik. Kampung Sri Fajar, Gambang menjadi saksi. Tapi maaf, tarikh tak ingat.. :( Mula tegur sikit sikit, lepas itu ditakdirkan sekelas pula. Jadi AJK program sesama. Kemudian, sama-sama ada masalah dengan roomate. Akhirnya duduk sebilik. Ada jugak gaduh tapi tak bertikan lidah. Orang sebut perang dingin. Tetiba tak tegur sama sendiri. Hahaha.. kalau kenang, kelakarnyaa... Tak matang sangat masa tu.. Hahaha... 
Ayuni, 
         Selamat hari lahir yang ke 24. Walaupun tarikh lahir ko lagi lambat dari aku, tapi sikap ko lagi matang, berani. Memang tak kena langsung dengan status ko sebagai anak bongsu tau. Biasanya, orang kata, anak bongsu ni manja tapi ko tak. Mungkin manja dengan bakal nanti kot.. kih3..¯\_(ツ)_/¯.. 
gambar throwback FB je ada.. HDD rosak, Gambar hilang.. T.T

        Bila dah sebilik, baru tahu perangai masing2.. dan memang sangat tabik laa tahap kebersihan ko. Tempat ko memang sangat bersih dan kemas. Walaupun tengah buat assignment, kemas je meja. Buku banyak pun tetap nampak macam teratur. Kalau balik kampung, ko mesti akan pastikan tempat ko kemas. So siapa usik, tahu laa.. Hahaha.. Tulisan pun kemas walaupun tengah nak cepat menyalin. Jeles taw.. Dengan tulisan font 12, Arial, Italic lagi..

       Pergi kelas, awal. Tapi rekod paling hebat ko pernah buat, datang exam EM lewat. Bukan 10 minit. Sejam kalau xsilap aku.. Kn? kn? Hahahaha.. Mimpi apa la ko masa tu sampai terlajak bangun.. hehehe ~(˘▾˘~) ~(˘▾˘)~ (~˘▾˘)~.. Masa tu kita tak sebilik lagi. Kita janji nak g exam sama. Tapi ko tak muncul2..Jadi ku pergi dulu.. Maaf ye..

       Bila dah jadi senior sikit (baca : 2nd year). Kita dapat duduk sebilik. Bilik berdua lagi. Tak mudah nak dapat tu.. Tapi rezeki kita..Hehehe.. masa itu katil double decker. Ko ats, aku bawah. Maaf jugak.. patutnya bagi kat ko katil bawah.(ʃ_⌣̀ )/||. Kesian ko kena panjat katil. Tapi takpe, ko kan budak ragbi. Mesti stamina kuat. Yeahh... Tahun tu, ko buat bisnes printing tak official.. Malam-malam minggu kita akan jalan-jalan sekitar UMP. Beli air kat Ina Shop (baca :kedai aku) , burger ke, cheezy wedges abang jus tu ,pastu mula lah berjalan dan melepak kat gazebo tepi Blok W tu. Tengok orang lalu lalang, berborak pasal masa depan, masa dulu. Tak lupa jugak sedikit sesi "anyam ketupat". Tengah malam baru balik bilik.. 


       Lepas itu, kita banyak join aktiviti sama-sama. Tapi ko lagi banyak laa.. sebab aku selalu jugak balik rumah. Tapi, tapi.. Kursus Pra Perkahwinan kita pergi . Sanggup tak balik sebab nak kahwin. Eh.. Nak pergi kursus.. Hahaha.. ┗(^0^)┓ Kita join Kayuh Kembara sama-sama. Afiqah pun join sekali. Kita pergi practice petang-petang. Berkayuh la kita dari UMP ke Taman Gelora. Gigih sangat. Hahaha.. Lepas tu jadi volunteer utk pertandingan bola keranjang. Sanggup balik awal dari cuti semata-mata nak tengok abang-abang tough.. Haha.. Bohong2.. Balik utk tolong sebelum pertandingan sebenar laaa.. Dah offer diri jadi volunteer. Kejadian paling aku ingat, terpecahkan pintu kaca C13... Hahaha.. Dah nak maghrib masa tu.. Pintu tersekat, Tarik kuat sikit, PRANGGG.. berkecai jatuh kaca tu.. Hahaha.. Sampai ada orang post kat FB cari si pelaku. Rasa macam penjenayah pulak. (σ‾▿‾)-σ

