Fanatik Zizan Razak..!!



          Zizan Razak...!! Boleh katakan semua kenal dia.. Sekarang zaman kepopularan dia..Baru2 ni filem KL Zombi dia berlakOn sebagai watak utama (Nipis).. Lagu baru dia ngan Kaka #infiniticinta..memang meletOps2 uollss.. rumet i menyanyi2 lagu dia... 

  


                  Berbekalkan aset yang dia ada, dia mampu pergi lebih jaOh.. Cewah.. Macam pengulas hiburan lak.. Sebab ke"pemes"an dia, sepupu aku ni memang minat giler kat dia..Sampai kan dalam handphOne dia mOstly gambar zizan.. Lagi satu, dia pernah citer kat aku, yang dia selalu kOl zizan bOrak2.. Hmmm.. Kadang2 cam susah nak caya.. hahaha... Lupa pulak aku nak mintak nO zizan tu kat dia.. Kot2 blh kOl jugak.. hahaha.. >.< Bukan itu saje, twitter dia pun guna nama zizan... @sayangzizan... Wow.. memang minat sangat nii.. Aku pun xde sampai tahap tuu...Tapi mana la tahu kan, minat2 dia nanti tukar jadi jOdoh.. Dapat sepupu ipar baru.. Hahaha.. Abang ipar memang xlaa.. aku bukan ada kakak.. hOho...



peace yaww... XD




Happy Birthday..

25 Oktober 2013..
            Hari genaplah umOr si "itik" tu 25 tahun.. Ntah dia ingat ke tak besday dia ari ni... Haha.. Nak buat cmne.. Da tua kan.. Nyanyuk nyer melampau2.. Naseb baik dia ingat lagi nama sendiri.. Malas nak wish persOnally kat dia.. Tulis kat sini je laa.. Lagipun dia bukan kesah sangat pun orang wish ke tak.. Since dia sendiri pun xingat...
           Bagi dia, tu semua tak penting pun.. Aisyhh.. Tak patut betul aku rasa.. Bagi aku birthday ni la penting.. Menandakan kita da semakin matang dan selangkah lebih dekat dengan kematian.. So, tingkatkan amalan yang baik.. Bukan makin tua, makin perangai macam budak2.. Kan?? Untuk melindungi privacy, aku  xbOleh mentiOn nama dia kat sini.. Cukup la dengan gelaran yang aku bagi.. Dan tu pun gelaran yang dia tak suka.. Kuang3.. Kesah pulak aku ko suka ke tak... 
         Ucapan aku.. SemOga dia cepat2 berubah... Banyakkan ibadah... Hidup sentiasa diberkati Allah...:D

#listening to SAY YES..!!

Kelebihan Bangun Pagi...



            Pepagi yang ceria ni.. Marilah kita mulakan dengan penuh semangat...Bukan bermalas2an.. Bukan tidur sampai tak ingat dunia.. Kan?? Hehe.. Bangun awal.. Mandi.. Solat subuh bagi yang muslim.. Baca sepotong ayat Quran (kalau nak baca lebih lagi bagus) :D Banyak kelebihan kalau bangun awal.. 

Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal.

Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”

Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

“‘Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang beraqal.”

Dan dalam hadith: “Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi” Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya.

Disebutkan ulama’ bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam untuk qiyam dsb.

Rezeki ialah harta atau apa-apa yang dikurniakan oleh Allah swt dan dapat dimanfaatkan manusia secara baik. Pengertian rezeki sebenarnya bukan sahaja berupa harta. Apa-apa sahaja yang disedekahkan kepada makhluk Allah adalah rezeki.

Orang yang mendapat rezeki yang banyak dan mudah disebut murah rezeki. Murah rezeki yang halal itulah harapan dan hasrat setiap orang yang mengharap keredhaan Allah swt

 
         Mak aku selalu pesan.. Bangun awal pagi.. Masa tu la otak kita cerdas.. Udara pun segar.. nak belajar pun semangat.. :D Lagi satu dia pesan.. Jangan lupa baca Quran.. Ingat Allah selalu.. Contoh macam sepupu aku.. Dia memang tak miss untuk baca Quran.. Itu salah satu tips kejayaan dia.. Sekarang dia da keje ngan PETRONAS , sama seperti apa yang dia nak.. Aku cuba untuk mengikut jejak langkah dia.. :)


Pengalaman Ambil Lesen..



