SME Internship Programme



             Minggu baru, sem baru dan azam juga baru... Hahaha.. Hopefully semua berjalan lancar... :D
Ni nak citer.. Hari tu kan... Saya ada la pergi satu interview untuk program under Pusat Keusahawanan...
Saya pun tak tahu mana la datang keberanian saya untuk pergi interview ni.. Biasanya, kalau bab nak kena interview ni memang saya akan elak.. Takut la.. Tak berani laa.. Kecut perut laa.. Macam2 la rasa... 

            Nak dipendekkan cerita, aku dan beberapa orang sahabat aku terpilih... So dalam ramai2 tu, kitorg di bahagikan kepada beberapa grOup.. Aku telah mendapat syarikat Faza Andaman. sebuah syarikat ala2 butik untuk pengantin laa.. Haisyyy.. Blank aku apa nak buat kat situ nnt.. Nak mengandam orang.. Haisyhhh Memang hampeh laa... Buat gubahan bunga.. Ubah tempat duduk reti laa.. :p

           Setiap kumpulan perlu mencari apa kelemahan dan kelebihan syarikat tersebut dan mencari cara terbaik untuk meningkatkan "market" dan "profit" syarikat tersebut.. Semestinya, kami perlu membentangkan apa yang telah kami lakukan dan impak kepada syarikat tersebut... Program yang dikenali sebagai SME Internship Programme akan bermula pada bulan 3 nanti.. 

           Ingin tahu apa yang kami semua lakukan?? Nantikan entri akan datang.. 




#kalau nak jengah2 syarikat yang saya akan intern nanti.. bOleh tengOk sini....---->  FAZA


gambar hiasan #weddingsedarasaya

Lucky Giveaway by Tisya & FD


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :-
Beg laptop & dress by Yumida | Keychain handbag 3D by Batrisyia | Bookmark 4Rabia by Iman Zakaria | Tudung by Karimah | Topup RM10 by Arrien | Topup RM10 x 3 by Waney | Printed Shawl by Adriana Azam | Topup RM5 by Darlina | Preloved Novel by FD | Topup RM5 x 5 by Shad | Topup RM5 x 2 by Iza Arina

Lucky Giveaway ditaja oleh Batrisyia, Fatin Diana, Yumida, Iman Zakaria, Karimah, Arrien, Waney, Adriana, Darlina, Shadira, dan Iza Arina.


Tamat 25 Februari 2014, 10 Malam.


#KDUContest - Kau Ditakdirkan Untukku Cover Song






#5 Wordless Wednesday


    
             Siapa saya?? Saya Hazrina... Ye.. Saya hebat.. Saya boleh..Orang lain boleh, saya juga pasti boleh... Yakin akan kebolehan diri..!! Ayuh3.. Bangkit dari kegagalan semalam... 



Strive for Success...!!


TIPS : Memisahkan page untuk file pdf




Baru-baru ini semua pakat sibuk nak apply internship..
 Maklumlah dah jadi budak 3rd year kan... Hehe..
Masalahnya sekarang, file pdf yang pihak U bagi tu telah dicompilekan dengan nama student lain jugak..
So, kita kena pisahkan untuk ambil page yang ada nama kita je... Ye dop?
 Ada orang yang print page yang ada nama mereka dan scan semula...
Kalau jenis yang takde scanner camne?? Haa.. Ni ada cara lagi mudah...


1. Pergi ke page ----> BULLZIP.. Download setup kat situ..



2. Siap download, boleh la anda semua install dalam laptop @ pc masing2.. 

3. Buka pdf file anda dan kenal pasti page yang anda mahukan...



Ni contoh saya punya.. >.< page 770..


4. Sekarang, klik pada icon Print @ gunakan fungsi CTRL + P untuk print... Nanti dia akan keluar window baru.. *alaa..macam kita nak print bese tu laa..*


5. Kemudian, tukarkan kat bahagian Printer kepada Bullzip PDF Printer seperti yang ditunjukkan... Dan page yang anda inginkan... :D

6. Setel tukar semua tu, klik Print... So dia akn process dan akan keluar satu window baru seperti dibawah...


Haa.. Dekat file name tu boleh la tukarkan nak letak nama apa...  ^_^ Akhir sekali tekan Save... 


Jeng Jeng Jeng.. Inilah hasilnya...




Selamat Mencuba.. :)

Satu Hari di Hari Jumaat




            Woot.. Woot.. Sudah lama bercuti.. Kini masanya untuk kembali ke alam nyata.. Bermula la sesi baru untuk saya...sebagai pelajar tahun 3 setengah.. Hahaha.. Kenapa ada setengah? Sebab ini sem kedua.. Maknanya dah lepas setengah sem.. >.< Bukan pasal belajar yang saya nak bagitahu ni..Ini pasal kejadian yang terjadi kepada dua orang kawan saya.. 