       
      Intern pulak lain kisahnyaa.. konon pakat nak cari tempat dekat dengan rumah. Senang. berulang dari rumah. Tapi sampai kesudah tak dapat. Rezeki tak de. Mintak tolong orang dalam. Dapat la kita tempat sama. Walaupun tak dapat gaji, ambil je laa.. Daripada grad lambat. Kan..Hahaha.. Dah la tak dapat gaji, lepas tu, bilik sewa pulak mahal. Tapi sebenarnya kita lupa, kita duduk tu planet Kerteh. Geng baju kuning ramai. Kita pun menyewa laa kat sebuah dorm dengan kapasiti 7 orang. Dalam 7 orang tu, sorang je bergaji. Tapi kita mampu makan lagi dengan bantuan pama & ptptn.. Berbekalkan seorang tukang masak, kita mampu makan sedap2. Siap boleh pergi picnic. Tu ta termasuk lagi dengan pergi jalan-jalan. Sejak dari situ tertubuhnya grup D7. Geng D7. Ada orang tanya D7 tu ape? Debab 7 ke? (∫˘▽˘)∫ 





            Jalan sama-sama. Pergi raya sama-sama.. Makan nasi dagang umah cik long aku sama-sama.. Kita da macam satu keluarga kecil yang adik beradik semua perempuan.. Nampak macam bahagiaaa sangat kan.. Hahaha

         Habis intern, kita buat PSM pulak sama-sama. SV sama. Tajuk sama. Material je lain. Pergi cari sample kat LKPP sama-sama. Pergi lab pun kadang-kadang sama-sama.. Tapi ko rajin lagi laa.. Hahaha.. Selalu pergi.. Aku pergi jugak.. tapi kerja tak buat sangat. Asyik berborak jee.. -_- Kalau jumpa SV, ko nampak macam amat berpengetahuan. Memang berpengetahuan pun kan.. SV tanya, ko boleh jawab. Kdg-kdg ada jugak tak dapat jwb.. Hahaha.. Normal la tu.. SV pun setegheh dapat ank buah macam kita agaknya. Tp SV kitorang baik, dah la baik, comel, lemah lembut. Siap bagi A lg utk PSM. Ni la membuatkan kami sayangg ketat-ketat dgn Dr Suriyati.. ♥(ˆ⌣ˆԅ)


        Nampak macam dah panjang sangat je entry ni kan.. So ini la gambar selfie kita yang terakhir sebelum kita berpisah lepas majlis konvo.. :D btw, Selamat Hari Lahir sekali lagi.. 


♥(ˆ⌣ˆԅ) Semoga berjaya mencapai cita-cita
♥(ˆ⌣ˆԅ) Semoga terus menjadi seorang yang pembersih 
♥(ˆ⌣ˆԅ) Semoga jadi ibu saudara yang penyayang. Jangan garang2 sangat..
♥(ˆ⌣ˆԅ) Semoga menjadi ank, adik, kakak dan muslimah yang solehah.
♥(ˆ⌣ˆԅ) Semoga dikurniakan jodoh terbaik.. 






# maaf sebab tak lewat wish..
# 2 jam ambil masa tulis entry ni
# gambar ikhsan dari insta @hazrinaajer.. hahaha



TIPS : Set Pages on Startup di Google Chrome




                 Hari itu ada orang tanya, "kenapa bila bukak browser Google Chrome, tak keluar sama macam mu punya?" Haa.. sudah.. macam mana? macam mana?  Meh baca sini.. kita share ilmu sikit..



1. Buka browser anda yakni Google Chrome. Kemudian, cari Setting.


Nampak tak ada 3 titik bertindih di hujung sebelah kanan anda? Klik situ..

2. Bila dah klik pada Setting, pergi ke on Startup


3. Pilih Open a specific page or set of pages. Kemudian dia akan suruh kita masukkan URL page yang kita nak set. Kalau nak set Facebook ke Blog ke.. boleh saja. Masukkan URL. Klik OK!


Kalau nak tahu berjaya ke tidak, tutup browser dan bukak semula. Kalau set banyak page, banyak la tab terbuka..:D


#kalau baik hati, jemput la klik la sini.. >>>