             Semalam... tengah scroll2 FB.. ternampak ada sorang kawan pOst pasal dia baru lulus test JPJ... Hoho.. Tetiba rasa nak story pasal pengalaman aku dulu.. Aku ambil lesen lepas abes SPM.. Kire2 dalam bulan Mac 2010.. Dua tiga minggu sebelum dapat result SPM.. Wee.. Agak lambat jugak la tu kan.. Patut nya bulan 12 tu da boleh start..Tapi sebab aku amek berdua, so tunggu kawan ak ready dulu laa...Kawan aku, Nadhirah merupakan kenalan aku dari sekOlah rendah dan merangkap jiran setaman dengan ku.. So agak rapat.. Tapi sekarang, masing2 ada kehidupan sendiri, agak jarang berhubung mahupun bertemu..Memandangkan sekarang dia melanjutkan pelajaran ke UNITEN Muadzam dan aku pula di UMP Gambang..:D


          
yang duduk paling tinggi tu la dia.. haha

               KitOrang ambik lesen kete jee.. Memandangkan ayah dia menentang keras dia untuk mengambil lesen moto...-.-'... Seperti orang lain jugak.. kitOrang kena menghadiri kursus seharian dan ada test untuk buta mata warna..Alhamdulillah lulus.. Then ada test berkOmputer.. Memandangkan kami memang takde keje sangat, sO kami pergi ke pusat latihan tu untuk praktis buat latihan berkOmputer tu.. Kakak dia yang hantar.. Dan sekali lagi kami lulus..Syukur.. Cuma markah dia lebih satu dari ak.. Dush3..


              Lepas tu, kena la praktis bawak kete pulak kan.. Kami di ajar oleh En,Razak.. (err.. xpasti sebenarnya nama dia..).. Kami panggil dia Pok Jak.. Aucak..!! Hahaha... Maaf.. Kami memang ibarat kain putih yang amat suci.. Kami tak pernah bawak kereta tanpa lesen.. Cewah.. Maknanya pok jak memang kena ajar kami dari basic sebasic2 nyaa... Haha.. Oleh kerana debaran pertama kali bawak, kawan aku tu pun pass kat aku.. Suh aku yang try dulu.. Oke2.. I xkesah uolss.. (dalam hati siapa tahu..>.<) Nak dipendekkan cerita, bila kami da mahir sket dan diajar basic utk 3 penjuru, bukit dan parking..Pok jak biarkan kami berdua merajai kereta tersebut.. haha..


          Masa test saringan sebelum bertemu dengan Pak JPJ sebenar.. kami ditest oleh staff disitu.. Nama dia Yahya Halim.. Berjam2 kami tunggu.. Dan aku merupakan orang kedua terakhir sebelum tamat sesi hari itu.. Haisyhhh.. Sabar je laa..Masa tu aku rasa bedebar2 giler nak bawak.. Ye laa.. Da la petang2.. Semua pakat2 nak balik keje.. Masa aku buat latihan pun, aku kena time petang gak.. Ape la naseb..


Aku : "Petang2 doh ni.. Jalan sibuk"

Pengetest : "Dakpe.. baru la extreme.."

Aku : "=.='"


              Balik dari test saringan tu, aku tanya lagi Pok Ya tu... Banyak cakap pulak kan...

Aku : "Eh, gane boleh lulus ni?? Rase cam teruk je bawok takdi"

Pengetest : "Ni sebab ayah awop"

Aku : Terdiam....Sambil berfikir...


            Ingatkan ayah aku dah pesan kat dia suh bagi lulus.. Pelik jugak.. Camne ayah aku bOleh kenal... Bila di teliti semula.. Ceh.. rupanya2 sebab nama ayah dia sama ngan ayah aku.. Haha.. Boleh pulak dia main2 ngan aku..XD 


29 April 2010... Hari penentuan buat aku ngan kawan aku..TEST JPJ.. Paling di geruni.. Paling mendebarkan..Takut tak lulus.. Hoho..Kami bermula dengan test bukit.. Yeay.. Lulus.. Naseb baik JPJ tu xgarang sangat..

JPJ Bukit : "Kalau boleh saya nak tolong awak semua bagi lulus, tapi awak kena la buat betul2"

Aku & Kawanku : "Okayyyy!!!"

Lepas bukit setel, tunggu untuk 3 penjuru dan parking lak.. Kali ini kawan aku kena dulu...Alhamdulillah dia lulus.. Setelah lama tunggu, aku pula kena panggil... JPJ Parking siap cakap lagi..