         Kisahnya bermula di hari Jumaat.. Kisah dua gadis sunti yang ingin ke bandar untuk membeli kelengkapan harian spt bla bla bla...~ Tak perlu nak mention apa barang yang ingin dibeli mereka.. Perjalanan bermula pada jam 10 pagi mengikut rancangan mereka.. Saya tidak begitu pasti kerana saya tidak bersama mereka untuk keluar.. Saya mempunyai rancangan lain bersama keluarga.. 

         Pada mulanya, segala berjalan dengan sempurna sekali.. Kemudian mereka menghubungi saya kerana tidak tahu arah.. Ye saya faham.. Mereka tidak biasa dengan jalan Kuantan walaupun sudah 3 tahun lebih menjadi anak angkat negeri Pahang. Hehehe..Saya pun sebagai anak Pahang celop (Phg+Tganu) bukan la begitu arif.. Tapi masih tahu la jalan2 disini.. Haaa.. Cuma kalau orang tanya kat mana tempat makan yang sedap.. Sorryy.. itu soklan saya tak boleh jawab.. Nak wat camne.. Family saya suka makan kat rumah.. Saya pun dah terbiasa makan masakan dari rumah.. Jadi tak tahu la kedai2 makan yang sedap lazat berkhasiat niii...
sapa tahu ni kat mne?? hihihi

            Alamakk.. dah terover cerita nii.. Hehehe..Setelah dua tiga kali panggilan dibuat untuk bertanyakan arah jalan, tetiba saya mendapat panggilan yang agak2 kecemasan.. Mereka excident..Hoh.. Bila dengar excident, macam2 la pikir kan.. Kete rosak ke?? Kawan saya tu injured x?? Alhamdulillah..Masa tu ayah saya ada kat rumah.. So ayah saya tolong la hantarkan saya ke sana.. Hari Jumaat jalan jem.. Takut jugak nak drive kete manual nii.. hahaha.. Perempuan la katekan.. Auto jadi pilihan hati.. :p

Nampak tak kemek tu.. 

              Sampai je saya ke sana bersama ayah dan adik saya yang sebuk nak ikut jugak, saya tengok mereka berdua duk diam je dalam kete.. Hoho.. Takut la tuu.. Kalau saya pun mesti takut jugak.. Ye la kan.. Pertama kali excident.. Sape tak cuak.. Lepas tanya keadaan diorg, saya pun tolong la bawakkan kereta mereka pulang ke ump.. Kesian pulak kat diorang.. Lain rancang, lain jadinya... Hoho.. pabila sampai je ke ump, tuan kereta dah menunggu.. Eh2.. sekali tengok tuan kereta tu macam kawan saya, Afif.. Haha.. Tapi tak tahu la pulak name tuan kete tu ape.. Mungkin Alif, xpun Arif..Hahaha..Memandai je buat assumption name org kan... 

           Nampak gaya, tuan kereta tu macam jenis baik hati.. Eh.. nampak je macam baik hati.. dalam hati sapa tahu.. ye dOp?? Hehe.. Pape pun, kalau kawan saya tu terbaca la entri saya yang super duper panjang ni, saya harap dia tabah dan tak fobia nak drive.. Hehe.. Saya pernah jugak xcident, tapi langgar tahi lembu laa.. Marah jugak la saya kat lembu tu.. Awat la berak merata.. Hoho... 

Haa.. mungkin kena letak signboard ni kat jalan...:p
Opsss.. kena tido dah ni.. 
Selamat Malam.. =)

Kisah Pokok Kari



          Kalau Pak Menteri sibuk dengan kisah kangkung, aku pulak membawa kisah pokok kari.. Hehe.. Kisah ini langsung tidak bersangkut paut dengan politik apatah lagi pemerintahan negara.. Ini hanya cerita picisan yang aku karangkan daripada pengalaman sebenar.. Cewah.. Ayat konon-konon bombastik..:p
Alkisah bermula, di sebuah kawasan perumahan yang aku selesa namakan Taman Oyeah Oyeah...Nak dijadikan cerita ada sebuah keluarga yang ingin berpindah rumah.. Keluarga tersebut merupakan keluarga yang dilahirkan dengan traits Green Thumb.. *pengaruh game the sims* Jadi, mereka adalah menanam beberapa jenis pokok yang boleh digunakan untuk memasak; pokok kari, limau purut, kaduk dsb..
               Dalam kawasan perumahan itu, ada seorang yang jenis tidak suka membazir.. Jadi apa yang orang tinggalkan semasa berpindah dia akan tolong "bersihkan". Orang ini saya namakan sebagai Cik NotNot.. Dia ada seorang jiran yang berbeza perwatakkan dengannya.. Saya namakan orang itu sebagai Cik YesYes.. Cik YesYes bukanlah seorang yang tidak suka membazir seperti Cik NotNot.. Tapi ntah mengapa, mungkin Allah nak uji Cik YesYes punya keimanan.. 
Cik NotNot : "Eh, tu haa.. pokok kari orang tu tanam elok je subur.. dia tinggal je tu.. jom pergi amek" 
credit google
Cik YesYes : " boleh ke nak amek? Dia takmboh doh ke? Kam ye mari nop amek plop gane?"