JPJ Parking : " Kawan awak da lulus, awak buat molep2 plop"

Aku : "Beres2.. Bagi lulus terus je laa..Hahaha"


            Yeay.. One mOre time.. kami berdua lulus.. Nak dijadikan cerita, baru je duduk kejap, nama aku dipanggil sekali lagi.. Eh.. dah kenapa ni...?? Rupanya2 aku kena buat test jalan raya pulak.. Eh.. td kawan aku dulu.. Nape skarang aku pulak kena?? Xadil ni.. Baru nak g beli air..:p Bila ingatkan kisah ni aku gelak sensorang... Biasanya kami berlatih guna kete sama iaitu kete kancil pok jak kaler putih.. Masa test tu, aku dapat kete viva.. Haha.. Menggagau cari lubang kunci.. Dengan debOr2 ni haa, mengendap situ sini.. Hoho.. 
Nasib baek pak polisi belOm masuk..


Dan.. akhirnya...KAMI berdua LULUS...!! Kami pemegang lesen P selama dua tahun.. Dan kini kami merupakan pemegang "LESEN BESAR".. Tidak perlukan P lagi.. Haha... Walaubagaimana pun, bagi ayah aku, sebesar mana pun lesen ak, besar lagi lesen dia.. haha.. So, pepaham je laa..:p 



Tutorial : Timbang Berat Blog



Halo.. Guten Tag..:D
Da lama tak berkongsi tutorial pasal blog ni..
Hari ini kita belajar macam mana nak tahu berat blog..
Makin berat blog, makin lambat la loading nya..


1. Pergi kat SINI..

2. Masukkan domain / URL blog anda diruangan yang disediakan...
(cth: http://shidasitusini.blogspot.com)

3. Laju2 tekan button Check! Nanti dia akan keluar berapa lama masa yang diambil untuk loading kan blog anda..:D


Ini contoh blog saya yang telah ditimbang..Anda juga boleh mencuba.. Cekidoutt...

Finally...



22 October 2013

           Berita baik..!! Adik da discharge dari wad.. Oyeah..!! Selamat duit aku dari kena belanja pizza.. Kui3... Malahan dapat pulak RM 10... Saya shuker saya shuker... Hik3.. Harap2 lepas ni adik aku bertambah2 sihat... Hoho.. 



       Sorry la xdapat nak belanja pizza sebab na menang..!!! yeayyy.. Lompat tinggi2 sampai Kota Tinggi...XD

Alhamdulillah...



21 Oktober 2013

        Setelah berhari2 adik aku menjadi penghuni kamar 216-2 , Kuantan Specialist Hospital kerana demam yang kuat, akhirnya adik aku hampir sembuh... Kalau sebelum ini, bercakap pun dia malas.. Makan pun takde selera.. Tapi tadi aku tepOn nak tanya khabar, dia da bercakap.. baru je sihat dah ngader2.. Hoho..

Hari pertama masuk.. Masih boleh tersenyum bila ambil gambar..

Sampai bengkak da tangan asyik kena masuk air jee.. (NaCl)


          Tadi masa mesej mak aku, boleh pulak suh main teka2 bila adik aku boleh keluar wad..


Na : "Bile adik blh kuar??

Emak: "Teka bla"

Na: "Esok kan??

Emak: "Kalu btul, rm 10"

Na" Kalau betOl dpt pizza, hahaha"

Emak: " Doh teka la bile"

Na: "Na teka esok XD"

Emak: "Jawapan dalam surat kabo sinar esOk"

Na: " Eleh nawOp ngat.. hahaha"


       So, sekarang aku hanya perlu menunggu khabar dari sana.. Bgtahu adik aku boleh keluar ke tak lagi dari wad esok...Kalau menang dapat RM 10... Kalau kalah kena belanja pizza... 

sama tak kami?? beza cuma ak lebih chubby.. muahahha..

Lumbar Puncture

19 October 2013
        Hari keempat adik aku ditahan masuk wad.. Saban hari, aku pasti bertanya tentang perkembangan adik aku.. Walaupun aku tak dapat nak melawat dia di hospital, aku perlu tahu keadaan dia.. Menurut mak aku, hari ini adik aku masih tak sihat lagi.. Mak cakap lagi, adik aku mengamuk sebab ada gangguan.. Kesian kat diaa..Dan yang paling kesian, mak aku cakap doktor nak ambil air tulang belakang diaa..
Tapi mak aku tak bersetuju...
       So aku google la cari tahu pasal bende alah ni...so, inilah hasil nya...:
Secara  saintifik ia dikenali sebagai Cerebrospinal fluid (CSF). Cecair berwarna jernih ini beredar ke seluruh sistem saraf tengah. Air tulang belakang adalah sejenis protein yang terletak di antara otak dan tengkorak. Ia memiliki dua kelebihan pada sistem saraf tengah. Dari sudut peredarannya, ia menghantar nutrisi kepada struktur sistem saraf. Ia juga menyingkirkan bahan buangan daripada otak dan tulang belakang selain menyahtoksik persekitaran sistem saraf.
Air tulang belakang juga bertindak menyerap goncangan. Ia melindungi otak dan tulang belakang daripada trauma disebabkan pergerakan, misalnya jatuh. Secara purata, manusia menghasilkan air tulang belakang sekitar 0.3 ke 0.4 mililiter setiap minit. Tetapi setiap kali dihasilkan, ia akan terserap ke dalam sistem badan. Jika penghasilannya tidak diserap, seseorang itu akan berhadapan masalah kepala besar berair dikenali sebagai hydrocephalus.
“Air tulang belakang yang normal berwarna jernih tetapi akan bertukar warna dan tidak mustahil menjadi pekat kekuningan jika berlaku jangkitan pada otak dan urat saraf. Analisis ke atas tahap protein, gula, sel darah putih dan merah, kultur untuk kuman, mikroskopi dan beberapa ujian lain boleh memberitahu maklumat tepat penyakit urat saraf. Penyakit yang biasa terjadi di otak dan selaput otak adalah meningitis dan encephalitis (radang otak) selain masalah urat saraf lain yang tiada kena-mengena dengan jangkitan. Tetapi prosedur lumbar puncture tidak boleh dibuat jika berlaku tumor pada otak atau pendarahan di otak.
Hanya beberapa titis air tulang belakang saja diambil. Biasanya prosedur itu membabitkan bahagian bawah ruas tulang belakang di antara L3 dan L4. Urat saraf tunjang berakhir pada ruas tulang pinggang L1 atau L2. Justeru lumbar puncture tidak menyebabkan penusukan jarum ke tulang atau saraf penting yang boleh menyebabkan kanak-kanak itu cacat. Disebabkan bahagian antara ruas itu hanya urat saraf kecil, apabila jarum dimasukkan, saraf secara automatik akan ketepi.
Prosedur lumbar puncture ini mengambil masa kurang lima minit. Ia sepatutnya tidak memberi sebarang kesan pada pesakit, jika dilakukan dengan langkah berjaga-jaga. Justeru, ada beberapa langkah perlu diambil kira sebelum lumbar puncture dibuat;
a) Tiada tekanan tinggi dalam otak
b) Tiada pendarahan dalam otak
c) Kulit di bahagian yang bakal dibuat lumbar puncture bebas dari sebarang jangkitan.
d) Tiada tumor dalam otak yang boleh meningkatkan tekanan dalam otak. Jarum yang diguna halus dan kecil.
Tiada had usia untuk memulakan prosedur lumbar puncture. Bayi yang baru beberapa hari dilahirkan pun boleh melalui lumbar puncture.
Tetapi jika pesakit itu tidak stabil, prosedur ini tidak akan dilakukan. Bagi kanak-kanak, jika ubun-ubunnya masih lembik prosedur itu selamat. Bagi kanak-kanak yang ubun-ubunnya sudah keras, imbasan CT mungkin perlu dibuat. Tetapi jika kemungkinan meningitis yang tinggi, pesakit akan dimulakan dengan antibiotik dulu diikuti dengan lumbar puncture.
Sumber: Berita Harian 8.4.2007


      Ape2 pun aku harap dia cepat2 sihat..  Dia sorang je adik yang aku ada.. Takde ganti lain daa.. Rasa cam nak pergi sane teman dia jee skrg..:(

Adik..!!



     Bangun pagi awal, otak cerdas...Boleh la menulis kat blog yang tak seberapa ni...Kali ini aku nak coretkan pasal adik aku..Adik aku yang mane??? Adik aku ada sorg jee... Yang tu la disayang2, yang tu jugak bergaduh2...Da nama pun adik beradik kan.. Gaduh2 tu bese laa.. Resam kehidupan adik beradik.. Haahaha...