Cik NotNot : " dia tak nak dah tu.. jom la pergi..bawak bekas sekali.. boleh ambik pasir"


Dengan tak semena-mena, Cik YesYes terus mengambil apa yang dikatakan oleh Cik NotNot..Dan melulu menuju ke rumah yang baru ditinggalkan..


Cik YesYes : "saya amek hop kecik ni je la deh.."


Cik NotNot : "ambik je la yang ni (sederhana besar).. biar saya amek yg besar ni"


Cik YesYes : "hmm.. ok.. tp amek banyok2 pun bukan nop wat jus daun kari.. guna selai due jee"


Cik NotNot : "alaaa.. amik je laaa.."


Tak lama selepas itu, Allah nak tunjukkan yang ambil barang orang tanpa izin ini salah.. Si tuan rumah itu datang pulak dengan tujuan untuk mengambil pokok2 nya untuk ditanam di rumah baharu. Tapi hasrat mereka hampa kerana pokok idaman mereka sudah lenyap.. Lenyap dari pandangan.. Dan mereka terus pulang dengan penuh kehampaan.. Kebetulan lagi, Cik YesYes memerhatikan segala panorama yang berlaku.. Perasaan bersalah menyelubunginya.. Nak mengaku dah rasa malu, tambahan lagi nanti mungkin akan mengeruhkan keadaan dengan Cik NotNot.. 
Jadi, Cik YesYes mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja pokok kari itu.. Dia bercadang untuk memulangkan kembali pokok itu kepada tuannya...
Moral of the story: Jangan sesekali ambil barang orang w/o permission.. Nanti kita jugak yang susah.. 
#Stay Cute, Maintain Comey...

MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG






Woot.. Woot... Happy Birthday Tengkubutang...!! Even lambat lagi, saya still nak wish.. Hehe.. =)

"Segmen : Paly ajak korang baca entri ini !"




Ini segmen yang super duper simple.. Tak perlu nak tag orang mahupun tag sponsor ramai2..
Cukup sekadar letak bannet dan backlink kan ke entri beliau...
Apa lagi.. Moh le join.. =)


1ST GIVEAWAY BY FARIS YAHANI .





Okayy... Nampak tak?? GA ni... GA.. 
Tak mau join ke?? Haisyhhh.. Rugi taw.. Hadiah2 menarik... 
Kalau orang tanya nak hadiah apa... Saya mesti pilih cute keychain tuu...
Hehe.. Mesti cute...>.<


HADIAH - HADIAH
TOP REFERRAL  - BB Cream - Shawl
CABUTAN BERTUAH   - Topup RM5x2                                 
  - Cute Keychainx5
        - Edit & Review Blogx5
    - Dan Lain - Lain . 

TEMPOH GIVEAWAY
2 Februari 2014 - 16 Februari  2014



Apa tunggu lagi?? Cepat joinnn..!!

Diam Diam Ubi Berisi, Diam Diam Besi Berkarat..




     Morning peeps..=) Pagi yang hectic yawww.. Bangun lewat dari sangkaan.. T.T Padahal pagi ni ada Kursus Green Card.. Green Card tu apa?? Kad Hijau laa.. Hahaha... Ekceli saya pun tak tahu apa function green card.. Tapi tak pe.. Lepas ni, after kursus pasti saya tahu dan faham apa itu green card dan benefit bila ada card tuu.. So, lepas ni saya akan share apa yang saya belajar dari kursus...Untuk pagi ini, bukan pasal Green Card ingin saya luahkan.. Hehe..

        
credit google

     Seperti yang pernah diberitahu sebelum ini, aku seorang yang pendiam dan pemalu.. Mak aku cakap aku ni 'slow motion'... Hahaha.. Takpe2.. Ku terima seadanya.. Biasanya time cuti, aku hanya terperap di rumah... Keluar pun kalau p amik adik kat sekolah dan jalan2 ngan family. Tapi kali ini cuti agak berbeza.. 
Cuti baru ni, aku terpaksa balik UMP awal.. Kerana perlu menghadiri Kem Hala Tuju CHEST.. Alaa.. Kem pemantapan untuk MT & Exco Chest.. 

       Hal itu membuatkan jiran ku bertanya.. So mak aku pun bagitahu laa.. Jiran aku tu macam tak caya.. 

Mak aku citer, jiran aku cakap

 "eh, nampak gitu2 jee.. tapi boleh pegang jawatan tinggi2"

Mak aku reply

" anak kita bukan jenis macam anak orang tu, anak kita slow motion jee"

Aku reply dalam hati,

"haa.. betul la tu.. kih3.. "



           Nampak tak?? Entri ni just nak tunjukkan tak semestinya orang yang nampak lembap, slow n pemalu tak boleh nak menonjolkan.. Tak perlu gosip murahan untuk jadi pemes... Duk diam2 sudah.. Asalkan kerja tip top...^_^