16 Oktober 2013...

       Adik aku ditahan di wad KSH kerana demam yang tinggi..Demam merupakan perkara biasa bagi dia.. Kejap sehat, kejap demam.. Tapi kali ini demam dia agak teruk, muntah berkali2, dan yang paling teruk kesan gigitan nyamuk bertukar jadi lebam setelah menggunakan ubat yang doc kat klinik tu bagi..Sepanjang beberapa hari ini, mak dan ayah aku bergilir2 jaga diaa..Kesian kalau di tinggalkan sorang2..Anak manja la katekan.. Tak pernah berpisah dgn family..


       Bila aku tengok gambar2 kitorg, rasa sedih pulak.. Semalam aku pergi melawat dia, ta banyak cakap.. Lemah je badan dia..Makan pun suh orang suap.. *itu manja namanya* Tapi sebab dia sorang je adik ak, suapkan la jugak kan..:) Sempat lagi la amik gambar dia..Hehe..

Ni masa mula2 masuk wad.. 


    Da 4 botol air masuk, bengkak da tangan dia.. Kesiannnn...Ya Allah, tolong sembuhkan dia.. Perjalanan nya masih panjang.. Doc cakap dia kurang darah, sebab tu mudah demam.. Kuman mudah nak serang antibodi diaa... Kalau blh transfer antibodi, ak transfer yang ak punya kat dia sket..Sedih woo tengok diaa... Ase nak nangess... T.T..

Ni masa dia sehat...!!

          Doakan dia biar cepat2 keluar dari hospital.. Boleh gaduh2 lagi ngan dia..:D


" MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 3"




Another t-shirt GA by T SHIRT MUDAH TERENGGANU...!!
Ohsem...I loikeee...^____________^

Aku Terima Nikahnya...



Wahh.. Tajuk entri memang best dahh.. Tapi isi nya tak tahu la kan.. Haa.. Ni cerita pasal semalam.. Aku da pun selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan.. So sweet... 5 tahun perkenalan kami, akhirnya kami ke jinjang pelamin jua.. Cewahh.. 




Ini gambar kahwin aku versi kartun..XD

Hahahaha... Sebenarnya ini hanyalah rekaan semata2... Bukan aku yang kahwin... Semalam aku menjalankan hobi aku di masa yang sepatutnya digunakan untuk study untuk scroll FB ke atas, ke bawah dan ke atas semula.. Tetiba mataku tertancap pada satu gambar...Ehhhh.. Cam kenal jee..

    Mula la menjalankan misi men"stalk" profile kawan lama... Rupanya dia da kawen sehari sebelum raya...
Dia baru abes blajar kat IKIP, Kuantan.. Andai tak silap mata memandang.. Dia merupakan jiran aku merangkap kawan sekolah aku... Kalau dulu lain, sekarang sangatttt lainn.. Sekarang dia da berpurdah... Wahhh... Aku bile lagi?? Hmmm... Memikirkan sejenak..Pape pun aku harapkan dia berbahagia bersama sang suami pendamping hidup..:D


Ni aku sertakan sekeping gambar yang di post kat fb...



SELAMAT PENGANTIN BARU...!!! :)

Penemuan Harta Karun,..!!



       Salam Aidiladha kepada umat Islam...Sambutan Aidiladha mungkin tidak semeriah Aidilfitri..Sebab ramai tak dapat pulang ke kampung...Tapi itulah pengorbanan.. Kan?? XD

      Cuti Aidiladha baru2 ini kami sekeluarga manfaatkan dengan pulang ke kampung halaman di XXXXX...Macam biasa la.. Kalau pulang ke kampung pasti ada cerita2 yang akan diceritakan oleh sedara mara kat sana..Dalam banyak2 cerita, ada satu cerita yang menarik minat aku untuk bercerita kat sini... Haaa.. Teka... Cepat... Sape cepat , nanti dapat doplohsen..Kih2

     

Penemuan Harta Karun Dalam Kubur.. 


       Dengar macam shhherrrraammm... Tapi itulah kenyataan nyaa...Alkisahnya begini... " Masa orang nak gali kubur untuk sang mati yang dikenali sbg Raja Ibrahim, terjumpa la harta2 tuu..Katanya ada lOket emas, batu jed dan tembikar.. Tapi tembikar tu tak dapat nak angkat..Tak tahu la sebab apa kan..Pagi raya, selepas solat sunat aidiladha, pihak masjid benarkan pihak muslimat untuk lihat penemuan tersebut..SEmpat la nak snap2 dua tiga gambar..Tapi gambar xlawO sangat laa.. Maklumlah guna tepom muroh jee..

Abaikan jari itu.. Ntah sapa punya pun taw laa..

Hop ni dari pandangan atas.. Tapi terflash plop.. xdpt tgk jelas laa..



    Sapa sangka kan... Nak gali kubur pun boleh jumpa semua nii..Dengar kata barang2 ini akan dibawa ke tempat lain.. Muzium Tganu kot.. Ntah laa.. Aku pun tak pasti.. Maaf andai ada salah infO...Ni cerita dari mulut ke mulut.. Kalau mengikut kaedah kajian sejarah, dari mulut ke mulut ni, ada yang sahih ada yang tak.. sebab ada unsur tokok tambah untuk menambahkan kesronokan penceritaan.. 



Buah cempedak luar pagar, 
Ambil galah tolong jolokkan, 
Saya budak baru belajar, 
Kalau salah tolong tunjukkan..:D

Setahun Sekali..!!



Wah3.. da lama rasanya tak mengarut dalam blog ni..
Maklumlah sekarang superduperbuatbuatbz...ngee..
Mahu bermula dari mana yee?? Oh kita mula dari yang awal la kan.. Tak gitu..

Sekarang musim expOconvO kat UMP ni haa..
Boleh dikatakan jugak sebagai musim menghabiskan duit PT yang baru masuk..
Aisyyy.. Bukan ape.. Mata ni laa.. nampak comey sket je..
Omooo.. Mula la rasa nak beli... Bila nak beli tu, pikir gak pasal duit..
Tapi, nafsu untuk beli tu lebih membuak2..


Baru jalan setengah jam, duit keluar macam da jalan berjam2 jee..-_-
Kalau xbeli barang pun, guna buat beli makanan..
Harga makanan bukan nya murah2..Mahal...Err.. mungkin kalau orang lain xrase kot mahal tu..
Bagi orang yang selalu makan kat umah, dan jarang2 keluar ni akan rasa mahal laa..
Mak masak lagi best...Wuuu... Nak balik...T.T

Sepanjang expOconvo berlangsung, duit aku da abes banyak.. 
Beli baju la, tudung laa.. Ape laa.. Perempuan memang suka beli barang2 cam tu kan..
Aku tengOk lelaki xde la sangat beli barang2 camtu...Ramai yang menjual adalaa...
Bagusla tu kan.. lelaki cari nafkah, perempuan tlg belanja kan nafkah yang diberi tu..ye dop??

Untuk expOconvO kali ini aku sedikit rajin untuk menjengah aktiviti2 yang mereka sediakan...
Bukan ape.. Mereka menjanjikan merit..Itu la yang dikejar2 oleh student2 sini
 
 

Malam pentas seni ni aku g kejap jee.. Sebab ada tujuan lain sebenarnya... kih3...
Pergi pun tadi, bukan diorg buat persembahan lagi.. Ada demO dari pasukan taekwandO jee..

 
UMP berselawat mendapat sambutan yang baik dari semua pelajar sini.. Penuh orang yang datang.. Mungkin ada yang datang kerana merit.. Tapi takpe lah kan.. At least datang and we gain sOmething....
Besenya aku tengOk Syeikh ni kat TV Alhijrah jee.. Dalam slOt CINTA ILMU...
Sekarang dapat tengOk live... Walaupun dari jaOh..


Haa.. ini prOgram yang mewajibkan pelajar technO pergi serta dijanjikan merit..
Lagi2 merit kan.. Aku pergi dengan penuh rasa tak ikhlas pada mulanya.. Dan akhirnya bertukar kepada keikhlasan.. cewah..Tapi xdengar sangat ekpOm.. Salah satu sebabnya hujan waktu tu.. Salah dua sebabnya, bebudak ni bising sgt.. Pot pet pet.. Kalah panel kat depan..
Andai aku seOrang yang penuh kuasa vetO, aku akan suruh mereka pergi ketuk ketampi tengah2 ujan tu...
Serve yOur right mehh..!!


Haa.. begitu kisah expOconvO UMP yang bakal berakhir esOknya...
Doakan kami semua agar berjaya bergraduasi dengan penuh keberkatan..:)
Tahniah kepada seniOr serta superduper senIor yang menyambut hari jubah mereka...